TAK KENAL:-

4.6K 210 2
                                    

Malam itu, Maya adik perempuan Faris dan emaknya sibuk berbual mengisi masa terluang. Angin sejuk waktu malam memang sedap dapat berbual-bual sambil minum air kopi panas. Faris dan Dani tak balik-balik lagi dari surau. Lama kot ceramahnya. Jadi tinggal Maya ditemani emak dan adik perempuan Faris di rumah.

Mata Maya terpaku ke kaca tv. Namun fikirannya bukannya di situ, sekejap-sekejap dia menjeling Mira dan emaknya yang berada di situ. Dia ingin berborak merancakkan perbualan barulah nampak seperti dia mesra dan ramah. Tapi masing-masing senyap semacam sahaja. Buntu dia memikirkan apa yang hendak dibual.

"Mira Spm eh tahun ni? "Tanya Maya lembut. Mira yang sedang tunduk membuat latihan Addmath di meja kopi mengangkat kepalanya laju. Dia menggaru kekok kepalanya.

"Ya. Kan Kak Maya dah tanya banyak kali tadi, "jawapan Mira membuatkan Maya malu sendiri. Dah tanya eh? Dia tak tahu nak tanya apa lagi dah sebenarnya.

Mira senyum memahami. "Kak Maya rasa segan eh dengan kita orang, "

Tak mampu menipu, Maya hanya mengangguk mengiyakan. "Nak ajak borak sebab sunyi jer. Tapi segan juga,"terang Maya selesa. Buat apa yang menipu.

Mira dan emaknya sudah ketawa. "Lah! Ingatkan kami je yang segan dengan Kak Maya, rupanya Kak Maya pun sama. "

Buku latihannya di tutup. Dia bangun dari duduk bersila dan beralih duduk dekat dengan Maya.

"Kami punyalah segan ada artis popular macam Kak Maya datang rumah kita orang. Tu yang masing-masing senyap tu."

"Saya yang lebih segan. Datang tak berjemput, " Maya senyum manis. Baguslah. Dah ada vibe positif.

"Hubungan Kak Maya dengan Abang Faris okay tak?" soalan perangkap Mira membuatkan Maya tersedak.

Maknya Puan Rosnah mencubit laju peha anaknya. Ish! Tak menyempat.

"Sakitlah Mak, "adu Mira. Pedih kot!

Maya senyum menutup malu. "Korang berdua dah tahu ke? "

Melihatkan dua beranak itu berpandangan membuatkan Maya berdebar.

"Saya agak jer. Sebab tak pernah pula Abang Is bawa dan sebut-sebut perempuan lain. Kak Maya lah yang pertama. "

'Abang Is?'Maya perasan gelaran yang Mira gunakan.Comel ja bunyinya.

"Haah! Maya! Faris tu bukkannya ada ramai kawan perempuan, tapi pasal kamu, sanggup dia bawa balik sini,"emak Faris tersenyum penuh makna. Hati ibu kan, dari kecik tahu benar perangai Faris macam mana.

Hati Maya mulai lega. Nampak macam tak membantah sahaja mereka ni.

"Kami baru je kenal. Faris selalu jaga saya dengan baik. Sebab tu saya senang dengan dia, "bagitahu Maya. Tapi memang betul.Semua orang akan merasakan yang sama apabila bila ada yang menjaga kita dengan baik.

"Faris tu, nampaknya je garang tegas. Tapi dia baik hati. Kadang-kadang datang pernangai manja dia tu, mulalah. "Seronok maknya membahn anak sendiri. Ada ke patut!

Maya menahan ketawa. Encik polis tu manja?

"Faris manja ke? "

"Alah! Lelaki kadang-kadang nampaklah sikap manja dia tu, Faris tu bila demam. Ya Allah mengada-ngada mengalahkan perempuan ."Mira juga ketawa sahaja me mendengarkan emaknya berciri mengenai abangnya yang sorang tu. Memang macam tu pun perangai abangnya yang sorang tu.

Kedua-dua tangan Maya di gengam oleh emak Faris tiba-tiba.

"Mak Cik tahu, Faris tu nampaknya kuat. Tapi dia sebenarnya lemah bab-bab perasaan ni. Mak Cik gembira bila tahu dia sangat bahagia dengan kamu, dah lama Mak Cik tak nampak Faris lebihkan diri sendiri berbanding orang lain. Sejak ayah Faris tiada, dialah segalanya dalam hidup kami. Hati Mak Cik risau sangat, tengok dia kuat kerja, sama macam arwah ayah dia dulu,"Maya nampak mutiara jernih sudah bertakung di tubir mata wanita di hadapannya, lantas bahunya dirangkul.

Sayang Awak Encik Polis!!! (COMPLETED) Bakal TerbitWhere stories live. Discover now