BERCUTI?:-

5.4K 218 12
                                    

Kereta myvi kuning Fia yang kecil molek dipandang tak percaya. Siapa punya kerja ini memang mempunyai kebencian melampau. Maya berpusing di sekitar kereta tersebut. Masih boleh digelar keretakah jika keadaannya begini? Semua cermin kereta dipecahkan seolah dipecahkan dengan penuh amarah. Tak cukup dengan itu, seluruh kereta disembur dengan cecair berwarna merah kekuningan.

'Wait! Cecair apa ni? ' Maya mendekati kereta tersebut.

"Hati-hati Maya. "Sempat lagi Faris mengingatkan. Risau juga, takut terkena kaca yang berselerakan di situ. Buatnya kalau Maya terluka, dah jadi hal lain pula. 

Maya hanya buat tak endah. Semakin hampir dia ke kereta Fia, makin kuat baunya. Cepat-cepat dia menutup mulut dan hidungnya. Darah ayam!Segera dia berpatah balik. Bahu Fia yang masih terenjut-enjut menangis dipagut risau. Kesian Fia! Tak pasal-pasal dia yang kena.

Maya memandang Faris yang serius berbincang dengan dua anggota polis yang lain. Sebaik sahaja mendapat panggilan daripada Fia, dengan segera mereka datang ke apartment Fia. Memang selama ini Fia tinggal dengan Maya. Hari ini dia tergerak hati nak ambil baju tambahan di rumah nya . Jadi dia pulang sebentar namun bila dia turun kembali ke basement, keadaan keretanya sudah hancur lebur.

Kalau Fia turun lebih awal entah apa berlaku pada dia pula agaknya! Makin erat pelukan Maya kepada Fia. Nasib baik dia tak diapa-apakan. Kalau tidak entahlah!

Faris dan seorang lagi anggota polis mendekati Maya dan Fia. "Kami dan tengok CCTV kawasan ni, yang pasti dalam pukul 2.03 petang tadi, sebuah van hitam berhenti di sini. Dua orang sahaja yang kami lihat dari CCTV, iaitu orang yang sama memecahkan dan menyimbah darah ke kereta Cik! "Terang pegawai polis berwajah serius itu. Faris dengn berpeluk tubuh mendengar dengan setia.

"Mereka dari orang yang sama ke?" Tanya Maya sedangkan dia dapat mengagak, mesti kerja pihak yang sama.

"Anggapan awal memang macam tu, " Jawapan polis tadi membuatkan Maya memeluk Fia lebih erat.

"Apa yang pasti. "Faris tiba-tiba bersuara. " Benda ni tak boleh sampai ke pihak media. Dan Cik Maya tak sepatutnya berada di sini. Situasi mungkin lebih bahaya begini, "

"Tapi kita tak boleh biarkan Fia macam ni, "Maya tak puas hati. Asyik-asyik keselamatan dia, habis orang lain? Dia boleh abaikan macam tu je? Faris memicit sedikit pelipisnya. Pening kepala memikirkan apa yang jadi. "Apa yang pasti, Cik Fia tak boleh ada dengan Cik Maya lagi. "

Fia dan Maya berpandangan. Tak mengerti.

"Cik Fia akan kami hantar pulang ke rumah ibu bapanya. Rumah dia kami akan tempatkan pegawai sebagai langkah keselamatan. Walau apapun niat mereka, lebih baik korang tidak bersama, takut lebih teruk tindakan mereka." Faris menerangkan situsi sebenar. Dalam hati dia berkata, kalau dia tak suruh Fia temankan Maya, mungkin dia tak terlibat sejauh ini. '

Argh! Kau ni Faris! '

Fia bersuara. "Habis Cik Maya macam mana? "

Maya menggeleng kepalanya laju. "Don't worry about me! You patut rehat dekat rumah, yang penting you selamat."

Pegawai polis tadi menyemak kertas di tangannya. "Cik Fia! Ada apa-apa tak barang yang hilang? "

Fia berfikir sejenak. "Rasanya tak ada."

"Kenapa?" Faris bertanya ingin tahu.

"Sebelum mereka menyimbah cecair darah ni, melalui CCTV mereka seolah-olah mencari sesuatu. Itu yang nak tahu ada apa-apa kah yang hilang? " Respon pegawai itu membuatkan mereka bertiga terdiam.

"Tak apalah, terima kasih Koperal Azlan! " Ucap Faris. Dia ingin cepat. "Baik tuan! "

"Lepas ni, Cik Fia akan dihantar pulang ke rumah ibu bapa Cik. Akan ada polis bertugas menghantar Cik." Arah Faris nada tegas. Tiada lagi kompromi. Situasi hari ini membuatkan mereka sedar akan bahaya yang sebenarnya. Tumpuan Faris tertumpu pada Maya pula. "Kita perlu pulang sekarang Cik Maya, "

Sayang Awak Encik Polis!!! (COMPLETED) Bakal TerbitWhere stories live. Discover now