PERASAAN YANG SINGGAH:-

6K 255 15
                                    

"Cik Maya ni, monyok jer! Tak sedap ke laksa tu?" Tanya Fia , kuah laksanya dihirup penuh selera. Rasa masam-masam pedas memang memenuhi selera sesiapa sahaja pada petang-petang hari sebegini.

Maya hanya diam. Dia hanya tunduk menikmati laksa yang dibeli Fia dengan muka monyok. Sesekali dia menyirup kuah dengan agak kuat. Fia hanya memandang pelik.

"Cik Maya kenapa?" Tanya Fia sekali lagi. Dah 2 hari, muka syik monyok jer. Entah apa yang dia marahkan, tak nak pula dia kongsikan. Tapi, muka jelas cemberut, Fia pun jadi tak selesa.

Tiba-tiba Maya berhenti mendadak, dia duduk tegak sambil tajam memandang Fia.

"Fia! Cuba jujur eh dengan I. Kalau lelaki ni kan, dia pegang tangan seorang perempuan, lepastu dia cakap baik-baik jer dekat you, macam try to comfort you apa maksudnya?"

Fia hampir tersedak kerana dia ingin tergelak. "Hah?"

"Kejap!"Tangannya mencapai air sirap dengan segera, di minumnya laju.

"Fia!"

Fia hanya gelak. Cawannya diletak kembali. "Kenapa Cik Maya tanya bukan-bukan ni? HAHAHHHA!"

"Jawab jelah!"

"Maksudnya, lelaki tu ada perasaanlah kat perempuan tu! " Muka Fia jelas kelihatan nakal, dia sambung menghadap laksanya.

Dahi Maya berkerut. "Perasaan?"

"Dia suka dekat perempuan tulah maksudnya, Cik Maya!"

Maya menepuk meja dengan kuat."Tapi! Dia lepaskan tangan perempuan tu bila orang lain nampak dorang, hah! Apa maksudnya?"

Fia meletakkan sudunya. Dia memandang Maya, cuba kelihatan serius.

"Maksudnya, dia tak serius dengan perempuan tu! Sebab kalau dia serius, dia takkan malu nak tunjukkan perasaan dia depan orang lain." Jelas Fia, dia memetik jari. "So! Laki macam tu," Fia menunjuk jari telunjuk ke muka Maya, " tak boleh kita percaya!" Kata Fia sebelum sambung makan.

Maya hanya diam, dia sudah bersandar ke kerusinya. Matanya memandang meja sahaja, berfikir jauh.

Fia mengerling sekilas."Siapa buat Cik Maya macam tu?"

Maya mencebik. "Bukan I lah, I tanya jer." Dia memandang ke arah lain.

"HAHHAHAHHAH! Kenapa? Encik Polis buat Cik Maya keliru eh?"

Maya menjegil, terkejut. "Apa you ni? Pandai-pandai jer buat cerita.."

Fia sambung gelak. Kauh laksa dihirup penuh puas."Saya nampak lah! Cara Cik Maya pandang dia lain. Bila ada Encik Polis tu, matanya Cik Maya bersinar! Macam,"Fia membuat gaya pelangi dan sambung gelak.

Maya mencebik. "Mana ada. Mata I bersinar? Apalah-apa jelah. Pandai jer you ni." Maya sambung balik makan.

"Tapi Cik Maya suka dia kan?" Fia menjongketkan kening, senyuman licik terukir.

Maya menghela nafas. "Dia tu! Macam nak main-mainkan hati jer! SEKEJAP BAIK, LAYAN I DENGAN ELOK! TAPI KADANG-KADANG MACAM, TAK ADA APA!!!! I CONFUSED LAH FIA!" Maya seakan menjerit. Dia meletakkan kepalanya di atas meja.

Malu sebenarnya dia malu dengan Fia. Sebagai pelakon, dia gagal sama sekali daripada menyembunyikan perasaannya. Awal-awal lagi Fia dah jelas nampak perasaannya.

Fia kembali gelak besar. Lagilah kuat suara Maya mendayu-mendayu.
"Lah! Maksudnya Cik Maya ni dah jatuh cinta lah! Dengan Encik Polis yang garang pula tu!HAHHHAHAHAHA,"

"FIAA!!!!"

Fia menahan tawa."Cik Maya, rasa, apa yang Cik Maya nak buat? Confess dekat Faris?"

Maya menanpung dagu."Tapi Faris tak suka dekat I."

Sayang Awak Encik Polis!!! (COMPLETED) Bakal TerbitWhere stories live. Discover now