DATING:-

5.5K 239 14
                                    

"Ramainya orang!" kata Maya sambil matanya meliar ke arah pengunjung lain di situ. Mid Valley mana pernah sunyi. Rata-rata orang akan ke sini juga mencari hiburan.

"Memanglah, hari ahad kan." Balas Faris tenang. Tahu sangat keadaan akan ramai bila datang hujung minggu seperti ini. Maya sudah senyum teruja. Dengan spek matanya, mata Maya nampak lebih besar dan bulat. Apatah lagi bila mata itu teruja memadang ke sana ke sini.

Dalam diam hati Faris terusik senang melihat telatah Maya. Nampak macam budak-budak jer perangai. Risau juga hatinya kalau hilang dari pandangan pelakon sorang ni. Sebab ramai betul orang dekat situ. Sambil berjalan Maya sempat mengingatkan Faris. "Tiket wayang pukul 2.30 tau! Kita pergi tengok wayang dulu nanti baru kita pergi makan. " Terang Maya tentang rancangan mereka. Faris hanya mengikut lagipun tugas dia hanya sebagai peneman sahaja.

"Cik Maya, ikut saya singgah satu kedai dulu boleh?" 

Maya berhenti mendadak. "Nak pergi kedai mana? " Ada terlalu banyak kedai. 'Punyalah banyak kedai kat mid valley mall ni, mana satu dia nak pergi?'

"Ikut sini. "Faris mengetuai jalan, Maya mengikut langkah Faris. Mereka berhenti di sebuah kedai yang jual topi dan hiasan kepala. Banyak topi dan cap yang terpamer di rak-rak sehingga ke belakang kedai. "Ya bang! Cari apa?"tanya pekerja muda kedai tersebut.

Maya menundukkan sedikit kepalanya. Takut juga orang cam dia. Walaupun dah pakai spek tapi apalah sangat kan. Faris meninjau-ninjau sekitar. Mencari sesuatu. Dia sendiri masuk jauh ke dalam kedai. Maya juga membelek bandana yang tergantung. Cantik-cantik. Tapi bukan Maya lah nak pakai semua tu.

"Ni, ada yang couple set tak?" Tanya Faris kepada pekerja tadi. Cap hitam itu sempat Maya pandang dari jauh, tak beberapa jelas. Tak lama kemudian lelaki tadi datang dengan dua cap yang baru. "Okay bang?"

Faris membelek seketika, kemudian matanya menjeling Maya. Maya juga membalas pandang. "Kenapa?" Muka Maya seolah melemparkan soalan tersebut. Senyumnya Faris cuba disembunyikan.

"Saya ambik dua ni ye!" Dengan segera dia membayar tiga keping RM10 kepada pekerja tadi.

"Terima kasih bang! Ni tag dah siap tanggal. Nak plastik tak?" Faris hanya menggeleng. "Tak apa." Cap tersebut bertukar tangan.

Maya sudah tercegat tunggu di luar kedai. "Dapat dah ke? " Senyuman nakal terlakar di muka Faris. Dia menyerahkan satu cap kepada Maya. Maya memandang pelik. "Mate? "Tulisan di cap itu membuat Maya pelik. Apa punya cap ni?

Lagi sekali Faris senyum nakal sebelum memakai cap yang satu lagi.  Dia tunduk sedikit memandang Maya dan barulah Maya nampak.

"Soul!" Hati Maya meronta teruja.

'Soul! Mate! So jadi SOULMATE lah kan? ' Maya berkira-kira. Cepat-cepat Maya memakai capnya juga. Senyum tak payah cakap lah sampai ke telinga dah. Faris hampir tergelak. Malu sebenarnya. Sebab itu, cepat-cepat dia meninggalkan Maya. Segera Maya mengejar langkah Faris sebelum memaut lengan kanan Faris.

"Alah! Malu-malu pula! " Sakat Maya. Dia melentokkan kepalanya sambil berjalan.

Sah terasa seperti betul-betul sedang dating dengan kekasih hati. Dah la orang itu Faris. "Dah jom! Kata nak pergi tengok wayang." Balas Faris selamba. Padahal dalam hati berdebar nak mati. Rapat pula tu Maya ni.

"Okay bos! Saya excited betul ni sebab dah lama tak keluar jalan-jalan ." Borak Maya senang. Masih tak dilepaskan rangkulan tangan Faris.

"Habis? Cik Maya ingat saya banyak masa boleh keluar jalan-jalan? "Sindir Faris seperti biasa. Cuma bezanya kali ini lembut bukan lagi sinis. Kawasan wayang penuh sesak seperti biasa. Orang beratur membeli tiket di kaunter-kaunter GVC. Nasib baik awal-awal lagi Maya dah tempah tiket online. Jadi mereka hanya perlu scan dan walk in sahaja.

Sayang Awak Encik Polis!!! (COMPLETED) Bakal TerbitWhere stories live. Discover now