SAINGAN MAYA:-

4.8K 212 8
                                    

Hati Maya sebal. Makin lama diingatkan apa yang terjadi petang tadi makin sebal hatinya. Faris memang melampau! Bantal kecil dipeluk kuat.

"Ish! "Jerit Maya kecil. Bantal tadi dicampakkan ke tepi. Dia duduk tegak merenung almari baju Mira. Keadaan malam yang sejuk tak mampu menyejukkan hatinya yang membara. Kenapa?  Semua sebab insan bernama Siti tu!

Memanglah petang tadi mereka berbual-bual sekejap di tepi tali air sebelum senja. Tapi sampai sekarang hati Maya tak tenang. Mengingatkan bertapa rancak Faris berbual dengan Siti tadi, dengan bergurau senda. Bukan tu je! Siap singgah rumah Siti lagi temankan dia balik.

Maya pula yang macam tiang lampu. Mereka buat tak tahu jer!

"Eek! Geramnya aku! Apa kau ingat kau ayu sangat? Hah? Dengan baju kurung, gelak terkekeh-kekeh tutup mulut bagai! Eish! Over jer lebih!"Sah! Maya dah merepek cakap sorang-sorang.

Ketukan di pintu bilik mematikan lamunan Maya. Kepala Mira terjengul ke dalam memeriksa Maya.

"Kak Maya! Tak tidur lagi? "Sapa Mira. Dia menutup pintu perlahan sebelum merapati Maya yang duduk tegak di hujung katil.

Maya hanya menggeleng lemah. Dia kembali duduk bersila. Senyuman manis cuba dilemparkan.

"Tak mengantuk lagi."

Mira melabuhkan duduk di atas katilnya. Buat sementara waktu ni memang dia dan Maya tidur sekali. Mira punya suka, sebilik dengan artis kesayangan. Siap dapat pakai
dan kongsi rutin skincare Maya lagi.

"Kalau Kak Maya lapar, nanti Mira panaskan bubur kacang kat dapur. Isi perut sikit. "Tanya Mira lagi. Dia menepuk-nepuk bantal tidurnya.

"Bubur kacang?"

Mira menganguk. "Haah! Along ada bawa balik bubur kacang tadi bila balik dari surau. Kak Siti ada kirimkan. "

Cing!

Tajam dan sakit sahaja telinga Maya mendengarkan nama Siti disebut oleh Mira. Dia lagi!

"Siti yang buat ker? "

Mira yang mulai sedar nada Maya berubah sudah pelik. "Yalah! Kak Maya nak makan tak? Sedap! "

Maya mencebik. Ceh!
Eh jap!

"Bila masa Faris jumpa dia? "Tanya Maya risau.

Dahi Mira makin berkerut. "Lah. Dekat suraulah. Kan dorang sama-sama jumpa dekat surau tadi. Tu yang Kak Siti kirimkan bubur kacang tu. "

Maya mendengus kasar. Oh sebab tulah lambat sangat dia balik surau tadi. Duk mengayat dengan perempuan tu lagi.

"Kak Maya okay ker? Muka monyok jer! "

Maya hanya diam. Muncung sedepa.

"Pasal Kak Siti eh?" serkap Mira wahlah dia dapat mengagak.

"Tak ada apalah! Ni Maya Irdinalah!"sempat lagi Maya membangga diri.

Mira hanya tergelak. "Tapi kan Kak Maya.. Akak memang patut hati-hati!"

Wajah serius bakal adik ipar dia dipandang risau. Eh! Awalnya jadi adik ipar kau ni Maya.

"Kak Siti tu cinta pertama Along tau!" bisik Mira perlahan. Maya mencebik. Bende yang di tahu!

"Tahu! Abang awak ada cerita.."Jawab Maya lemah.

"Along cerit habis tak? "

Melihatkan Maya seperti tertanya-tanya. Mira akhirnya membuka cerita lama.

"Along suka dekat Kak Siti tu lama. Dari zaman sekolah lagi. Time tingkatan 4, arwah ayah kena pindah KL. Kita orang semua kene pindah sekali. Along ada luahkan perasaan dekat Kak Siti sembelum pindah. Tapi Kak Siti reject Along."

Sayang Awak Encik Polis!!! (COMPLETED) Bakal TerbitWhere stories live. Discover now