Maya tersentak bangun. Matanya celik.
"Hah! Sakitnya badan."
Dia mengeliat perlahan. Bahunya yang tegang di tumbuk perlahan. Mana tak sakit. Dia tertidur di kerusi kayu keras dari malam tadi. Dekat tepi tingkap tu juga dia terlentok tertidur. Penat sangat perhatikan Faris.
Kejap! Faris!
Maya cepat-cepat menyelak langsir bilik tidurnya.
"Takkanlah! "Maya menutup mulut berasa terkejut.
Tubuh badan Faris yang masih bersandar di tepi keretanya buatkan hatinya luruh.
"Sepanjang malam dia berdiri dekat situ je ker?" Maya bertanya risau. Last sekali dia perasan dalam pukul 2 pagi macam tu, Faris masih setia berdiri dekat luar rumahnya. Maya sendiri membuang masa sepanjang memerhatikan Faris semalam sampai tertidur.
"Faris tak tidur langsung ke dari malam tadi? " hati Maya tersentuh. Dah lah sejuk. Lagipun Faris semalam cedera. Tapi masih menantinya di luar.
Maya senyum sedih. "Encik polis gila!"
Air matanya bertakung. "Kenapa aku buat lelaki baik seperti dia jatuh cinta dengan aku? "
"Kau memang jahat Maya. "
Langsirnya ditirunkan. Dia mengeluh berat.
' Kau tak ada hak buat Faris macam tu! 'Bisik hatinya sendiri. Ya! Memang dia tak layak untuk Faris.Handphonenya dicapai. "Hello? "
Suara Jimie kedengaran. "Ye Cik Maya! "
Maya menahan rasa. "Faris! Dari semalam ke dekat situ? "
"Haah! Buat kerja giler. Sepanjang malam berdiri dekat luat pagar tu. Dia berhenti sekejap bila nak solat jer. Tu pun solat dekat tepi kereta."Maya terduduk.
Sepanjang malam berdiri? Faris! Kenapaaaa? Raung dalaman Maya.
"Cik Maya sendiri kena suruh dia pergi. Kalau tak dia takkan berhenti. Cik Maya tak kesiankan dekat dia ker?"
Maya menutup mulut. Bimbang tangisannya kedengaran.
"Walaupun saya jahat. Tapi bila tengok dia, saya rasa kesian la Cik Maya. Dahlah semalam kami belasah dia teruk juga! "
Makin berat rasa hati Maya mendengar kata-kata Jimie. Kalau Jimie pun rasa begitu, apatah lagi Maya? Dia hampir gila! Mahu sahaja dia berlari keluar dan memeluk Faris.
"Habis saya? Awak ingat saya tak sakit hati tengok dia macam tu.. "Matanya terpejam. Butir-butir mutiara mengalir membasahi pipi.
Nafas Jimie menghela kasar. "Cik Maya tahu apa yang Cik perlu buat kan? "
Maya mencebik dalam tangis. "Alang-alang saya jahat. Baik saya jahat terus ,kan? "
"Bukan macam tu-"panggilan dimatikan tanpa dia mendengar habis kata-kata Jimie.
Wajahnya tampak kosong. Dan mati. "Kau nak jadi jahat kan. "Dia berdiri dan menapak ke arah cermin. Melihat pantulan dirinya yang tak terurus. Matanya yang sembap. Bibirnya yang tandus tanpa senyuman lagi.
"Jadi jahat betul-betul. "Maya berkata kepada dirinya sendiri. Matanya memandang benci pantulan dirinya.
"Buat Faris bencikan kau. " Maya memejam matanya.
"Buat dia sampai dia betul-betul bencikan kau dalam hidup dia."
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Faris yang sedang tertunduk penat di luar berdiri pantas apabila dia terdengar bunyi pagar Maya.Nafasnya tertahan-tahan. "Maya."Ucapnya girang. Alhamdulillah. Maya membuka pintu buatnya.
Matanya memandang tak puas wajah Maya. Yang menghampirinya.
YOU ARE READING
Sayang Awak Encik Polis!!! (COMPLETED) Bakal Terbit
Mystery / Thriller🌸🌸🌸🌸 "Sanggup ke Cik Maya bercinta dengan lelaki biasa macam Faris tu? Dia siapa? Anggota polis biasa, Cik Maya pula? Satu Malaysia kenal Cik Maya, artis wanita paling popular! " Oh please! MAYA IRDINA JATUH CINTA? Dengan polis yang patutnya me...