RAHSIA HATI:-

4.7K 202 4
                                    

Lembut sekali pintu anak terunya diketuk."Along?"

Sepi. Tiada balasan dari dalam."Mak masuk ye!"

Perlahan pintu bilikitu dibuka, gelap yang amat. Cepat Puan Rosnah membuka lampu. Hampir menjerit dia melihat Faris.

"Along!Kenapa duduk atas lantai ni?Dahlah tu, bergelap satu bilik ni"rungut Puan Rosnah.Dia masuk ke dalam bilik Faris yang agak bersepah, Haih! Dia melabuhkan duduk di katil anaknya."Mak nak cakap sikit ni!"

Anaknya lelakinya itu hanya tersengih tawar. Faris bangun daripada lantai. Entah sejak bila sebenarnya dia duduk termenung dia sendiri pun tak sedar. Faris ikut duduk di bucu katil."Kenapa mak?"

"Ni hah! Kamu tak nak makan ker? Dari tengah hari tak makan, dah malam ni. Tak lapar ker?"

Faris melabuhkan baring di pangkuan maknya, ya. Dia memang manja dengan maknya. Maknya ialah kawan baiknya, hampir semua perkara dia akan kongsikan bersama maknya, dan hanya Puan Rosnah sahaja yang mampu mengawal dirinya.

"Tak ada mood lah mak!" Faris memejam mata sambil berbaring di pangkuan maknya. Terasa rambutnya diusap lembut. Kadang-kadang rasa enak diurut lembut. Maknya memang yang terbaik!

Dia dapat mendengar bunyi maknya mengeluh."Nanti kamu sakit pula. Mak ambilkan makanan nak?"

Faris tetap menggeleng. Jujur. Dia tak berasa lapar. Dia tak rasa apa-apa.

"Ni semua sebab perempuan tu kan? Kalau dia tak datang tadi, mesti kamu tak macam nii..."Puan Rosnah mengerutu geram. Siapa lagi kalau bukan Maya Irdina. Hatinya berbakul-bakul geram. Sebab Maya datang siang tadilah Faris jadi macam ni. Hilang semangat jadinya.

Faris tak membalas apa-apa. Mengiyakan tak, menindakkan pun tak.

"Kamu jangan risau..Mak dah halau dah perempuan tu balik. Dasar tak tahu malu. Dia ingat kamu jer dia boleh halau, ini mak lah! Kali ni biar mak ajar dia !"

Kali ini dah lebih. Faris bangun dari pangkuan maknya. Dia berpusing menghadapnya, wanita yang paling dia sayang nombor satu dalam dunia ni. Wanita kedua ialah adiknya, Mira. Dan ada seorang lagi yang menghuni tangga teratas hatinya meskipun dia cuba menindakkannya.

"Ada sesuatu yang mak perlu tahu pasal Maya."Dia sendiri keliru. Tak tahu macam mana nak cerita hal sebenar. Dan adakah ianya akan mampu merubah apa-apa. Dia pun tak pasti.

Wajah Puan Rosnah mencuka. Sakit pula hatinya mendengar nama itu terbit dari bibir Faris.

"Dah lah Along, kalau Along nak sebelahkan perempuan, nak bela dia. Mak tak nak dengar. Buang masa lah Along. Baik Along fokus pada diri Along sendiri. Mak akan doa banyak-banyak Along jumpa perempuan lagi bagus dari si Maya tu. Mak dah banyak kali ingatkan Along...kita ni berbeza dunia dengan dia...Along tak nak dengar.."

Faris cuba mencelah sebelum maknya melalut lagi panjang.."Mak! Dengarlah dulu.."

"Tak! Mak tak nak dengar apa-apa. Esok pagi....mak dah ajak Siti makan dengan kita. Bolehlah kamu-"

"Mak! Apa kena mengena dengan Siti pula ni?"Ah! Sudah! Maknya dah mula buat perangai. Makin kusut kepala Faris dibuatnya bila nama Siti dibangkitkan.

Puan Rosnah mencubit peha anaknya yang memang pandai memotong cakapnya.

"Apa?Kenapa Along tak suka Siti?Siti pun cantik apa?Baik , sopan santun. Lagipun memang dia ada hati dengan kamu, dah!Tak payah ingat lagi dekat perempuan tak guna tu!Dia tak tahu hargai kamu!" Berpuluh-puluh kali dia cuba mengingatkan anaknya hal itu, namun masih tak putus-putus nama Maya dari ingatannya.

"Kamu sekarang ni, fokus cari kerja yang elok-elok. Hal jodoh tak perlu risau, Mak boleh tolong carikan...."

Penat. Dia sangat penat sekarang. Faris tertunduk. Dia tak mahu berbicara tentang jodoh apatah lagi tentang cinta. Dia tak mahu tahu lagi. Cukuplah cinta yang ada ini sudah terlalu memenatkan.

Sayang Awak Encik Polis!!! (COMPLETED) Bakal TerbitWhere stories live. Discover now