EMPAT TAHUN KEMUDIAN.......
"....dua minggu akan datang Cik Maya tahukan? Cik ada jemputuan ke Meletopzz! Oufit semua dah settle dah Cik Maya datang siap-siap ready make-up okay? Lepas tu kita ada..."
Mata Maya kekal terpejam, suara Fia sayup-sayup kedengaran, dan dia tak mendengar pun. Kalau dia tak dengar pun, Fia akan tetap mengingatkannya.
Dia terbuai dengan kepenatan, badannya sangat terawang-awang. Penat betul fizikalnya kini. Seharian suntuk habiskan masa di kilang, dah lah petang tadi ada temu ramah dengan Wanita Masa Kini, Hampir dua jam juga dia bekerja tanpa henti.
Akhirnya , baru dia mampu berhenti untuk balik dan berehat. Nak bukak mata pun dah tak larat sekarang.
Fia yang sedar dia bercakap seorang diri sudah memuncung. Dia mengintai Maya melalui cermin pandang belakang, elok pula Maya buat tak dengar sahaja. Punyalah penat dia membebel dari tadi. Melihat mata Maya yang terpejam elok ,tidur ker?
"CiK Maya dengar tak?" Fia bersuara tinggi. Tiada reaksi dari Maya.
"CIK?Cik Maya tidur ker?"
Kening Maya berkerut. Haih! Baru nak rehat. Matanya dibuka perlahan. Mukanya jelas bosan. Fia dan Fikri yang berada di depan jelas sedang memerhatikannya melalui cermin.
"You bebel-bebel dari tadi..sampai mengantuk I.Kan Fikri kan?"
Fikri yang sedang memandu sudah tergelak besar."Betul tu Cik Maya..Kuat membebel betul Fia ni. Berpontesi besar jadi Queen Control nanti."
Fia menampar lengan Fikri disisnya."Ei! Siapa membebel?"
"Kaulah! Tahu la nak kahwin, bawa-bawa bersabar, nanti bebelan tu apply dekat laki hang!"
Terkeluar senyum sumbing Maya. Ada benarnya kata Fikiri tu. Fia memang ada potensi untuk jadi kaki bebel selepas kahwin.
"Eh! Pandai-pandai je kau eh! Aku tak membebel lah!" Makin panas hatinya dituduh kaki bebel. Wah! Melebih betul!
"Fia!"
"Ya Cik Maya?" Tak jadi dia mahu terus bergaduh dengan Si Fikri apabila namanya disebut-sebut oleh Maya Irdina pula.
"Preparation wedding you macam mana? Banyak lagi ke tak siap?" Tak silap dia tinggal lagi beberapa bulan sebelum Fia menamatkan zaman bujang. Awal-awal lagi dah jumpa jodoh, baguslah!
Mukanya kembali bercahaya."Dah banyak dah settle, cuma kita orang tak nak rushing. Slow-slow dulu, lagipun banyak lagi."
"Eh! Mana boleh! Your wedding kot! Everything must be perfect!"
Maya sudah tersenyum kecil. Padahal dalam hatinya berbisik cemburu, dia pun mahu bahagia. Namun mungkin belum lagi masanya.
"Hihihi! Tapi Cik Maya, saya nak ucap terima kasih banyak, sebab sudi sponsor kek kahwin saya. Cik Maya , you're the best!" Ceria sekali bunyinya, hadiah darpada bos kot.
"That's because you are my friend, and I'm really happy for you!"
"Lah! Saya pun nak kek juga.."Fikri mencelah.
"Kalau macam tu kahwin lah cepat. Ni tak, jangan sibuk dating jer!"
Mendengar kata-kata Maya, Fia terlepas ketawa. "Padan muka! Hah! Dengar tu nasihat Cik Maya. Kahwin cepat!"
Tersengih malu Fikri.
"Plannya memang nak kahwin Cik Maya, tapi tula, si awek nak habis belajar dulu, jadi kita tunggu jelah. Kalau saya memang tak sabar nak kahwin!"
"Mengada!" Maya sudah tergeleng kepala. Ada-ada jer lah budak berdua ni!
Dia membuat pandang ke jalan raya. Mujur jalan tak sesak, meski kereta agak banyak ketika ini. Biasalah waktu balik kerja. Rambang senja mula menghiasi langit, mewarnakannya indah. Cantik!
YOU ARE READING
Sayang Awak Encik Polis!!! (COMPLETED) Bakal Terbit
Misterio / Suspenso🌸🌸🌸🌸 "Sanggup ke Cik Maya bercinta dengan lelaki biasa macam Faris tu? Dia siapa? Anggota polis biasa, Cik Maya pula? Satu Malaysia kenal Cik Maya, artis wanita paling popular! " Oh please! MAYA IRDINA JATUH CINTA? Dengan polis yang patutnya me...