PERGERTIAN:-

4.5K 204 1
                                    

Pintu keretanya ditutup perlahan. Rasa macam tak percaya tapi dia di sini juga. Jauh dia datang , sendirian sahaja walaupun Maya tahu, kedatangannya tak di alu-alu kan.

Malah, Fia dan Dani sudah puas menghalangnya, menasihatinya namun dia tetap berdegil. Dia mahu jumpa Faris, dan itu yang akan dia lakukan.

Maya memandang tenang rumah Faris. Pintunya bertutup rapat. Ada orang ke?

Cuaca pula agak panas, maklumlah dah nak masuk tengah hari. Matahari elok terpacak di atas kepala menerbitkan peluh di dahi Maya. Namun itu bukan penghalang bagi Maya.
Dia cekalkan hati.

"Assalamualikum! "

Maya memberi salam.
Lama dia menunggu sehinggalah
Mira menyambutnya di muka pintu.

Wajah gadis itu nampak sangat terkejut. "Wa'alaikumussalam. Kak Maya! "

Mira menyalami tangannya, tapi Maya segera menarik Mira dan memeluknya kejap. Mira terkejut.

"Lega hati akak sekarang,"bisik Maya perlahan. Tak boleh dia bayangkan kalau apa-apa jadi pada Mira dan keluarga Faris.

Mira membalas jangal. Dia tak faham apa yang dimaksudkan oleh Maya.
"Kak Maya datang sorang je ke? "

Maya mengangguk ceria. "Haah. Sorang jer! "

Mira kelihatan serba salah, Maya dapat membaca riak muka Mira berubah. Tak seramah dulu. Dan dia tahu mengapa.

"Mak! "Panggil Mira kuat. Dia masih tersenyum janggal kepada Maya.

Maya dapat rasa ketidakselesaan Mira dan dia tak menyalahkan gadis itu sama sekali.

Bunyi bebelan Puan Rosnah kedengaran dari jauh. Entah apa yang dibebelkan dari tadi tapi sebaik sahaja dia melihat Maya yang tercegat di depan pintu, Puan Rosnah langsung terdiam.

Mira memanggil maknya. "Mak! Ni Kak Maya datang ni! "

Maya melemparkan senyuman manis. Dia mendekati ibu Faris sebelum tangan tua itu di capai dan di salam hormat.

"Apa khabar mak? "

Muka Puan Rosnah mencerut. Soalan Maya tak di jawabnya. Maya cuba memeluk namun cepat-cepat dia menolak.

Maya terkedu.

"Tak payah nak peluk-peluk! "Kata Puan Rosnah marah.

Mira sudah tercegil tak percaya. "Mak! "Tegur Mira. Bukan dia tak nampak wajah Maya Irdina terus berubah menjadi keruh. Siapa tak kecik hati bila pelukannya ditolak.

Puan Rosnah memandang ke arah lain.

"Ni datang ni nak jumpa Faris ke?"Sinis sekali bunyinya.

Maya menenangkan hati. Cuba positif. Ini memang sudah dijangka dari tadi.

"Ye. Saya jumpa nak jumpa Faris."Maya berakap lemah lembut. Jangan lawan api dengan api , itukan caranya.

"Dah ludah nak jilat balik? "

Hati Maya bagai disambar petir. Sakit. Sakit sangat. Hampir menggigil jatuh dia rasanya. Tak sangka, ini yang dia akan hadapi. Mak Faris jelas membencinya kini.

"Mak! Maya sebenarnya-"

"Tak payah nak beremak-emak sangatlah! "

Mira di sisi mereka sudah tercegat diam. Dia sendiri tak mampu bersuara apabila maknya sedang marah.

Maya menelan air liur. "Saya nak minta izin. Saya perlu jumpa Faris. Sekejap pun jadilah. "

Lengan Maya di pegang lembut. Mira menarik Maya masuk terlebih dahulu, sebelum maknya mula mengamuk. Baik dia bawa Maya masuk dahulu.

Sayang Awak Encik Polis!!! (COMPLETED) Bakal TerbitWhere stories live. Discover now