SPECIAL CHAPTER: MayaRiss

9.5K 279 11
                                    

PERKAHWINAN FANTASI MAYA IRDINA.

Ya. Mungkin para pembaca tak percaya tapi kali ini, WaWaChannel nak beritahu berita sedih dan gembira yang selama ini kita tunggu-tunggu. Maya Irdina , pelakon kesayangan kita, diva nombor satu negara sudah selamat bergelar isteri kepada seorang jejak yang dikenali sebagai Faris Shami Abdul Rahman di sebuah majlis tertutup minggu lepas. Majlis yang hanya melibatkan keluarga terapat, rakan-rakan artis dan beberapa media disambut meriah dan di doakan oleh ramai pihak.

Kenapa WaWa kata di doakan oleh ramai pihak, haa..ini kerana rupa-rupanya kisah cinta Maya Irdina dan Faris Shahmi dikatakan umpama cerita fantasi atau yang boleh didapati dalam novel-novel dan drama sahaja. Semua sedia maklum , empat tahun lepas, Maya Irdina melalui fasa hitam dalam hidupnya apabila nyawanya diancam bahaya. Dan gossip dia bercinta dengan seorang anggota polis menjadi perbualan hangat dan perdebatan ramai pihak. Ramai menyokong tak kurang juga membenci pasangan itu di kala itu. Menurut sumber yang boleh diercayai, pasangan tersebut telah berpisah buat jangka waktu yang agak lama, tapi rasa cinta yang membawa mereka semula bersama semula.

Sweet kan? Ya. Memang kita tak pernah menyangka , kadang-kadang cinta ini mula datangnya dengan pengorbanan dan penuh liku-liku. Tapi pengakhiran yang manis yang buat kita mampu bertahan sehingga ke akhirnya. Kisah cinta Maya dan Faris kini mendapat doa daripada seluruh peminat,dan kita harapkan mereka berbahagia biarlah ke jannah InsyaAllah.

"Sayang, cuba baca ni."

Faris menyerahkan handphonenya kepada isterinya. Siapa lagi, kalau bukan Maya.

Maya sudah tersenyum kecil. Dia tahu betapa gembira Faris setiap kali dapat baca artikel-artikel yang mendoakan yang baik-baik buat mereka. Pada mulanya, Faris bimbang teramat yang perkahwinannya dan Maya akan mengugat popularitinya, tapi segalanya berbeza. Mereka dapat banyak sokongan dan doa daripada para peminat dan itu membuatkan hati lelaki itu berasa sangat tenang.

"Awak patut baca comments yang ada dekat sini...."sambung Maya pula. Dia terus menerus bacaannya. Rasa semangat meluap-luap dalam dirinya apabila membaca berita positif daripada kebanyakkan orang.

"Maya Irdina dah kahwin..Alah, kena move on la ni,"Baca Maya kuat-kuat. Suaminya sudah tergelak sambil menghalakan pandangan keluar jalan raya. Maya menarik-narik tangan Faris,meminta perhatian.

"Ni ha..Alah Maya Irdina my idol dah kahwin. Macam mana nii?Single sampai tua la kita," Komen-komen lucu tersebut terus dibaca kuat. Terumatanya komen daripada peminat lelaki yang kecewa. Maklumlah dia popular dalam kalangan peminat lelaki. Sengaja mahu membuat suaminya cemburu.

"Hhahaha, ni ada satu lagi. Cantiknya Maya dalam baju pengantin, saya yang kecewa dekat sini,"Sambung Maya lagi namun tiba-tiba Faris menarik phonenya semula. "Hei!"

Tangannya menghalang meronta-ronta mahu mengambil kembali handphonenya, "Kejap,"Dia mencari sesuatu, sebelum,"Hah..Wei, handsome nye laki Maya. Nak jugalah." Faris membalas nakal.

 Terbeliak besar mata Maya. Berani dia!

"Hah! Ada lagi, Handsomenya laki dia. Mata tu mengancam. Memang abang-abang polis hot macam ni eh?" Sambung Faris tak nak mengalah. Apa ingat Maya jer boleh buat dia cemburu, dia pun boleh.

"Usih, cun juga awek yang komen ni.." Dia buat tak nampak Maya yang sudah memandangnya semacam sebelum, "Auch!" Lengannya dicubit kuat oleh Maya yang berada di tepinya.

"A-Aduh sakitlah sayang..Sorry.Sorry!"

Mata Maya membara geram,"Berani pandang perempuan lain eh? Baru kahwin dah macam ni..."Makin kuat dia mencubit Faris.

Sayang Awak Encik Polis!!! (COMPLETED) Bakal TerbitWhere stories live. Discover now