DOUBLE DATE:-

5.6K 227 19
                                    

Hari sabtu. Tak ada kerja, tak ada pengambaran. Maka dengan ini, tersangkutlah Faris dan Dani di luar rumah Maya. Memerhati dari jauh. Dani masih tak puas hati dengan Faris kerana dapat berjumpa dengan ramai pelakon hebat termasuklah Isyraf Zaidi ketika di set pengambaran.

Bak kata Dani semalam, "Isyraf Zaidi nama besar dalam industri hiburan. Antara pelakon paling mahal selain Saheizy Sam dan Aoran Aziz tau! Macam mana tuan boleh buat donno je?Baik bagi saya yang ikut Cik Maya!"Marah Dani.

 Namun Faris buat tak endah sahaja. Sakit hati mendengar nama tu. Kat set dengar orang sebut-sebut sekarang ni Dani pula sebut-sebut. Walaupun Isyraf tak ada buat salah apa pun dekat dia, hati masih rasa tak suka. "Tuan tidur ke?" tanya Dani memecahkan sunyi. Matanya terpaku pada skrin handphonenya sahaja. Apabila Faris tak menjawab, Dani terpaksa mengerling sepintas.

'Lah tidur ke!' Melihatkan mata tuannya yang terpejam erat, Dani menyangka dia tidur. Sedang leka bermain dengan phonenya, sebuah kereta BMW hitam singgah memakirkan kereta di depan ruman Maya. Dani terkejut beruk segera dia mengerakkan laju tubuh Faris. "Tuan! Bangun cepat! " Teriaknya.

Bagai tahu ada masalah segera Faris keluar daripada kereta. Hampir sahaja mereka ke kereta BMW tersebut , Faris mula rasa meluat. 'Apa dia buat kat sini! 'Berontak hati Faris.

Isyraf mengangkat tangan tanda menyapa kedua anggota polis tersebut. Melihat kedatangan Isyraf Dani sudah tak senang duduk. "Oh wow! Isyraf Zaidi lah!" Dani tersangat teruja dan segera mendapatkan pelakon tampan itu.

Faris mendengus kasar. Belakang rambutnya diusap kasar. Nak tak nak dia melangkah juga ke arah mereka.Senyuman terpaksa dipamerkan. Perangai Dani yang teruja semacam buat dia berasa pelik.

"Bang saya memang minat dengan abang dulu kot! Sumpah sejak time abang jadi detektif dulu."

Isyraf tersenyum sopan. "Oh terima kasih! Dah lama dah cerita tu! "

Faris memandang serius. "Ada apa datang sini? "

"Oh saya datang nak jemput Maya keluar." Sebaris ayat meluncur keluar membuat darahnya naik.

"KELUAR?" Kedua-dua Dani dan Faris meninggikan suaranya. "Bang, mana boleh. Cik Maya tak boleh keluar sembarangan. Dia dalam pengawasan kami, " Dani menerangkan sopan.

Isyraf membuka mulut namun Faris memintas laju. "Saya tahu hubungan Encik dan Cik Maya rapat. Tapi tu tak bermakna Cik Maya boleh di bawa kemana-mana sesuka hati. "

Isyraf tergelak kecil. "But Maya said yes! Besides, kami bukan pergi berdua je. Korang ikutlah sekali. Maya yang cadang macam tu. "

Dani dan Faris berpandanh sesama sendiri. Masing-masing tak tahu menahu tentang rancangan Maya. Serentak ketiga-tiga mereka berpaling apabila mendengar pagar rumah Maya terbuka. Maya melangkah anggun dengan blouse sifon berwarna biru gelap sehingga paras lutut. Dia hias cantik dengan anting-anting berlian mewah pelengkap gaya. "Dah ready ke?" Tanya Maya seronok. Langsung tak tahu keadaan semasa yang sedang tegang di luar.

Faris berdehem kasar. "Cik Maya nak pergi mana? "

Maya membetulkan anting-antingnya. Rambut juga dikemaskan, "Keluar dinner, dengan Isyraf. Kita semua nak pergi kan? " Dani ingin berkata sesuatu namun Faris lebih cepat.

"Cik Maya tak dapat keizinan kami lagi. Tugas kami mengawasi Cik, jadi-"

Maya mencelah. "Yalah, sebab tu korang ikut sekali! " Satu demi satu wajah lelaki bertiga itu dia renung. Dia tersedar sesuatu, patutlah. "Ohhh! I lupa nak bagi tahu korang lah. Faris and Dani. I totally forgot. "

Isyraf hanga tergelak. Paham dengan situasi. "Patutlah dorang pelik. You lupa nak inform dorang. You ni Maya!" Maya menutup mulut dengan clutch bagnya. Malu.

Sayang Awak Encik Polis!!! (COMPLETED) Bakal TerbitWhere stories live. Discover now