Faris berjalan laju. "Pagi. "
Sapanya pendek.Anggota polis yang lain juga membalas pendek dan serius.
Inspektor Hassan menepuk bahu Faris. Lama dia menunggu jejaka muda itu.
"Okay jom! "Shila juga mengikut rapat.
"Lambat datang? "Soalnya dituju kepada Faris. Dia sendiri memandang Faris atas bawah,
masih kemas dalam uniform polisnya, walaupun sudah berjambang tipis.Faris hanya buat tak tahu.
"Kenapa dia nak jumpa kita lagi?"Faris menukar topik. Ke arah sebab utama dia ke sini.
Mereka bertiga berjalan bersama bergerak masuk ke dalam bangunan penjara. Mahu berjumpa sesorang.
"Saksi kata ada maklumat tambahan. Dia nak sampaikan sesuatu pada kita."terang Insoektor Hassan. Dia mengetuai jalan bersama dua orang lagi pegawai penjara.
"Kalau penting kenapa tak beritahu haritu? Dia nak main-mainkan kita ke apa? "Tanya Faris tegas.
"Lebih baik daripada tak ada. "Kata Inspektor Hassan turut tegas.
Krek! Pintu besar di buka, merek dapat lihat dengan jelas Tajuddin berada di dalam. Tangannya di gari ke meja. Ketiga-tiga mereka melangkah masuk.
"So Tajuddin! Kita jumpa lagi."Inspektor Hassan memulakan bicara. Faris dan Shila berdiri tegak memerhati.
"Kamu ada sesuatu nak beritahu kami? "Tajuddin nampak jauh lebih susut dari sebelum ini, nampaknya keadaan penjara memberikan kesan mendalam.
"Saya dapat tahu, saya kena hukum penjara 30 tahun. "Tajuddin berkata takut.
"Kamu sendiri tahu. Kamu bukan kena sabit satu tapi tiga sabitan kes. Mujur tak di kenakan gantung. "
Keras sekali Inspektor Hassan mengingatkan."30 tahun tuan! Saya mungkin berumur 80 tahun bila keluar. Anak-anak saya semua dah besar. Saya tak sanggup. "
Dia menangis teresak-esak.Shila hanya mampu menggeleng. Simpati. "Kami tak boleh tolong. Kalau perlu buat rayuan. Buatlah. "
Tajuddin mengesat air mata kasar.
"Saya kena beritahu tentang ni. Selagi tu, saya tak tenang. "Mereka bertiga terdiam.
"Pihak polis dapat tangkap 15 orang sahaja kan? "
Misai Inspektor Hassan bergerak-gerak.
"Ya. Ada orang lagi yang terlepas ker?"Tajuddin menganguk laju. Bersungguh-sungguh.
"Dia bukan orang sini. Dia orang Thailand. Orang suruhan paling kuat bagi Chee Tu. Dia... "Tajuddin memandang Faris seram... "Dia yang memburu Maya Irdina. "Faris agak tersentak apabila nama Maya disebut.
"Memburu? "Tanya Shila pantas.
"Cheng. Dia.. Pembunuh upahan. "
Ketiga-tiga mereka berbalas pandang. Sudah! Pembunuhan upahan pula terlibat.
"Jadi dia masih memburu Maya?"Tanya Faris ingin tahu.
"Setakat kali terakhir kami berjumpa. Ya dia memburu Maya. Dia menunggu masa yang sesuai. Dia ,Cheng lah yang cuba langgar Maya hari tu.. Dia yang hack telefon polis muda tu. Dia..tuan. Dia dibayar untuk membunuh Maya. Dan dia takkan berhenti. "
Faris menghantar isyarat risau kepada Inspektor Hassan.
Inspektor Hassan faham maksud pandangan Faris. Dia juga bimbang. Maya dalam bahaya.
YOU ARE READING
Sayang Awak Encik Polis!!! (COMPLETED) Bakal Terbit
Mystery / Thriller🌸🌸🌸🌸 "Sanggup ke Cik Maya bercinta dengan lelaki biasa macam Faris tu? Dia siapa? Anggota polis biasa, Cik Maya pula? Satu Malaysia kenal Cik Maya, artis wanita paling popular! " Oh please! MAYA IRDINA JATUH CINTA? Dengan polis yang patutnya me...