BAHASA CINTA:-

5.1K 208 13
                                    

~~~~~~~~~~~~

Ending nak tiba. READY?

KEEP BACA, VOTE & SHARE!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hari ini masuk hari kelima Maya menunggu Faris di depan rumahnya. Dan dia tak ada rasa ciri-ciri untuk mengalah. Apa yang dia tahu, semua ni tak  sia-sia. Dia yakin, Faris akan sedar isi hatinya. 

Biarlah seteruk manapun Faris menolak, Maya akan tetap mendekat kerana hanya dengan Faris, Maya berasa hidup. Dia rasa bahagia.

Jauh Maya merenung rumah Faris. 

'Here we go again!' 

Sempat Maya membisikkan kata-kata semangat buat dirinya kerana dia tahu, bukan senang untuk kentalkan hati. Semua orang mahu dia mengalah. Fia, Dani sudah berkali-kali menyuruhnya mengalah.  Media pun mahu dia mengalah. Tapi tidak bagi Maya Irdina. Ini yang dia mahu, dan ini yang dia akan lakukan.

Walaupun itu bermakna dia perlu duduk menunggu Faris di pangkin itu dari pagi hingga ke petang. Dia buat. Dia tunggu.

 Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia menunggu sepanjang malam,namun Mak Faris awal-awal lagi melarang. Dia menumpang tidur di motel buat beberapa hari sekarang, dan awal-awal pagi dia tiba di rumah Faris. Jadi di sinilah dia. Hari kelima.

Maya melangkah keluar dari keretanya. Begnya disandang kemas. Setiap pagi, dia akan menegur dan bertanya khabar dengan Puan Rosnah dan juga Mira terlebih dahulu. Mereka tak putus-putus memberi sokongan dan harapan. Meski mereka mahu Maya menunggu sahaja di dalam rumah darpida duduk di pangkin, Maya menolak. Dia tak mahu Faris berasa terbeban kerana kalau dia ada, Faris akan memerap sahaja dalam bilik.

Maya menjengah ke dalam rumah, pelik. Mana semua orang?

"Assalamualikum!" 

Maya memberi salam agak kuat. Mungkin mereka berada di dapur. Matanya menangkap kelibat Mira yang tergopoh-gapah berlari mendapatkannya.

"Kak Maya! Tolong! "

"Kenapa?"

"Along demam!" Muka Mira jelas risau. 

"Demam?" Hati Maya rawan, segera dia berlari ke dalam, Mira hanya mengikut di belakang.

Namun langkahnya terhenti di depan pintu bilik Faris. Takkan nak main terjah masuk jer!

Mira yang faham sendiri membukakan pintu bilik abangnya.
"Mak ada dekat dalam.."beritahu Mira.

Maya hanya mengangguk dan mula melangkah masuk. 

"Faris..." Hatinya meluruh. Faris kelihatan sangat pucat.

Dia tahu Faris tak dapat mendengar kerana jelas bunyinya sedang tidur. Puan Rosnah di sisinya sibuk menuam tuala di dahi Faris. 

"Dari malam tadi dia tak sihat. Katanya dia rasa pedih dekat luka tembakan dia..Mak tak tahu nak buat apa dah... Mak paksa makan, tapi dia tak nak juga. "

Maya menghampiri Puan Rosnah dan duduk di birai katil. 

"Maya cuba pujuk dia ya?"

Dia memandang Puan Rosnah meminta kebenaran, dan mak Faris bersetuju.

"Faris..."lembut Maya mengejutkan Faris. Tangan Faris dipegang.

Sejuk!

"Faris bangun! Kita pergi klinik ya!" pujuk Maya lembut. Dalam hatinya menangis.

'Faris sakit kerana aku. Bodoh! Faris dah cukup terseksa sebab aku..' Dia juga sakit melihat Faris sakit. Dahi Faris berkerut, badannya berpeluh kuat sekali. Tangannya kesejukkan.

Sayang Awak Encik Polis!!! (COMPLETED) Bakal TerbitWhere stories live. Discover now