"Jadi semua ni masalah dari Avenue Sdn. Bhd?" Mikhael memecahkan buntu. Bilik siasatan yang padat dengan sembilan orang anggota terasa berkali-kali ganda sempit dan panas dengan ketegangan kes yang sedang mereka siasat.
"Bukan keseluruhannya. Apa yang kita dapat tahu sekarang semuanya berpaksikan akaun bank kedua Chee Tu, pegawai kanan Avenue Bhd. Tapi kita masih tak pasti, sama ada ini urusan dia sendiri atau memang syraikat. " Inspektor Hassan mengetuai perbincangan memandang serius dari hujung meja. Kertas-kertas siasatan yang bertaburan di atas meja di teliti entab ke berapa kali.
Dani sudah berpandangan tak puas hati.
"RM 5.6 Juta? Semuanya dari hasil pelacuran? Biar betul? "
"Pelacuran, dadah, senjata api.. Yang peliknya macam mana kegiatan besar-besaran macam ni kita tak tahu langsung berleluasa? Syarikat Avenue untung hampir 10 juta ringgit setiap tahun, hasil kerja dalaman yang kotor sebegini. "Tempelak Faris kuat. Dari dulu lagi firasatnya ada mengaitkan semua yang pelik dengan Syarikat Avenue tapi tak sangka seteruk ini.
Mereka semua terdiam. Rumit. Bukan sahaja melibatkan wang jutaan ringgit tapi juga nama syarikat besar yang selama ini disenggani ramai. SD kad yang diberi oleh Maya bukan sahaja menyimpan rahsia jenayah yang di lakukan oleh Syarikat Avenue tetapi juga hasil duit keluar masuk syarikat berkenan setiap tahun.
"Jadi Faizal dia lah mangsa keadaan, dia yang figure out ,dia yang tahu hal ni? Dia cuba bongkarkan apa yang syarikat dia buat sebab tu dia di bunuh? "Shila cuba menyambung teka teki yang ada. Kematian Faizal, SD kad yang ternyata milik Faizal dan segala isi kandungan yang ada menunjukkan ke arah itu.
"Apa yang pasti kematian Faizal memang di buat untuk menutup sesuatu. Faizal tak ada berhutang dengan Ah Long, itu semua direka syarikat dia bekerja. Ibu Faizal datang ke syarikat Avenue untuk mengambil barang-barang anaknya." Inspektor Hassan memberika buah idea. "Target asal tembakan rambang hari tu ialah ibu si Faizal. Mungkin itu pun langkah terbaik untuk menutup habis rahsia gelap mereka. "
Shila melihat Faris berpeluk tubuh. Berdiri jauh di hujung meja. Mukanya yang serius dan beku cukup menggambarkan isi hatinya.
Faris memang sentiasa serius tapi kali ini wajahnya lebih tegang dari biasa.
"Maya Irdina ada di sisi Ibu Faizal ketika tembakan rambang itu berlaku. "Kata Shila sambil berbalas pandangan dengan Faris.
"Mungkin masa itu, si mangsa, Ibu Faizal selitkan SD tersebut. Dengan harapan kita dapat bongkarkan semua ni. "Makin mereka menggabungkan semua kronologi dan info yang ada kebenaran makin jelas. Dia tiga orang anggota yang lain sudah mengganguk bersetuju dengan teori yang mereka bentangkan.
"Bukti yang ada sudah cukup untuk menahan Chee Tu, atas kesalahan penyalahan gunaan wang syarikat, unsur pelacuran di kondominiumnya dan penyeludupan senjata api. Tapi kita masih perlukan bukti untuk kaitkan dia dengan pembunuhan Faizal, tembakan rambang di Syarikat Avenue serta kejadian yang menimpa Maya Irdina. Inspektor Mikhael tolong keluarkan waran, tiga anggota yang lain sila ikut saya. "Tegas sekali arahan dari Inspektor Hassan.
"Baik Tuan!"Semua menjawab
semangat. Meja siasatan mula dikemaskan. Mereka perlu bergerak pantas!Dani menghampiri Faris. "Tuan! Kami patut bergerak ke rumah Maya Irdina!"pinta Dani kepada Inspektor Hassan.
Inspektor Hassan terdiam. Misainya bergerak-gerak. Lama masa dia berdiam seolah menahan diri. Dia mengelakkan pandangan mata Faris.
Dia berdehm kasar."Tak perlu. Kamu dan Inspektor Faris tak peru lagi ke sana. "Dia bangun segera namun langkahnya terhenti kerana suara lantang Faris.
YOU ARE READING
Sayang Awak Encik Polis!!! (COMPLETED) Bakal Terbit
Mystery / Thriller🌸🌸🌸🌸 "Sanggup ke Cik Maya bercinta dengan lelaki biasa macam Faris tu? Dia siapa? Anggota polis biasa, Cik Maya pula? Satu Malaysia kenal Cik Maya, artis wanita paling popular! " Oh please! MAYA IRDINA JATUH CINTA? Dengan polis yang patutnya me...