REALITI ITU SAKIT:-

6.1K 268 3
                                    

Pintu rumah Maya dibuka dengan lemah. Faris hanya menghantar Maya sehingga di depan rumah sahaja.Dani keluar daripada rumah Maya apabila terdengar bunyi enjin kereta di matikan. Memang setiap kali Maya keluar , Dani akan duduk dalam rumah Maya.

Dani menghampiri Faris. Cuak sekali wajahnya melihat keadaan Maya yang teruk. Lengan baju kebaya yang koyak menarik perhatiannya." Cik Maya! Apa dah jadi ni?"Dia mencapai tangan Maya. Tapak tangan melecet dan calar ditilik.

"Macam mana boleh jadi macam ni? Saya dapat info tapi tak lengkap." Dani memandang muka Faris meminta jawapan.

Faris hanya mengeluh. Dia memeluk tubuhnya. "Ada orang cuba nak langgar Cik Maya tadi. Nasib baik tak jadi apa-apa." Beritahu Faris.

"Masya Allah! Dah report dekat balai tak?"

Maya senyum tawar.""Dah. Jangan risau, I'm fine." Maya menarik tangannya dari Dani. Dia memandang Faris.

"Faris yang selamatkan I." Maya melemparkan senyuman. Cuba menutup gusar di hatinya.

Dani turut memandang Faris. Muka Faris yang tegang menunjukan bahawa sesuatu yang buruk telah berlaku.Pagar rumah di buka lebih luas."Dahlah. I masuk dulu. I nak rehat." Kata Maya.

Penat badan dan otaknya sebab macam-macam yang terjadi. Dia rasa hidupnya kini terlalu complicated.Namun Maya terhenti apabila sebuah kereta Myvi kuning berhenti dan memarkir di hadapan rumahnya.

"Fia."Ucap Maya. Dia tahu itu kereta Fia. Cuma kenapa dia ke sini?

Fia keluar dari keretanya. "Cik Maya!"

Pintu kereta di tutup pantas. Dia membuka pula pintu kereta belakang. Kening Maya terjongket." You buat apa dekat sini , Fia?"

Fia mengeluarkan beg luggage kecil dari dalam keretanya. Dia menjinjit beg tersebut menghampiri Maya.

"Faris tak bagi tahu lagi, ke?" Dia memandang Faris. "Lah! Ingatkan Cik Maya dah tahu."

Faris membuat isyrat tak apa kepada Fia."Ni, saya minta Fia, teman Cik Maya. Saya suruh dia tinggal dengan Cik Maya buat sementara waktu."

Fia menayangkan sengih." Boleh tak Cik Maya?"

Maya memandang tak tak percaya."Tinggal sini?"

Fia mengganguk." Hmm. Saya teman Cik Maya buat sementara waktu dulu."

"Boleh je! Adalah juga kawan I." Maya pendek. Dia memeluk bahu Fia.

"Jom masuk."Ajaknya. Dia menarik Fia masuk ke dalam."Apa-apa belaku bagi tahu saya juga tau!!" Laung Maya dari dalam rumah.

Dani menjawab, "Baik Cik Maya, " Namun Faris tidak. Faris melangkah masuk ke dalam kereta. Dia tidak menghiraukan Dani di luar. Air conditioning dalam kereta di kuatkan. Butang baju melayu di buka tiga butang. Seat kereta diturunkan sedikit. Dani turut masuk dan duduk di tempat duduk sebelah pemandu. Wajah runsing Faris membuat dia terganggu.

"Tuan, okay tak Ni?" Tanya Dani prihatin."Tak nak tukar baju ke?"

Diam. Faris merenung kaku ke hadapan. Ingatannya melayang kepada perbalahan di pejabatnya tadi. Kecederaan Maya tadi memang tak sepatutnya berlaku. Dia gagal. Gagal menjaga Maya. Gagal menjalankan tugas sebagai penjaga.

"Apa Ni Faris?" Suara Inspektor Hassan bergema di seluruh ruang tersebut.

"Maaf tuan."

"Saya suruh kamu jaga Maya, tapi, apa kamu buat? Hah? Banyak Kali saya pesan. Jangan libatkan perasaan."

" Kamu tak sepatutnya rapat dengan dia, hanya perhatikan dia dari jauh. Ini tak! Siap keluar pergi kenduri kahwin. Bagi tahu saya, itu ke yang sepatutnya under cover polis buat?"

Faris menunduk."Saya sedar. Saya salah. Saya tak akan ulangi lagi."

Inspektor Hassan bernafas laju. Dia melabuhkan duduk. Matanya tajam memandang Faris yang masih dalam baju melayu."Ini kali terakhir saya harap perkara ni jadi. Kalau boleh suruh Maya kurangkan aktiviti luar. Kalau perlu keluar juga, kamu hanya perhatikan dari jauh. Jangan bergaul rapat dengan dia."

Faris mengganguk. "Baik tuan."

Inspektor Hassan mengeluh. " Saya harap kamu faham tugas kamu."

"Tuan?" Panggil Dani.

"Jauhkan diri kamu dari dia. KAMU HANYA POLIS BANTUAN MENJAGA MAYA IRDINA. Lepas semua ni selesai kamu tak akan ada apa-apa lagi connection dia. Kamu patut ingat tempat kamu."katanya seraya meninggalkan Faris begitu sahaja.

Faris tersentak daripada lamunan mengenai perbualannya tadi . Dia mengeluh. Rambutnya dikusutkan sedikit. Tapak tangannya di letakkan di belakang kepalanya."Lepas Ni, jauhkan diri dari Maya." Kata Faris mendatar. Dia memejam mata.

Dani terkejut. Selama ni elok sahaja. Apahal boss aku Ni?"Kenapa?"

Faris tak menjawab."Just jauhkan diri dari dia."

___________________________________

Maya dan Fia hanya melepak tengok tv sambil makan nugget. Maya terasa ceria apabila ada Fia menemaninya. At least adalah yang teman dia berbual. Maya memang selesa dengan Fia walaupun Fia hanyalah pekerjanya.

Fia memandang Maya. "Saya nak tidur dekat mana, Cik Maya?"

"Hmm." Maya menimbang terdahulu. "Apa susah. You tidur jer bilik I. Katil I besar, muat untuk kita berdua."Maya memasukkan sebijik nugget ke dalam mulut.

Fia tersedak. "Takkanlah saya nak tidur dengan Cik Maya. Mana boleh!"

Dahi Maya berkerut." Kenapa tak boleh pula?"

"Yalah. Cik Maya kan boss saya!"

"So?" Mata masih terpaku pada kaca televisyen.

"So mana boleh saya tidur dengan Cik Maya." Fia memeluk erat bantal kecil di sofa.

"Alah! Tidur jer dengan I . I okay jer. You kan kawan I !" Balas Maya . Dia melemparkan senyuman kepada Fia . Dia tahu Fia selalu menjaga jarak antara dirinya. Dia mana dia sendiri tidak merasa apa-apa, selepas semua yang jadi di hidupnya kini, lebih baik dia rapat dengan ramai orang untuk keselamatan sendiri juga.

Sayang Awak Encik Polis!!! (COMPLETED) Bakal TerbitWhere stories live. Discover now