" Jemput masuk . Abi, Umi," Pelawa Maya seronok. Pintu rumah di buka lebih luas.
"Hah! Yalah, nak masuklah ni."Jawab ayah Maya Nur Irdina, Encik Razali Ahmad. Pesara kerajaan yang berusia 51 tahun. Masih lagi gagah, walaupun fizikalnya sudah mula dihambat usia tuanya. Cepat sahaja tangan tua itu dicapai dan dicium penuh rindu. Dah lama dia tak bertemu dengan orang taunya. Genggaman kuat Abi , membuat dia semakin sebak. Lantas, anak perempuan tunggalnya dirangkul.
"Rindunya dekat Abi."Leret suara Maya. Sengaja bermanja-manja. Hidupnya yang sudah kucar-kacir membuatnya sesak menanggung beban perasaan. Cepat sahaja emosinya terusik.
"Kalau rindu, kenapalah tak nak call Abi. Abi dan Umi risau tahu tak."Belakang badan Maya diusap perlahan. Siapa yang tak sayang anak? Maya itulah satu-satunya permata dan buah hati. Maya menyeka tangis.
"Maya tak nak susahkan Abi dengan Umi. Melaka tu jauh, Maya tak naklah Abi drive seorang diri semata-mata risaukan Maya."Jawab Maya sambil melentokkan kepala ke bahu ayahnya.
"Habis itu, takkan Maya nak Abi buat tak tahu. Abi dengar dalam berita , kecoh dengan tembak -menembak, siap pihak polis satu Malaysia pun kecoh. Abi risaulah, Maya ini anak Abi. Dahlah hari tu hampir kena langgar, apa dah jadi ni Maya?"Tegas Encik Razali menyuarakan apa yang dia rasa. Satu Malaysia kecoh dengan kes Maya Irdina. Hati orang tua, mana boleh tenang selagi tak tengok Maya dengan mata kepalanya sendiri.
Maya tersenyum tawar. "Maya okaylah..."Dia menoleh ke Uminya yang berada di tepinya. Tubuh wanita itu dipeluk erat."Umi."Meleret suara manja Maya.
"Ya. Umi ada ni. Dah yang penting Maya selamat. Tak ada apa yang nak dirisaukan."Pujuk Uminya. Pelukan anaknya dirungkaikan. "Ni kawan Maya eh?"tanya Uminya, kepada Fia yang berdiri dari tadi.
Senyuman lebar terukir. Fia menyambut tangan Umi Maya dan disalam hormat."Saya Fia, pembantu Cik Maya. "
Uminya mengangguk."Kamu teman kan Maya dekat rumah ni ye?"
Fia mengangguk."Ya saya teman Cik Maya jadi mak cik jangan risau!
"Hah! Baguslah ada orang temankan Maya, tak adalah sunyi dekat rumah ni."Kata Encik Razali senang."Lega hati Abi, bila tahu kamu tu ada orang teman."
"Hmm, kemas rumah!"Mata Puan Zahrah melilau di sekeliling rumah."Ni, rumah bersih ni sebab, Umi nak datang ke?"Perlinya selamba. Bukan dia tak tahu perangai anak daranya. Pemalas tahap dewa. Kalau hari cuti , tengah hari baru mandi. Dari zaman sekolah sampailah dah tahap anak dara, perangai tak berubah.
Maya mencebik."Umi ni! Apa pula cakap macam tu!"Rajuk Maya. Suaranya sedikit melirih.
"Alah! Mengada-ngada. Nak merajuklah konon, asyik nak sentap bagai. Kamu tu, bukannya Umi tak tahu, tak suka nak kemas rumah. Pemalas!"Sindir Uminya lagi. Kakinya melangkah masuk ke dalam ruang tamu rumah Maya. Dia dan suaminya melabuhkan duduk di sofa .Beg-beg mereka diangkut Maya.
"Umi dan Abah rehat dulu. Beg ini Maya letak dekat dalam bilik. Nanti, kalau dah siap, kita makan sama-sama ye! Maya masak asam pedas."Beritahu Maya.
"WU! Asam pedas. Sedap tu. Hah! Pergilah masak dulu. Abi pun nak rehat sekejap. Penat drive tak hilang lagi ini."Kata Abinya. Sambil mengurut-ngurut kakinya.
"Hah! Maya!"
Maya yang berpaling kembali."Kenapa Abi?"
Abinya bersandar ke sofa."Haa. Nanti ajak polis yang jaga kamu itu. Abi nak juga tengok, orangnya macam mana."
"Ha?"Tanya Maya terkejut.Keningnya Abinya berkerut. Dah apa pula Abinya rancang kali ini.
"Kenapa? Ajaklah mereka makan sekali. Bolehlah Abi kenal-kenal dengan dorang. Teringin juga nak kenal dengan dorang. "
YOU ARE READING
Sayang Awak Encik Polis!!! (COMPLETED) Bakal Terbit
Mystery / Thriller🌸🌸🌸🌸 "Sanggup ke Cik Maya bercinta dengan lelaki biasa macam Faris tu? Dia siapa? Anggota polis biasa, Cik Maya pula? Satu Malaysia kenal Cik Maya, artis wanita paling popular! " Oh please! MAYA IRDINA JATUH CINTA? Dengan polis yang patutnya me...