"Cepatlah! Dah lambat dah ni. " Marah Maya. Dia paling tak suka kalau orang yang tak menepati masa. Dia sudah bercekak pinggang di tepi pintu masuk. Faris berjalan perlahan sengaja mahu buat Maya bertambah geram. Tengah-tengah hari buta macam ni nak paksa dia pergi butik pengantin pula dah.
Op! Cop!Cop!
Bukan Maya dan Faris yang nak kahwin ye! Maya datang ke butik pengantin atas permintaan kawan baiknya. Mimi Rozie, salah sorang pereka baju kegemaran Maya memintanya datang untuk membantu menjayakan photoshoot baru koleksi baju pengantin. Sebagai kenalan baik, Maya terus bersetuju tanpa berfikir panjang.
Melihat Faris yang masih berjalan lambat-lambat, Maya berpatah balik dan segera menarik tangan Faris. "Cepatlah, kita dah lambat ni." Tangan Faris ditarik Maya kuat. Apalah sangat yang bergeraknya, Faris jauh lebih tinggi dan besar berbanding Maya.
"Eleh! Tadi bila makan tak ingat pula dia dah lambat. " Gurau Faris. Sejak dua minggu lepas apabila dia menemani Maya menonton wayang, hubungan mereka makin rapat. Makin seronok dia bergurau dan menyakat Maya. Maya menjegilkan matanya. "Ya sekarang ni dah lambat! "
Mereka berdua melangkah masuk ke dalam lif dengan segera. "Tingkat 3." Arah Maya.
Faris menggeleng kepala. Kuat mengarah betul, tanda awal queen control ni! Butang no 3 ditekan juga.
Ting!
Benda pertama yang tertangkap oleh pandangan mata mereka ialah papan tanda besar
"BUTIK PENGANTIN ROZIE."
"MAYA IRDINA! "Teriak seorang perempuan dari jauh.
"Mimi! "Maya menjerit teruja. Mimi Rozie yang merupakan pereka fesyen butik berkenaan datang menerpa awal-awal lagi siap berpelukan dan berlaga pipi dengan Maya. Dia nyata jauh lebih tua daripada Maya dan Faris. Faris mengagak mungkin umurnya. Mungkin dalam 35 tahun. Agaknya lah.
"Jom sayang kita masuk. " Tangan Maya ditarik oleh Mimi. Kelibat Faris langsung tak dihiraukan olehnya. Maya hanya tergelak mengikut. Dia berpaling dan mengisytiharkan Faris supaya ikut masuk sekali. Dengan sebal Faris melangkah masuk juga.
Kawasan dalam butik agak terang. Ada beberapa bahagian di hiaskan untuk pengambaran. Mata Faris tertangkap di suatu sudut yang ada mini pelamin. Lengkap dengan segalanya siap ada bunga telur lagi. Situasi biasa bila Maya ada photoshoot dia akan duduk dan memerhati sahaja dari jauh. Awal-awal lagi dia sudah melabuhkan duduk di tempat yang disediakan. Matanya ligat memerhatikan orang lain yang sibuk bekerja.
"Mana Qimie yang model tu! Dia patutnya dah datang kan? "Tanya Maya sambil matanya meliar mencari model lelaki yang sepatutnya menjadi pasangannya.
Mimi Rozie mengeluh panjang. "Itulah Maya, patutnya dia dah datang tapi sampai sekarang tak nampak lagi batang hidungnya. "
Maya mula menarik muka. Tak profesional langsung! "So macam mana ni?" tanya Maya inginkan kepastian.
"Tak apa, you salin baju dulu, buat make up and rambut dulu nanti,dia dah sampai kita terus start." Cadangan Mimi yang bernas sangat boleh diterima.
Maya memandang Faris seketika. 'Elok je duduk situ! Tak payahlah kau risau, ' Yakin Maya kepada diri sendiri. Bukannya pertama kali Faris teman dia, nak risau sangat buat apa. Ye dok?
Dalam 20 minit menunggu, Mimi Rozie menjerit marah.
"WHAT?"
Dua orang pekerja lain terkejut kerana tiba-tiba dijerkah. "Qimie tak dapat datang. Dia kemalangan. Kaki patah katanya."S eorang pekerja bertudung biru menerangkan situasi.
YOU ARE READING
Sayang Awak Encik Polis!!! (COMPLETED) Bakal Terbit
Mystery / Thriller🌸🌸🌸🌸 "Sanggup ke Cik Maya bercinta dengan lelaki biasa macam Faris tu? Dia siapa? Anggota polis biasa, Cik Maya pula? Satu Malaysia kenal Cik Maya, artis wanita paling popular! " Oh please! MAYA IRDINA JATUH CINTA? Dengan polis yang patutnya me...