"Masak apa lagi tu Fia? "Tegur Maya.Fia tersentak sampai terlepas sudip di tangannya. Dia merenung Maya geram.
"Ish! Terkejut saya Cik Maya, "
Maya hanya sengih tawar. Seronok menyakat Fia yang sudah di anggap seperti adiknya sendiri.
"Sedapnya bau, "Maya melabuhkan duduk. Keadaan dapurnya memang besar, dengan set kabinet lengkap serta meja bulat kecil. Rumah besar, ruang luas tapi isinya tetap kosong. Dan sunyi. Mujur ada Fia menemaninya.
"Lepas ni kita makan sama-sama. Cik Maya tahu kan, saya kena balik rumah parents saya lepas asar. Nanti sup ayam ni saya simpan dalam bekas. Malam nanti panaskan je lauk. Okay? "Kata Fia sambil sibuk mengacau sup.
Maya memuncung. "Perlu pergi ker? "
"Lah! Kan dah janji? Family saya nak buat doa selamat sikit, takkan lah saya tak pergi pula? Dua malam je!"
Maya menyelitkan rambut ke belakang telinga. "Yalah-yalah. "
Fia juga ada kehidupannya sendiri. Maya tak boleh bergantung terus pada Fia, kesian gadis itu. Fia masih ada keluarga, kerja serta masa mudanya, takkan nak sia-siakan untuk dirinya.
Fia menjeling Maya sekilas.
"Cik Maya dah tak demam kan? "Maya menganguk merajuk.
"Dah tak dah. Tapi sunyi la sorang-sorang kat rumah. ""Dua malam jer. Bukannya saya tinggal terus. "
Fia tergelak. Mengada-ngada betul Maya Irdina ni sebenarnya."Eh! Dah baca news belum?"
Maya bangun mencapai segelas gelas air.
"News? Tak. I memang tak on any media sosial sekarang. Why? "Dia meneguk air sambil memandang Fia yang teruja semacam.
"Pihak polis dah tahan pegawai Avenue Bhd dengan lima belas orang lain. Dorang semua memang orang jahat Cik Maya. Dadah, pelacuran, banyak lagilah. Nasib baik dah kena tangkap. "
Maya cuba memerah ingatannya. Pegawai kanan Avenu Bhd. Dia kenal benar, dia sendiri pernah berbual lama dengan lelaki Cina itu. Sewaktu awal-awal dia menjadi model mereka. Setelah tahu semua ini berpunca dari Avenue Bhd, awal-awal lagi syarikat Maya menarik balik contract mereka. Hampir 40 ribu juga mereka terpaksa bayar untuk tamatkan contract dengan Avenue Bhd.
"Haih! Syarikat besar macam tu boleh terlibat dalam jenayah besar macam ni. "
Suara Fia menerjah pendengarannya. Tak habis-habis lagi membebel tu. Maya menghampiri Fia dan mencuit pinggang gadis itu.
"Kuatnya membebel."sindir Maya riang.
Fia menangkap tangan Maya.
"Ish! Cik Maya. Orang serius dia main-main pula. "Maya mengalah. "Okay. Okay. I serius ni. "
Fia menggeleng tak percaya.
"Rasanya tak lama lagi everything is going to be fine. Pelaku semua dah kena tangkap. Cik Maya tak perlu sedih-sedih lagi dah. "
Maya senyum perit. Bukan keadaan ini yang membuatnya sedih atau sengsara. Tapi Faris.
Dia sudah terima hakikat. Walaupun semuanya akan kembali normal, dia dan Faris sudah tiada harapan lagi. Tak mungkin lagi ada kesinambungan antara dia dan Faris.
"Cik Maya dengar tak ni? " Fia memandang Maya pelik. Dah tiba-tiba termenung pula.
Fia menghela nafas. "Cik Maya. Kalau Faris sayang Cik Maya, dia mesti akan faham apa yang Cik buat sekarang. Cik Maya kena bersabar, banyakkan berdoa. "
YOU ARE READING
Sayang Awak Encik Polis!!! (COMPLETED) Bakal Terbit
Mystery / Thriller🌸🌸🌸🌸 "Sanggup ke Cik Maya bercinta dengan lelaki biasa macam Faris tu? Dia siapa? Anggota polis biasa, Cik Maya pula? Satu Malaysia kenal Cik Maya, artis wanita paling popular! " Oh please! MAYA IRDINA JATUH CINTA? Dengan polis yang patutnya me...