Malam itu Maya bergolek-golek sahaja atas katil sambil bermain dengan telefon bimbitnya. Akaun Instagram diteliti dengan bosan. Peminatnya yang seramai 2 million di akaun Instagram tidak dapat menghiburkan dia ketika sedang dalam keseorangan. Benarlah peribahasa kehidupan, ramai mana pun kawan hanya sedikit sahaja yang tetap di sisi pada bila-bila masa.
Dia tahu ramai antara pengikutnya hanya ingin mengikuti perkembangannya dan mencari kekurangannya. Semua hanya dengki dan berpura-pura baik dengannya. Buktinya? Tak ada pun peminat yang bertanya khabarnya, atau bertanya tentang keselamatan dirinya.Mesej yang banyak datang dari Isyraf Zaidi, sahabatnya di baca sahaja. Malas dia nak membalas.
Sunyi. Dikerlingnya jam besar di dinding. Baru pukul 9.45 malam. Dia mengeluh bosan. Awal lagi ni. Selalunya dia balik rumah dalam pukul 11 malam. Itupun terus tidur. Hari ini, seharian suntuk dia duduk di rumah. Dia tiada rasa ingin keluar. Yalah. Kalau nak keluar pun kena ditemani oleh dua orang pegawai polis yang menganoyingkan tu. Huh! Tak sanggup rasanya.
Tiba-tiba dia berasa ingin bercakap dengan sesorang. Maya membuka contact list dan menelefon Fia. Tak lama kemudian suar Fia kedengaran di hujung talian.
"Ya, Cik Maya! Kenapa call saya malam-malam ni?"
Maya baring menelentang. "Fia! I bosan ni! I rasa macam nak gila tinggal dalam rumah."
Kedengaran suara gelak Fia .
"Aik! Kenapa pula nak bosan? Bukan ke ada dua abang polis teman Cik Maya ?"
Maya merengus. "Teman apanya. I duduk sorang-sorang dari tadi. Dah nak mereput dah rasanya."
"Alah! Cik Maya bukannya tak boleh nak keluar ,kan? Mintalah polis berdua tu teman Cik Maya pergi shopping ke? Hah! Cik Maya pun dah lama tak pergi Pavilion kan? Pergilah sementara Cik Maya ada masa banyak sekarang ni."
Dahi Maya berkerut. "Bawa dorang berdua? Eui! No way!"
"Cik Maya, bukannya rugi bawa dorang berdua. Dahlah dapat polis hot. Untung Cik Maya. Saham Naik! Nak-nak pula dengan abang Inspektor tu!" Sakat Fia dan bantai gelak.
"Eui! Hell no! Dahlah! Malas nak cakap pasal polis tu . Menyampah!"Panggilan terus ditamatkan. Maya terus mengeluh. Dia meletakan tangannya di dahi. Matanya terpaku ke syiling. Nak buat apa ni?Seketika ingatannya melayang kepada perbualannya dengan ibunya tengah hari tadi.
Kekhusyukan Maya yang sedang menonton movie terganggu dengan panggilan telefon. Lagu Aku Cinta nyanyian Ernie Zakri Dan Syamel berbunyi kuat daripada tadi. Maya melunjurkan tangannya mencapai iPhonenya di atas meja.
"Hello?"Tanya Maya dengan suara malas.
"Assalamualaikum!" Suara garau lelaki di hujung talian berjaya membuatkan Maya duduk tegak.
"Waalaikumussalam, eh! Abi! Kenapa tiba-tiba Abi call Maya ni?"
"Hai! Sahaja call. Kenapa? Abi tak boleh nak call anak Abi ke?"
Maya cemas." Tak! Bukanlah! Cuma terkejutlah , Abi tiba-tiba call."
Abinya terbatuk perlahan."Habis tu, nak tunggu kamu, sampai bila pun tak call Abi . Ni! Hari tu kamu terlibat dengan kejadian tembak menembak pun bukan nak cerita dekat Abi Dan Umi. Kami tunggu, tapi tak juga kamu call. Hai anak bertuah ni!"
Maya tergelak janggal." Maya okay je! Sebab tu Maya tak call. Maya tak nak susahkan hati Abi Dan Umi. Sekarang ni pun , Maya elok-elok je,"
"Haisy! Abi dah cakap lama dah. Berhenti berlakon. Tak payah sibuk nak kejar glamour. Abi dan Umi suka kalau Maya, tinggal dengan kami. Dapat kerja baik-baik."
'Ah! Sudah! Abi ni dah start membebel pula dah. Macam mana nak lari ni?'Bisik hati Maya.
"Alah! Maya tak ada apa-apa pun. Cedera pun tak!" Maya Cuba meyakinkan Abinya.
"Sekarang ni memanglah tak ada apa, tak cedera . Lepas ni ,siapa tahu?"
"Hisy! Abi nak Maya cedera ke?" Cebik Maya.
"Hisy kamu ni! Ke situ pula fikirnya. Sekarang ni siapa jaga kamu? Kamu duduk sorang-sorang lagi ke?"Tanya Abinya risau. Yalah anak perempuan sulung. Yang sorang lagi anaknya si Haikal , tu kerja melepak je tahu. Mentang-mentang dah habis SPM.
"Sekarang ni ada dua polis jaga Maya. Diorang perhatikan Maya dan jaga rumah Maya."
Terdengar hembusan nafas Abinya." Baguslah kalau macam tu! Sekarang mereka dimana?"
"Dorang ada je Kat luar rumah Maya,"
"Hah! Baguslah! Lagi dekat lagi bagus! Kamu tu, dah ada orang jaga tu, jangan buat perangai. Ikut cakap polis tu, faham?"Nasihat Abinya.
"Apa ni, Abi?" Maya tak puas hati.
"Abi bukan apa, Abi tak percaya dengan kamu Maya. Jangan kamu buli pula polis tu, hargai mereka. Ingat mereka tak ada kerja lain ke selain jaga kamu tu? Kalau boleh masak, bagi mereka makan. Jaga bahasa kamu! Faham tak?"
"Yalah-yalah! Maya layan mereka baik-baik. Abi ni sibuk pasal dorang pula."
"Abi cakap sahaja. Orang buat baik, balas dengan baik. Ingat tu!"
Maya terkenang perbualan dengan Abinya siang tadi. Buat baik dengan polis tu? Dia bangun dan menuju ke tingkap biliknya lalu mengintai di luar rumah. Kelihatan sebuah kereta Perodua hitam tersadai di luar rumah.
"Dorang duduk dekat situ dari siang tadi ke?" Maya bertanya sendiri. Lama dia merenung kereta. Perlahan-lahan tangannya mendail nombor yang baru dia dapat pagi tadi. Lama menunggu akhirnya panggilan Maya di jawab.
"Hello , ada apa Cik Maya?" Suara Faris kedengaran .
Maya mengawal suaranya. Tak nak dengar yang dia teruja apabila Faris mengangkat panggilannya. "Korang ke yang dekat luar tu?"Tanya Maya.
"Ya! Kami ada dekat sini." Jawab Faris. Ada nada penat dalam suaranya.
"Dari tadi?"Tanya Maya. Dia menyelak langsir lebih luas.
Faris membuka pintu kereta dan keluar. Dia bersandar di tempat duduk pemandu sambil menghadap tingap bilik Maya di tingkat atas. Telefon dipegang kemas sambil terus memandang ke tingkap bilik Maya .
"Ya , kami ada di sini dari tadi. Kami sentiasa perhatikan Cik Maya."
Maya dapat perasan Faris sedang memandang ke arah tingkap biliknya. Dia nampak dengan jelas Faris yang hanya bersweater putih , bersandar di tempat duduk pemandu sambil sebelah tangannya di dalam kocek dan sebelah lagi memegang telefon.
"Cik Maya tak tidur lagi ke?" Suara Faris menyedarkan Maya.
"Belum. I nak masuk tidurlah ni."Balas Maya laju.
' Aduh! Aku usya dia sampai tak sedar diri!' kutuk hati Maya.
"Baiklah! Cik Maya masuklah tidur dulu. Saya akan bergilir dengan Dani." Beritahu Faris.
"Hmm. Oklah kalau macam tu, I tidur dulu." Kata Maya sambil menutup langsir kembali. Dia turut menghampiri katil saiz king berwarna emas miliknya.
Faris nampak langsir Maya ditutup. "Selamat Malam, Cik Maya!"Ucap Faris lembut. Bukan dia sengaja nak bermanja atau apa, cuma siang tadi, dia sudah buat wanita itu marah. Malam ini biarlah dia melayan Maya dengan baik.
Dan ternyata kata-kata Faris membuatkan Maya terkelu. Wow! Sumpah hampir cair.
"Hmm. Yalah"Kata Maya dan cepat-cepat menamatkan panggilan . Dia meletakan handphone di tepi bantalnya dan mula berbaring.
"Selamat Malam Cik Maya!"
Hah! Sudah! Kata-kata dan suara Faris terngiang di telinga Maya. Maya mengiring ke Kiri.
'Ok. Stop!' Arah otak Maya.
"Selamat Malam Cik Maya."
'Dah cukup! Tidur Maya!' paksa otaknya.
"Selamat Malam Cik Maya."
Lagi sekali?
'Dah Maya! Tidur!' Jerit Maya sekuat hati. Dalam hati jelah.
YOU ARE READING
Sayang Awak Encik Polis!!! (COMPLETED) Bakal Terbit
Mystery / Thriller🌸🌸🌸🌸 "Sanggup ke Cik Maya bercinta dengan lelaki biasa macam Faris tu? Dia siapa? Anggota polis biasa, Cik Maya pula? Satu Malaysia kenal Cik Maya, artis wanita paling popular! " Oh please! MAYA IRDINA JATUH CINTA? Dengan polis yang patutnya me...