HANYA PERLU KAMU:-

5.2K 212 18
                                    

"MAYA IRDINA SUDAH KAHWIN? "

"KANTOI! MAYA IRDINA TERNYATA SUDAH BERKAHWIN! "

"PELAKON WANITA SENSASI DIDAKWA SUDAH BERKAHWIN?"

  "RAHSIA AKHIRNYA TERBONGKAR! "

Begitulah keadaan media semasa yang sedang rancak mempertikaikan kenyataan adakah Maya sudah berkahwin. Hal ini terjadi kerana dalam masa dua hari sejak pengambaran baju perkahwinan hari itu, beberapa gambar Maya dengan pakaian pengantin tular di laman sosial media.

Maya memandang kosong ke arah ketua Pengarah Syarikat Warna Sdn. Bhd, Rahim Fauzi yang selama ini lembut dan mesra nampak bengis semacam. Rahim Fauzi menguatkan suara tv di pejabatnya. Pasal apa? Tentulah mengenai gossip Maya yang kini melanda satu Malaysia. Pengacara Moledizz sedang sibuk membuat liputan. Rancangan media hiburan yang bersiaran setiap hari itu mendapat ranting tertinggi hanya dengan gossip murahan Maya.

"Satu Malaysia nyata terkejut apabila beberapa keping gambar yang tular di laman sosial popular seperti di Instagram dan twitter dikatakan merupakan gambar perkahwinan pelakon kesayangan ramai Maya Irdina. Maya Irdina yang pernah memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik tahun 2017 dan 2018 dikatakan sudah berkahwin dengan seorang jejaka yang rupanya disembunyikan."

Beberapa gambar Maya dan lelaki dalam baju perkahwinan turut dipaparkan di kaca tv. Muka Faris tak kelihatan jelas kerana tertutup oleh bouquet bunga Maya. Maya jelas tahu yang lelaki itu tak lain tak bukan ialah Faris.

"Namun ada pihak mengatakan jejaka berkenaan merupakan kenalan rapat Maya yang tampan. Nama Maya Irdina yang sebelum ini panas apabila teribat dalam kejadian tembak menembak beberapa bulan lepas dikhabarkan mengundur diri untuk menjamin keselamatannya yang terancam. Bersembunyi atau berkahwin senyap-senyap? Kami masih tak tahu."

"Setakat ini masih belum ada lagi maklum balas daripada pihak Maya. Kalau berita ini benar, Malaysia nampaknya terpaksa melepaskan satu permata yang sangat berharga, iaitu Maya Irdina. " Kaca tv tiba-tiba gelap. Ditutup marah oleh Rahim Fauzi.

"Now! Can you please explain to me about this matter Maya Irdina!" Suaranya naik tinggi.

Maya hanya memandang sepi. Cuba memenangkan diri. "Gossip murahan Sir! Macam biasa. Jelas sangat tu daripada photoshoot i-"

Tanggannya menumbuk meja. "If it only gossip how come gambar macam tu boleh spread ke media? How the hell all that pictures look so realitic? "

Maya duduk tegak. Wajah serius sudah keluar. "How should i know. That just a stupid photo from stupid photoshoot. If you don't believe me, go and ask Mimi by yourself."

Rahim Fauzi memandang tajam ke arah Maya. Matanya juga tajam menikam Faris yang berdiri tegak di muka pintu. "How should i know you tak ada hubungan dengan polis cabuk tu?"Sinis sekali bunyinya. Hilang sudah professionalism yang di pegangnya. Faris sudah mahu membuka mulut namun Maya lebih cepat.

"How dare you! He is my protector! And he is not polis cabuk! " Suara Maya makin meninggi. Dia sudah naik marah.

"Maya."Tegur Faris.

"Diam Faris! " Balas Maya kasar juga. Faris terkedu. Ego lelakinya tercalar apabila Maya tergamak menengking dia di khalayak ramai.

Sayang Awak Encik Polis!!! (COMPLETED) Bakal TerbitWhere stories live. Discover now