RINDU ITU BERAT:-

6.3K 224 1
                                    

"Yang mana satu , princess? "

Melilau mata mereka menilik semua koleksi cincin yang ada. Dari emas, emas putih ke berlian, semuanya nampak sangat menarik. Cantik-cantik semuanya ,memang rambang mata dibuatnya. Maya sudah teruja semacam.

"Semua cantik-cantiklah Isyraf. I tak tahu nak pilih.."Sengih Maya.

Para pekerja kedai Habib itu juga turut tersenyum memahami. Memang terlampau banyak pilihan, terlalu banyak rekaan yang cantik-cantik. Harganya pun cantik juga!

"Which one yang you rasa paling cantik. Tolonglah Maya, I tak reti nak pilih.."

Isyraf masih setia memujuk. Dia berdiri setia di tepi Maya Irdina yang masih ralit mencari cincin yang tercantik. Dia sebagai lelaki rasa semua jenis cincin kelihatan sama sahaja. Baik serahkan pada yang pakar.

"HAH! Ni cantik!" Tunjuk Maya.

"I memang suka design yang simple macam ni."Cincin berlian itu di sarungkan ke jari manisnya. Muat-muat. Memang sangat padan dengannya.

Haih! Hatinya bedetik cemburu. Kalaulah ini boleh jadi miliknya sekarang. Masalahnya bukan dia yang datang mencari cincin harini, waktu ini.

Tapi Isyraf. Dia hanya membantu Isyraf mencari cincin paling cantik buat lamaran malam ini.

"Tapi kan, for Alia, jari dia lagi halus. This one is way too big for her,"

Cincin tadi dipulangkan kepada petugas itu. Simpan dululah cincin kegemarannya itu. Suatu hari nanti dapatlah dia merasa memakai cincin itu. Sekarang fokusnya adalah cincin buat Alia.

Satu lagi cincin berlian yang di capai. Yang ni pun cantik juga, berliannya lebih besar daripada yang tadi. Ukiran bunga yang ada tampak lagi elegen.

"How about this Isyraf?"

Cincin itu bertukar tangan. Isyraf menilik cincin pilihan Maya.

"Perfect! Tapi Maya, I started to feel nervous pula.."

"Lah! Why not? Alia mesti happy, besides you guys so fit for each other!"

Bukan Maya tak tahu, betapa cuak hati sahabatnya itu. Maklumlah nak melamar buah hatinya, Alia Awatif model baru yang cantik dan popular. Mereka sudah masuk tahun kedua percintaan dan Maya sudah mengagak betapa seriusnya hubungan percintaan mereka. Dan dia tumpang bahagia buat sahabatnya itu.

"Alia mesti say yes! Trust me!"

Cincin itu dipandang lama dengan senyuman lebar. Tampak sangat kebahagiann di raut wajah lelaki itu.

"Betul juga! Fine , I take this!"

Ahirnya dia bersetuju. Cincin RM3,800 itu sah memiliki pemilik baru.

"Awh! I'm so jealous!" Cebik Maya. Matanya tak lepas memandangan cincin kegemarannya tersimpan dalam peti kaca semula.

Tergelak Isyraf dibuatnya.

"Then , kahwinlah cepat."

Dia meyerahkan kad kreditnya pada petugas melengkapkan pembayaran.

Makin mencuka muka Maya. Bukannya dia berkecil hati, dia tahu Isyra hanya bergurau. Cuma rasa terkilan juga, Kebanyakkan orang lain di sekelilingnya sudah mula menemu bahagia.

"Fia nak kahwin, you pun nak kahwin. Fikri pun tak lama lagi lah tu. Haih! At the end i sorang jela single.."Bunyinya seakan menjauh. Padahal dia mengaja mengada-ngada. Petugas kedai sibuk membungkus cincin Isyraf dalam bekas cantik. Dia pula teruja buat Isyraf.

"Then? You tunggu apa lagi? Find him!"Nasihat Isyraf entah ke beberapa kali. Dia sudah penat asyik mengingatkan Maya hal yang sama, tapi Maya masih macam tu.

Sayang Awak Encik Polis!!! (COMPLETED) Bakal TerbitWhere stories live. Discover now