SPECIAL CHAPTER 2 :MayaRiss

10.3K 306 21
                                    


Tiktok acc-tiktok.com/@readingd
Instagram acc-r3adwithme

Buku ini akan diterbitkan. Sebarang plagiat akan dikenakan tindakan.
❤️❤️❤️

"Cepatlah sayang." Laung Faris kuat. Mana pulalah isteri kesayangannya ini? Dari tadi dia menunggu di luar, tak nampak-nampak lagi batang hidung. Jam ditangannya sudah ditilik entah ke berapa kali. Lagi dua jam sebelum acara bermula.

"Sabarlah!" Jerit Maya kuat dari dalam rumah. Suara sahaja yang kedengaran,orangnya tak nampak pula. Faris sudah tergeleng. Perempuan kalau bersiap punyalah lama. Dari dulu sebelum kahwin, sampai dah kahwin dan nak ada anak pun masih sama. Dia yang dari tadi sudah lama bersiap, terpaksa menunggu wanita kesayangannya pula.

Kalau dia tahu Maya tak siap lagi, tak adalah awal-awal lagi dia siap menghidupkan enjin kereta. Dia merenung pantulan dirinya dicermin kereta. Masih memperbaiki gaya rambutnya. Tak pernah dia terfikir untuk bergaya seperti ini. Dengan sut kemas berwarna biru gelap, dia nampak jauh berbeza daripada biasa.

Semenjak kahwin dengan Maya, dia sudah mula mengenal sisi hidupnya yang baru. Jika sebelum ini dia sibuk bergaya dengan jaket kulitnya dan seluar jeans, kini dia sudah selesai bersut ke mana sahaja dia pergi. Terumatanya ketika ada acara seperti ini. Dia kena bersiap hebat untuk menemani Maya di red karpet.

"Dah Jom!" Mendengar suara Maya, dia segera berpaling. Terasa jatungnya berdebar rancak. Wajah polos Maya dalam dress menandung warna biru gelap sedondon dengannya di pandang penuh sayang. Haih! Isterinya tak pernah tak cantik.

"Sayang!!"

Muka Maya berkerut. Pelik dia melihat reaksi suaminya yang terkesima. "Kenapa?" Dah kenapa terlopong tiba-tiba ni?

Tangannya dihulurkan ke arah isterinya. "Sayang, awak cantik sangat malam ni."

Dia menyambut huluran tangan suaminya, dan berjalan dengan hati-hati. Dressnya agak labuh jadi dia terpaksa lebih berjaga-jaga. "Cantik? Hey sayang, kalau awak tak perasan, saya pakai dress ibu mengandung jer sayang. Cantik apanya. Inilah first time saya pakai dress simple tau pergi event." 

Jawapan Maya membuatnya mahu ketawa. Tanggannya diletakkan sekejap diperut isterinya yang agak membesar. "Yalah. Sayang nampak lagi cantiklah sebab ada baby." Dengan sengihan lebar dia mengusap perut Maya. Kadungannya sudah mencecah lima bulan, tapi masih kelihatan sangat cantik dan menawan. Terutamanya di bahagian muka. Maya kini tampak sangat berseri-seri. Seri ibu mengandunglah katakan.

"Ceh!Ingat saya percaya ker? Tell me sayang, saya nampak gemukkan?" Cebik Maya. Melihat Faris tersengih-sengih membuatkan dia rasa rendah diri, entah-entah dia dah gemuk, tu yang Faris gelakkan dia tu.

Lagi kuat Faris ketawa. "Ya allah sayang ni apa pula. Sayang cantik giler malam ni." Dia tahu semenjak mengandung ni Maya jadi terlebih-lebih sensitif. Semua benda buat dia berfikir yang bukan-bukan. Mujurlah, Faris jenis yang bersabar, dan tak penat melayan karenah isterinya.

"No! I do look gemuk!"

"Mana ada sayang,"

"Alah jujur jelah. Saya dah tak cantik macam dulu, tak macam awak sayang, i mean, look at you. Hot! Handsome! Sedangkan saya? Hish!" Dia memeluk tubuh.

"Wait! Sayang ingat kalau sayang dah tak cantik, what? Saya tak sayang awak lagi?"

"Habis awak sanggup sayang saya if saya tak cantik?"

Arh! Sudah. Perangai Maya datang lagi, mood swing tak tentu pasal tapi Faris tahu macam mana nak memujuk Maya. "Okay!Okay! Kejap." Tangan Maya di pegang dan di bawa ke dadanya. Maya memandangnya tajam.

Sayang Awak Encik Polis!!! (COMPLETED) Bakal TerbitWhere stories live. Discover now