Keadaan antara mereka sangat sunyi dan terasing. Membuatkan Faris tak betah duduk. Dia berasa sangat tak selesa dengan keadaan sekarang ini.
"Ada masalah ke Tuan?"soal Faris memecah sunyi.
Inspektor Hassan merapatkan badan ke meja lalu kedua tangannya disilangkan.
"Tak ada masalah cuma kamu dah fikir masak-masak?"
Berat sekali Faris mahu mengungkapkan yang sebenarnya, tapi dia tahu. Ini yang terbaik.
"Saya serius Tuan!"
"Saya tak tanya kamu serius atau tak?Saya nak tahu, awak dah fikir masak-masak untuk buat keputusan ni?"
Faris tertunduk. Dia tak mampu berbalas pandang dengan ketua yang sangat dihormati itu.
"Sudah Tuan! Saya percaya, mungkin sampai sini sahaja takdir saya." Faris membuang pandang jauh.
Inspektor Hassan mengeluh panjang. Surat di tangannya di selak sekali lagi. Dia masih berasa tak puas hati. "Jujur dengan saya Faris. Kenapa awak nak berhenti kerja?"
Wajah lelaki muda itu sangat keruh. Dia memang kecewa sebab dia tahu, Faris sangat berpontesi.
"Adakah sebab Maya Irdina?"
Melihat gelengan kepala Faris membuat dia tak sabar.
"Jadi? Sebab apa?Kalau sebab kecedaran awak, saya boleh bagi awak cuti. Sampai awak betul-betul pulih..."
Faris duduk tegak. Dia memandang Inspektor Hassan penuh hormat. "Saya pilih untuk jadi polis sebab saya nak ikut jejak langkah arwah ayah saya. Saya nak bantu orang, saya nak lindungi orang ramai."
Inspektor Hassan membiarkan sahaja Faris mengambil masa. Dia tak mahu mencelah.
"Tapi lepas semua ni, saya mula sedar. Kes Maya buat saya lupa diri.Saya dah hilang diri saya yang dulu. Saya campur adukkan perasaan dalam kerja. Saya buat sesuatu bukan sebab itu tugas saya, tapi sebab itu yang saya mahu. Saya salah gunakan bidang kuasa kita. Dan saya malu untuk itu."
"Tapi apa pun yang kamu buat, beri kebaikan buat semua. Kita dah pun tangkap pelaku. Kita berjaya rungkaikan jenayah besar yang menapak dalam negara kita. Akibat tindakan ikut perasaan kamu tu, pihak polis tetap berjaya. Jadi, apa yang awak risaukan lagi?"
"Sebab itu, saya pilih untuk berhenti. Saya dah tak kenal siapa saya." Muka Faris tampak sangat susah hati."Bila saya bunuh Ceng.."
Inspektor Hassan mencelah laju."Kamu tak bunuh dia Faris. Itu tugas kita. Kamu pun cuba lindungi diri sendiri.."Inpekstor Hassan cuba mengingatkan hal sebenar.
Faris menggeleng lemah."Tak! Bila saya bunuh dia. Saya rasa puas'"
Inspektor Hassan terkejut.
"Bila saya tembak dia, saya tembak sebab itu yang saya mahu. Saya marah. Saya dapat rasa benci tu meluap-luap dalam diri saya. Sebab dia sakiti Maya, saya rasa saya nak sakiti dia juga,"Tanggan Faris mengiggil. Dia harus berdepan dengan semua ni. Dia perlu jujur atas sebab apa dia mahu berhenti.
"Sebab saya ikut perasaan saya ketepikan maruah saya sebagai seorang polis. Saya bunuh Cheng sebab saya sendiri mahu."Faris tertunduk. Air matanya jatuh gugur. Dia rasa berat. Dia rasa malu. Malu dengan seniornya. Dia malu dengan semua orang. Dia malu dengan diri sendiri.
Inspektor Hassan terdiam. Tak mampu berkata apa-apa lagi. Dia faham perasaan yang elanda Faris. Sekuat manapun dia cuba yakinkan Faris yang itu bukan salahnya, tapi diri Faris sendiri yang menanggungnya.
"Kalau kamu mahu, saya boleh tolong dapatkan bantuan doktor atau psikologi. Saya rasa patut dapat sesi kaunseling, kamu masih trauma." pujuk Inspektor Hassan lembut. Dia memang sudah anggap Faris seperti adiknya sendiri. Mereka seolah seperti satu keluarga.
YOU ARE READING
Sayang Awak Encik Polis!!! (COMPLETED) Bakal Terbit
Tajemnica / Thriller🌸🌸🌸🌸 "Sanggup ke Cik Maya bercinta dengan lelaki biasa macam Faris tu? Dia siapa? Anggota polis biasa, Cik Maya pula? Satu Malaysia kenal Cik Maya, artis wanita paling popular! " Oh please! MAYA IRDINA JATUH CINTA? Dengan polis yang patutnya me...