Part 2

118 8 0
                                    


ADAM tergesa-gesa keluar dari rumah lalu mengunci pintu kerana sudah benar-benar lewat. Dia membuka pintu kereta lalu masuk ke dalam perut kereta. Kunci kereta di pulas. Dia mengundurkan keretanya perlahan.


Iphonenya berdering nyaring. Adam menoleh sekilas kearah handphonenya yang di letakkan di tempat duduk penumpang di sebelahnya. Nama Fairul tertera di skrin Iphonenya. Adam menekan speaker lalu menjawab panggilan telefon Fairul.


"Kau kat mana Adam?," ujar Fairul sebaik sahaja Adam menyambut panggilannya.


"Aku dalam kereta...on the way pergi rumah kau lah!," terang Adam lalu mengenakan tali pinggang keledarnya dalam keadaan tergesa-gesa.


"Adam kau tolong pergi singgah mana-mana kedai bunga, mak aku dah membebel aku lupa nak tempah itu hari," ujar Fairul mengeluh lega bila salah seorang dari temannya masih dapat membantunya. Nasib baik Adam dalam perjalanan hendak kerumahnya, dapat dia meminta bantuan kecemasan dari Adam.


"Eh aku dah lambat ni! Kau suruh singgah kedai bunga pulak! Mana sempat! Pukul berapa kau bersanding?," ujar Adam lalu memusingkan steringnya ke arah jalan raya. 


Dia memutar stering ke kanan lalu memberhentikan keretanya seketika untuk menutup pintu gatenya.


"Kau beli apa-apa bunga lah untuk tutup mulut mak aku tu. Mak aku nak brides hand bouquet jangan kau beli flower arrangement pulak!," arah Fairul dengan nada tidak senang. Masa itulah maknya meminta dia belikan bunga kerana adiknya yang sepatut menguruskan hal bunga sibuk berdandan mengalah dia yang hendak bersanding maka adiknya terlupa langsung untuk membelinya.


Sungguh tak macho berbual dengan kawan lelaki mengenai bunga. Apa nak buat dia sudah terpaksa.


"Ok...oklah," jawab Adam lalu mengeluh berat, kalau dia tidak memikirkan Fairul itu teman rapatnya, dia tidak akan melayan permintaan Fairul yang dianggap merepek. Suruh lah dia beli minyak petrol atau benda yang macho sikit. Ini tidak suruh di beli bunga pula. 


Awan mendung kelihatan berarak di dada langit menandakan hari hendak hujan dan akan tumpah bila-bila masa sahaja.


Adam menoleh ke kiri dan ke kanan mencari kedai bunga yang terdapat di daerah tamannya. Dia malas hendak mencari di tempat lain. Dia percaya pasti terdapat satu atau dua kedai bunga di tamannya.


Alhamdullilah! Adam memanjatkan syukur bila terdapat sebuah kedai bunga yang baru di buka. Adam memakirkan keretanya berhadapan kedai tersebut lalu mematikan enjin kereta.


Adam keluar dari keretanya lalu menolak pintu transparent kedai tersebut. Terdapat hanya seorang wanita yang berada di kaunter sedang leka memasukkan bunga-bunga segar ke dalam cooler.


Adam melirik kearah bunga yang terdapat di hadapannya. Terdapat pelbagai jenis bunga berwarna warni dan pelbagai jenis dan rupa. Ah sudah! Bunga apa yang hendak di pilih. Si Fairul tidak memberitahunya bunga jenis apa yang hendak di beli awal tadi.

Azalea Orkid (Completed)Where stories live. Discover now