DELLA menyelak langsir di ruang tamu. Hujan di luar kelihatan lebat dan kilat sabung menyabung tiada henti, sejak petang tadi sebaik sahaja mereka tiba di rumah abang Adam. Nasib baiklah semasa mereka berada di tempat perkelahan tadi tidak hujan.
Della melirik kearah jam di pergelangan tangannya. Jarum jam menunjukkan kurang 15 minit ke 10 malam. Dia merasa gelisah sendiri.
Selalu jam 8.00 malam dia sudah pun meninggalkan rumah abang Adam untuk pulang ke rumah. Selalunya Della di jemput Rizal teman baiknya. Tapi hari ini Rizal tidak dapat menjemputnya kerana berada di luar bandar.
Sebenarnya tadi, memang Della hendak menelefon taxi untuk pulang. Namun di tegah abang Adamnya kerana tidak berapa selesa membiarkan Della pulang menaiki taxi sendirian dalam keadaan hujan lebat di luar.
Sangka Della hujan akan reda tapi tengok gayanya hujan tidak akan berhenti dan akan terus lebat hingga ke pagi.
Della kembali duduk di sofa. Tadinya selepas makan malam, Della menemani Jasmine di bilik bermain-main dengan Jasmine dan menidurkannya. Kini dia tidak tahu hendak berbuat apa selain dari duduk di ruang tamu menanti hujan reda.
Della menoleh kearah anak tangga bila terdengar akan derapan kaki seseorang menuruni tangga.
"Sorry Della, abang tertidur tadi, kesian Della kena tunggu abang," jawab Adam lalu tersenyum.
Rasa bersalah pula kerana membiarkan Della menunggunya lama. Dia berjanji hendak menghantar Della pulang awal tadi kerana tidak mahu Della pulang sendirian menaiki taxi.
Tapi selepas solat isyak tadi dia tertidur. Tidak menyangka boleh tertidur hampir ke 10.00 malam. Mungkin kerana cuaca sejuk membuatkan dia terlajak tidur.
"It's ok, Della sebenarnya tak hendak menyusahkan abang, Della boleh balik sendiri, abang tu yang tak benarkan," jawab Della membalas senyuman Adam.
"Alah apa susahnya, Della sudah banyak membantu abang, marilah..di sebabkan Della terpaksa tunggu abang lama, mari kita pergi ke kedai mamak simpang depan tu, abang nak belanja Della roti canai dan teh tarik best punya," ujar Adam lalu membuka pintu gerbang depan. Dia berjalan menuju ke garaj di temani Della.
*****
AKU menyelak langsir melihat ke arah luar. Hujan sudah beransur reda dan tidak selebat tadi. Kereta Audi SUV Adam masih tidak kelihatan di porch.
Adam masih belum balik dari menghantar Della pulang. Kemana Adam pergi belum pulang-pulang lagi?
Hatiku menjadi sebal tiba-tiba. Entah kenapa aku merasa tidak selesa akan hubungan Della dengan Adam. Aku seakan cemburu dengan Della. Dan Adam pula seakan tidak tahu bahawa aku tidak berapa senang akan hubungan mereka.

ANDA SEDANG MEMBACA
Azalea Orkid (Completed)
RomancePersonality kembar seiras Azalea dan Orkid amat berbeza. Azalea memiliki keperibadiaan yang kuat manakala Orkid pula seorang wanita yang bertentangan dengan Azalea. Azalea tidak mudah percaya dengan lelaki kerana pengalaman Orkid mengajarnya untuk m...