ADAM mendial nombor Azalea dan meletakkan handsfree agar Lea dapat berbual sama Jasmine. Dia tiba di rumah semalam lebih kurang jam 12.30 malam dan dia tidak mahu menganggu Lea. Dia juga tahu siang tadi Lea punya appointment di hospital.
Dia tidak berkesempatan untuk menghubungi Lea kerana terlalu sibuk dengan tugas. Baru sekarang dia berkesempatan untuk berbuat demikian kerana dia dan Jasmine dalam perjalanan untuk makan malam bersama di rumah keluarga Adam.
"Assalamualaikum..,"
"Waalaikumsalam," jawabku tersenyum gembira bila menerima pangilan dari Adam. Rindu aku bila tidak mendengar suara Adam.
"Assalamualaikum, mama!!....," ujar Jasmine dengan suara ceria.
"Waalaikumsalam...eh anak mama Jasmine pun ada? Jasmine dah makan ke belum? Mama rindu Jasmine, " ujarku dengan perasaan terharu.
"Belum lagi...kita nak pergi rumah atuk makan malam di sana," terang Jasmine.
"Pergi rumah atuk!..Wah bestnya!..Sayang sekali mama tak dapat ikut Jasmine sama..," ujarku dengan suara mendatar. Aku rindukan Jasmine dan Adam. Namun aku terpaksa mengenepikan soal rindu kerana aku mahu sembuh.
"Tak apa mama, nanti mama dah sembuh..kita pergi jalan sama-sama macam dulu ok mama, Jasmine janji tidak akan nakal-nakal lagi," ujar Jasmine lagi.
Dia rindukan mama Lea. Dia bertanya pada papa Adamnya kemana mama Lea pergi tidak pulang ke rumah sudah beberapa hari. Papa Adam mengatakan mama Lea berada di Singapura menjalani rawatan di sana untuk sembuh dan berpesan agar Jasmine jangan nakal-nakal. Nanti mama lambat sembuh.
Aku tersenyum mendengar celoteh Jasmine. Terubat rinduku bila mendengar suaranya.
"Sayang dah makan?" tanya Adam setelah agak lama mendiamkan diri membenarkan Jasmine berbual dengan mamanya.
"Dah baru tadi...abang tak sihat ke? Your voice sound so different? ," ujarku risau. Semalam semasa Adam meninggalkan aku dia kelihatan ok sahaja.
"Batuk-batuk sikit," jawab Adam tidak mahu risaukan Lea.
"Betul ni??..Jika melarat abang jangan tak pergi jumpa doctor?," pesanku.
"Ok sayang...," jawab Adam lalu terbatuk lagi. Tekaknya terasa kering dan gatal-gatal.
"Jasmine sayang...kalau papa tak baik sakit, suruh papa jumpa doktor ok..," pesanku pada Jasmine kerana aku tahu Adam tidak akan ke klinik. Adam mengambil berat terhadap orang lain namun bila tiba dirinya yang sakit dia ambil mudah sahaja.
"Don't worry mama...Jasmine akan paksa papa Adam pergi jumpa doktor, Jasmine akan jaga papa.," jawab Jasmine dengan bersungguh-sungguh.
"Thank you sayang," ujarku lalu tersenyum bila Jasmine berkata demikian.
"Jasmine nak tahu kenapa papa sakit? Papa sakit sebab rindukan mama Lea," ujar adam lalu ketawa kecil.
Jasmine di sebelah turut ketawa bila papa Adamnya berkata demikian.
"Dear...you jangan buatkan I risau ok..please take care of yourself..I will be back before you know it..Insha Allah, doakan Lea," janjiku.
"Insha Allah..Abang sentiasa doakan Lea.., ok abang promise will take care of myself jika tidak, nanti Saturday abang tak dapat jumpa sayang," ujar adam menyakinkan Lea supaya jangan risau tentang dirinya.
YOU ARE READING
Azalea Orkid (Completed)
RomancePersonality kembar seiras Azalea dan Orkid amat berbeza. Azalea memiliki keperibadiaan yang kuat manakala Orkid pula seorang wanita yang bertentangan dengan Azalea. Azalea tidak mudah percaya dengan lelaki kerana pengalaman Orkid mengajarnya untuk m...