ZACK memulas tombol pintu bilik pejabat Adam, bila sudah berkali-kali dia mengetuk pintu namun tiada jawapan yang diterima dari Adam.
Zack mengelengkan kepalanya bila dia melihat Adam sedang duduk mengelamun panjang dan tidak sedar akan kunjungannya. Zack tidak menegur temannya yang sedang berkhayal itu, sebaliknya dia duduk di kerusi di depan Adam lalu berdehem kecil.
Adam tersentak lalu menoleh memandang wajah Zack. Dia meletak cermin mata bacaannya yang dipegangnya sedari tadi.
"Lama kau dah ada kat sini?," ujarnya mendatar.
Tiada senyuman terukir di bibirnya bila setiap kali temannya itu datang berkunjung di pejabatnya.
"Kau kenapa?? Termenung macam orang kena tinggal bini, wife kau buat perangai lagi ke?," usik Zack lalu tersengih bila di lihat temannya itu kelihatan letih dan tidak bersemangat seperti selalu.
Jika temannya Adam sudah termenung panjang begitu tidak lain dan tak bukan pasti dia sedang memikirkan tentang isterinya.
"Isteri aku kemalangan..," jawab Adam ringkas. Wajahnya kelihatan suram.
"Oh dear...I'm sorry to hear that, Bila?? Kenapa tak beritahu aku? How is she?," ujar Zack merasa bersalah mengusik Adam tadi patutlah wajahnya kelihatan lemah tidak bermaya.
Bukan dia sengaja berbuat demikian. Dia tidak tahu akan keadaan isteri Adam. Adam tidak memberitahunya.
"She's ok, but according to her doctor, she won't be able to walk again..," jawab Adam cuba menahan sebak.
Dia merasa sedih melihat keadaan isterinya. Dia tidak tahu samada Azalea akan dapat menerima kenyataan setelah mengetahui keadaan dirinya yang lumpuh separuh badan.
"Is there anything that I can do or help?,"
"Aku tak tahu Zack.., aku buntu Zack," jawab Adam lemah.
Zack mengerutkan dahinya cuba memikirkan sesuatu.
"Aku boleh suruh DeIla bantu kau, kalau kau perlukan jururawat peribadi, I think she will be happy to work for you, Adam," cadang Zack.
Wajah Adam kembali bercahaya bila Zack berkata demikian. Dia terlupa akan adik Zack, DeIla.
DeIla lulusan jururawat. DeIla calon yang paling sesuai untuk di jadikan jururawat peribadi buat isterinya.
"Della setuju ke??," ujar Adam wajahnya berubah ceria.
"Dia baru habis contract dengan Datuk Nazim, I think she's available,"
"Thanks Zack...," ujar Adam tidak sabar rasanya hendak bertemu dengan Azalea dan memberitahunya mengenai DeIla.

ANDA SEDANG MEMBACA
Azalea Orkid (Completed)
RomancePersonality kembar seiras Azalea dan Orkid amat berbeza. Azalea memiliki keperibadiaan yang kuat manakala Orkid pula seorang wanita yang bertentangan dengan Azalea. Azalea tidak mudah percaya dengan lelaki kerana pengalaman Orkid mengajarnya untuk m...