"AKU hendak kena berkawin dengan Adam Alfian, GILA....!!!," gerutuku dalam hati merasa tidak puas hati pada Adam. Mudah sahaja dia membuat keputusan gila begitu. Is he really that desperate?
Sejak pulang dari pejabat peguam aku asyik memikirkan tentang permintaan Orkid. Aku terpaksa berkahwin dengan Adam Alfian bekas teman lelaki arwahyahamah Orkid?
Kenapa mesti Adam Alfian? Kenapa tidak orang lain? Kenapa Orkid memintaku bernikah dengan Adam Alfian? Adakah Orkid dapat merasakan bahawa dia tidak dapat bersama Adam Alfian maka dia menyuruh aku menikahinya bagi mengantikan dirinya? Kenapa aku harus menurut kehendaknya? I'm not a scapegoat.
Jika Orkid berbuat begitu kerana dia merasa terhutang budi dengan kebaikan Adam Alfian. Kenapa aku pula yang harus terbabit sama? Bagaimana pula dengan Adam? Kenapa dia begitu rela dan sanggup berkahwin dengan aku walaupun dia tidak cintakan aku, hanya kerana mahu membahagiakan Jasmine? This is insane.
Hai pelik aku dengan permintaan Orkid dan kesediaan Adam untuk berkahwin dengan aku. Macam tak ada lelaki lain yang sesuai untuk aku jadikan suami.
Kau ada boyfriend ke Lea?
"Siapa kata aku tak ada boyfriend, aku ada ramai boyfriend, Andy, Taufik, Shahren, Rizal,"
Tapi tak ada seorang pun yang special, hanya teman biasa. Aku mengelengkan kepala perlahan. Benar tiada seorang pun yang aku anggap istimewa walaupun mereka pernah menyatakan hasrat ingin menjadikan aku teman istimewa.
Tangisan Jasmine mematikan lamunanku. Aku tergesa-gesa menuju kearah biliknya. Pintu biliknya ku buka perlahan, Jasmine berada di katil, matanya terpejam rapat namun badannya terhenjut-henjut menahan tangis. Airmatanya mengalir perlahan. Jasmine mengigau.
Hatiku merasa tersentuh melihat keadaannya begitu. Kasihan Jasmine dalam usia yang muda dia sudah kehilangan kedua ibu bapanya. Aku duduk dikatilnya lalu mengusap kepala Jasmine perlahan. Aku mengesat air matanya.
Adam ada menelefon aku petang tadi. Dia ingin berbincang denganku mengenai permintaan arwahyahamah Orkid.
Dia tidak meminta aku memberinya kata putus sekarang kerana perkara ini bukanlah perkara yang boleh di buat main-main kerana ia melibatkan masa depan mereka semua. Adam hanya mahu Lea membuat keputusan secepat mungkin agar perkara ini dapat diselesaikan dengan baik.
"Lea, I know you don't like me, but for Jasmine sake we have to do something..what I'm going to suggest is, jika you tidak bersetuju menjadi isteri I, why not you mendirikan rumahtangga bersama teman lelaki pilihan you, Jasmine needs daddy, instead of one daddy, she will have 2 daddy, I think that's the only way, jika tidak Jasmine harus diserahkan kepada Puan Ramlah," ujar Adam Alfian cuba memberi Lea cadangan jalan penyelesaianya.
Adam tahu dia tidak dapat mengubah keputusan Lea untuk bersetuju bernikah dengannya, dia tidak kisah dan dia faham akan situasi Lea hadapi.
Jika Lea tidak mahu dia tidak akan memaksa. Lea di beri peluang untuk berkahwin dengan lelaki pilihannya. Jadi dia mahu Lea berusaha ke arah itu secepat mungkin. Dia tidak akan menganggu hidup Lea. Apa yang dia mahu, biarlah Jasmine diserahkan di bawah jagaan Lea sekurang-kurangnya dia masih dapat menziarahi Jasmine.
Masih terngiang-ngiang di telingaku akan saranan Adam Alfian semasa perbualan kami di telefon petang tadi. Walaupun aku sengaja tidak mahu menyambut pangilan telefonnya. Adam tidak berputus asa dan menghubungi aku berkali-kali sehingga aku menjawab panggilannya.
Adam seorang lelaki yang persistent dan tidak putus asa memujuk aku agar memikirkan tentang perkara itu. Dia tidak mahu Jasmine menjadi mangsa keadaan. Jasmine perlukan kasih sayang seorang mama dan papa. Adam sedar sejak ibunya tiada, Jasmine yang dulunya seorang kanak-kanak yang periang menjadi seorang anak yang pendiam dan bermurung. Dia khuatir perkara ini akan berlanjutan ianya tidak sihat buat kanak-kanak seusia Jasmine.
Apa selama ini Adam menyangka aku tidak mengambil berat terhadap diri Jasmine? Aku ambil berat, dia anak saudara aku.
Aku juga mahu Jasmine di beri penjagaan kepada diriku. Tapi bagaimana caranya? Kalau ikutkan hati ringan sahaja jariku mendial salah seorang teman lelakiku untuk menyatakan aku bersetuju untuk berkahwin dengan salah seorang dari mereka yang sudah bersedia untuk berumahtangga.
Tapi sanggupkah lelaki itu menjadi ayah "instant"? Bolehkah dia memberikan sepenuh kasih sayang kepada Jasmine sepertimana Adam Alfian menyayangi Jasmine? Buntu aku bila memikirkannya. Aku mencapai handphone.
I'm coming over to your office tomorrow morning. We will need to discuss further.
Pantas ibu jariku menekan butang telefon menghantar sms kepada Adam Alfian.
Tidak sampai 5 minit handphone ku berbunyi.
Sure.
Ringkas sahaja jawapan dari Adam Alfian.
Aku melirik kearah jam didinding. Jam menunjukkan tepat ke angka 2 pagi. Adam Alfian masih belum tidur? bisikku dalam hati. Adakah dia juga rungsing memikirkan permintaan arwahyahamah Orkid?

ANDA SEDANG MEMBACA
Azalea Orkid (Completed)
RomancePersonality kembar seiras Azalea dan Orkid amat berbeza. Azalea memiliki keperibadiaan yang kuat manakala Orkid pula seorang wanita yang bertentangan dengan Azalea. Azalea tidak mudah percaya dengan lelaki kerana pengalaman Orkid mengajarnya untuk m...