Part 16

111 7 0
                                    

AKU tidak dapat melelapkan mata. Walaupun badanku terasa letih namun mataku masih segar bugar. Dari tadi aku resah gelisah.

Pusing ke kiri salah. Pusing ke kanan juga salah. Kamar tidur aku yang hanya diterangi lampu sisi aku pandang dengan pandangan kosong.

Walaupun kamar aku cantik dan kesemua perabot ku dimport khas dari luar negeri namun ianya tiada bermakna buat diriku. Aku terasa sunyi berada di kamar ini.

Ingin sahaja aku mengajak Jasmine tidur bersamaku malam ini agar kamar yang besar ini tidaklah terasa begitu sunyi.

Aku sedar kereta Adam tidak berada di porch seperti biasa, ini bererti dia masih belum pulang.

Aku mengeluh kecil. Mataku melirik ke arah jam di dinding. Jarum jam menunjukan hampir ke 3 pagi.

Kemana agaknya Adam pergi? Adam tidak pernah keluar dan pulang hingga ke lewat pagi begini. Malah bila setiap kali dia keluar dia akan pulang sebelum aku pulang.

Aku gelisah lagi, hatiku menjadi tidak tenteram bila teringatkan Sofie. Ya, Sofie wanita seksi yang aku temui di club tadi. Wanita itu seolah-olah tidak mahu melepaskan Adam. Siapa yang tidak akan tertarik pada Adam.

Aku sendiri akui bahawa tiada wanita yang tidak akan tertarik pada Adam. Bagaimana pula dengan Adam? Adakah Adam sukakan Sofie? Soalku dalam hati.

Tapi Adam tidak berhak berbuat demikian. Aku isterinya? Tapi kau pernah berkata bahawa kau tidak ada kena mengena dengannya. Bukankah itu yang kau mahu? Soal hatiku lagi.

Aku tersentak bila kedengaran derapan kaki seseorang menaiki anak tangga. Aku merasa lega dan yakin bahawa Adam sudah pulang.

Aku bingkas bangun dari katil lalu membuka pintu berpura-pura mahu menuju ke arah dapur.

Adam terkejut bila tiba-tiba pintu bilik Lea di buka. Dia menoleh memandang wajah Lea. Kemana Lea hendak pergi?

"Belum tidur lagi?," tegurnya perlahan.

"Nak ke dapur, I'm thirsty, you nak minum ke?," ujarku mempelawa Adam bertujuan mahu berbual dengan Adam, dan aku sebenarnya ingin tahu kemana Adam pergi selepas Zouk.

"Boleh juga..," jawabnya ringkas lalu mengekori Lea dari belakang menuju kearah dapur.

Sebaik sahaja suis lampu dapur di nyalakan Adam duduk di atas kerusi di bar counter.

Sementara itu, aku menuju kearah rak mendapatkan 2 cawan mug dan menjerang air di kettle. Sempat mataku menjeling ke arah Adam. Lelaki itu kelihatan letih, Adam memejamkan matanya untuk berehat seketika.

"You nak air apa?," tanyaku bila menyedari aku tidak tahu akan air kesukaan Adam.

Isteri apa air kegemaran suami pun aku tidak tahu. Bisik hati kecilku sendiri.

"Coffee no sugar please, thanks," ujarnya lalu mengurut kepalanya perlahan untuk melegakan rasa sakit kepalanya.

"Coffee??? You want black coffee at this hour? You tak hendak tidur?," tanyaku hairan bila Adam meminta aku membuatkannya kopi.

"I have to do some urgent work!," jawab Adam perlahan. Dia baru mendapat email dari Zack. Dia perlu menyiapkan pelan yang perlu di bawa ke mesyuarat esok.

"Oh ok," jawabku lalu membancuh kopi untuk Adam.

Di dalam fikiran aku penuh sarat dengan pelbagai soalan. Hatiku meronta-ronta ingin tahu kemana Adam pergi selepas Zouk? Adakah dia bersama dengan Sofie sepanjang malam. Jika ia, kemana mereka pergi dan apa mereka buat bersama?

"Here's your coffee..," ujarku lalu meletakkan mug tersebut di hadapannya.

"Thanks," jawab Adam ringkas lalu menghirup coffee panas itu perlahan-lahan.

Aku duduk disebelahnya. Ini bukanlah kali pertama kami duduk bersama. Sudah banyak kali. Aku tidak kisah kerana kami hanya berbincang dan berbual selalunya mengenai perkembangan Jasmine samada kami mengendalikan amanah dengan baik.

Dalam erti kata lain kami tidak pernah mengambil ringan tentang kebajikan Jasmine. Jasmine sudah seperti anak kami sendiri. Adam pula banyak memberi kerjasama dan bertanggungjawab. Sekiranya aku tidak berkesempatan untuk menghadiri setiap kelas atau activiti kegiatan Jasmine. Dia akan menganti tempatku walaupun dia sibuk bagaimana sekalipun.

Adam tiba-tiba menarik tangan kananku, matanya melirik kearah tangan aku seperti mencari sesuatu. Dia meletak tanganku kembali setelah apa yang di cari tidak kelihatan.

"Cari apa?," soalku ingin tahu.

"Wedding ring," jawabnya mendatar lalu menghirup coffee yang masih berbaki.

Aku menjungkitkan keningku. Aku tidak pernah memakai wedding ring pemberian Adam sejak kami bernikah dahulu.

Kalau aku pakai pun hanya untuk menghadiri kenduri kendara keluarga kami, hari-hari biasa aku tidak pernah menyarungnya ke jari.

Aku melirik kearah tangan kanan Adam. Cincin platinum pemberian aku di hari pernikahan tersarung kemas di jari manisnya.

Aku sedar Adam tidak pernah lupa memakai cincin itu kemana sahaja dia pergi. Tapi itu haknya. Aku tidak memaksa dia berbuat demikian pun.

"Good night..," ujar Adam tiba-tiba bangun dari bar stool. Dia mencapai kunci kereta dan walletnya lalu menuju kearah anak tangga untuk menuju kearah bilik.

Dari expresi wajahnya aku dapat merasakan dia kecewa dengan sikapku kerana tidak memakai cincin yang melambangkan bahawa aku sudah bersuami, berpunya dan dimiliki. Ini membuktikan aku tidak kisah atau tidak berminat langsung tentang perkahwinan kami.

"Adam..,"

Adam berhenti melangkah dan menoleh ke arahku bila aku memanggilnya.

Berat sungguh mulutku untuk bertanya mengenai Sofie kepadanya. Apa hubungannya dengan Sofie. Adakah dia benar-benar suka pada Sofie? Tapi sebaliknya aku hanya mampu berkata.

"Good night Adam," 

Azalea Orkid (Completed)Where stories live. Discover now