AKU sibuk membaca majalah yang di sediakan di klinik sementara menunggu giliran aku untuk bertemu dengan Dr. Amir.
Aku mengerling kearah Nurul yang duduk di sebelah. Dia sedang sibuk membaca buku Novel dari hasil nurkilan writer yang menghasilkan buku bestseller Sophie Kinsella. Sedar tak sedar sudah hampir sebulan aku berada di Singapura. Masa berjalan begitu pantas.
Alhamdullilah...setelah mendapat nasihat dari pakar neurologist dan medication yang diberikan serta pisioterapi yang aku jalani di sini. Saraf di kakiku sudah dapat berfungsi dengan baik dan aku dapat mengerakkan kaki ku sedikit demi sedikit.
Dan menurut Dr. Amir saraf dan motor deria aku beransur pulih dari hari ke sehari, jika aku terus dan kerap melakukan senaman ringan di rumah. Alhamdullilah, aku benar-benar bersyukur ke hadrat ilahi dan juga kepada suamiku Adam kerana tidak putus-putus mendoakan aku supaya cepat sembuh.
Aku mengalihkan pandangan kearah Dr. Amir yang berjalan seiringan bersama seorang doctor wanita. Kerana wanita itu memakai jaket putih rasmi yang di pakai oleh para doctor dan di lehernya tergantung Stethoscope.
Mereka kelihatan serious membincangkan sesuatu. Dr. wanita itu seperti tidak dapat menumpukan perhatiannya pada perbincangan mereka kerana asyik memandang ke wajah Dr. Amir dan sesekali wajahnya merona merah bila Dr. Amir mengatakan sesuatu padanya. Aku tersenyum sendiri. Aku dapat merasakan bahawa doctor wanita itu turut meminati Dr. Amir tapi malu untuk memberitahu Dr. Amir kerana lelaki itu kelihatan bersahaja dan tidak menunjukkan minat padanya.
Perbualan mereka terhenti bila sekumpulan doctor pelatih perempuan menegur Dr. Amir. Dr wanita yang bersama Dr. Amir tadi meminta diri bila doktor-doktor pelatih itu mula mengusik Dr. Amir. Dr. Amir cuba bersikap professional dan hanya tersenyum bila doctor-doctor pelajar itu mengatakan mereka suka jika Dr. Amir menjadi mentor mereka.
"Ok ladies, love to stay and chat..but I have patient to attend too," ujar Amir kepada doctor-doktor pelatih yang mengeruminya sedari tadi. Kalau di layan semua pertanyaan mereka tidak terlarat untuk dia memberi mereka jawapan kerana mereka bukan bertanya tentang kepakarannya dalam bidang Neurology tapi mereka berminat ingin tahu mengenai dirinya. Sudah berpunya? Sudah berkahwin? Nak keluar date bersama? Tak terlayan Amir di buatnya.
"Ok Dr. Amir, stay cool and charming always!!," ujar mereka tertawa kecil dan berlalu pergi. Mereka masih tidak dapat lupa akan perbualan mereka dengan Dr. Amir yang kacak itu.
Amir hanya mengelengkan kepalanya perlahan lalu tersenyum. Perkara itu sudah di anggap biasa kerana bukan sekali dua dia diusik doctor pelatih dan nurse-nurse di hospitalnya. Sudah banyak kali. Amir membuka pintu biliknya.
Seketika kemudian nombor giliran aku tertera di skrin. Nurul bangkit lalu menolak kerusi rodaku kearah bilik Dr. Amir. Seperti biasa kami di sambut oleh Dr. Amir di muka pintu kerana dia perlu menahan pintu untuk memudahkan Nurul menolak kerusiku masuk ke dalam biliknya. Setelah memberhentikan kerusi rodaku berdekatan dengan Dr. Amir. Nurul akan menungguku di luar.
"How are you today?," tegur Dr. Amir lalu membuahkan senyuman.
"I'm good, thank you for asking," jawabku membalas senyumannya. Aku melipat lengan blouseku ke paras siku kerana Dr. Amir akan melakukan pemeriksaan rutin ke atas diriku setiap kali aku bertemunya.
Dr. Amir membalut lengan kanan Lea dengan mesin untuk mendapatkan pemeriksaan tekanan darah tinggi. Dia menyumbatkan eartip stethoscope ke telinganya dan chestpiece di letakkan di lenganku. Matanya terarah kepada monitor mesin blood pressure.
ANDA SEDANG MEMBACA
Azalea Orkid (Completed)
Roman d'amourPersonality kembar seiras Azalea dan Orkid amat berbeza. Azalea memiliki keperibadiaan yang kuat manakala Orkid pula seorang wanita yang bertentangan dengan Azalea. Azalea tidak mudah percaya dengan lelaki kerana pengalaman Orkid mengajarnya untuk m...
