AKU melirik ke arah handphone bila telefonku bergegar minta di angkat. Tadi semasa aku bertemu dengan Dr. Imran aku meletak silent mode kerana tidak mahu di ganggu. Aku tahu Adam menelefon aku berkali-kali. Dia merasa risau kerana aku meletak telefon siang tadi dan tidak menghubunginya kembali.
"Hello..," jawabku dengan suara mendatar.
"Sayang kat mana? Kenapa abang call sayang tak jawab?," ujar Adam dengan suara cemas.
Bagai hendak gila, dia menghubungi Lea di rumah dan di handphone namun isterinya tidak menjawab. Risau hatinya bukan kepalang. Bila dia bertanya kepada Della. Della mengatakan Lea pergi ke hospital bertemu dengan Dr. Imran dan tidak mahu di temani.
"Lea ada di hospital," jawabku perlahan. Aku rasa bersalah kerana membuatkan Adam risau tentang diriku.
"Kenapa Lea tidak mahu Della temankan Lea, abang tidak senang hati Lea pergi sendirian, ikutkan hati abang hendak terbang pulang hari ini juga," ujar Adam suaranya berbaur risau. Kenapa Lea tiba-tiba mahu ke hospital sendirian.
"Maafkan Lea bang, Lea tidak bermaksud untuk membuat abang risau, I'm sorry," jawabku mula terasa sebak kerana sering menyusahkan Adam.
"Sayang, please don't think so much...please, I love you sayang, I will always here for you, hanya sayang di hati abang, jika soal anak yang sayang risaukan, abang redha, you don't have to worry ok..please sayang," rayu Adam kerana dia tidak senang hati bila memikirkan keadaan isterinya sehingga meeting yang sepatut dia hadir tidak dapat dia hadiri dan tumpukan sepenuh perhatian kerana risaukan Lea.
"I'm sorry dear..," jawabku perlahan.
Tidak tahu kenapa aku begitu emosi hari ini. Aku seperti sudah berputus asa dengan keadaan aku sekarang. Lemah dan tidak bermaya. Aku mahu hidup bahagia bersama Adam, tapi aku takut keadaan akan berubah.
Jika sekarang, Adam masih menyayangiku bagaimana pula setelah 5 hingga 10 tahun nanti. Dapatkah Adam menyayangi aku sepertimana dia menyayangi aku sekarang?
Mungkin setahun dua, dia masih boleh melayan dan bersabar dengan keadaan aku. Jika aku masih belum pulih bolehkah Adam redha? Adam lelaki, dia punya keperluan sendiri.
Dan keperluan yang Adam perlukan tidak dapat aku tunaikan dengan keadaan diriku. Sampai bila Adam dapat bertahan dan bersabar. Sampai bila?
"I will be back soon, I promise," ujar Adam dengan suara memujuk.
"Ok dear, I will be waiting for you," jawabku perlahan lalu mematikan talian.
Aku meletak handphone di atas meja. Yang sebenarnya aku sudah lama tinggalkan hospital. Aku tidak mahu terus pulang ke rumah. Aku merasa tertekan dengan jawapan yang di beri Dr. Imran tadi, dan ke engganan Adam untuk memberitahu aku bahawa kami masih boleh mengadakan hubungan intim kerana ia tidak memudaratkan aku, kami masih boleh melakukan hubungan seperti biasa. Apa sebabnya Adam tidak mahu memberitahu aku. Adakah dia tidak lagi sudi padaku?
YOU ARE READING
Azalea Orkid (Completed)
RomancePersonality kembar seiras Azalea dan Orkid amat berbeza. Azalea memiliki keperibadiaan yang kuat manakala Orkid pula seorang wanita yang bertentangan dengan Azalea. Azalea tidak mudah percaya dengan lelaki kerana pengalaman Orkid mengajarnya untuk m...