Part 7

110 9 0
                                    

"NAS, sorry I'll have to take urgent leave today," ujarku sebaik sahaja Syafinas mengangkat telefon. Semalaman aku tidak dapat tidur dengan lena kerana asyik memikirkan tentang perkara Jasmine. Benar apa yang di katakan Adam. Perkara ini tidak boleh berlanjutan. Ini melibatkan masa hadapan Jasmine.

Aku mengambil keputusan untuk tidak masuk ke pejabat kerana aku hendak menyelesaikan perkara tentang penjagaan Jasmine hari juga kerana aku tidak mahu menangguhkannya lagi.

Aku tidak mahu Jasmine di serahkan kepada neneknya. Aku harus berbincang dengan Adam dan membuat keputusan hari ini juga.

"Kenapa Jasmine sakit ke?," soal Nas berbaur risau.

"Nope, aku hendak bertemu dengan Adam...after that maybe kita hendak bertemu dengan Orkid's lawyer sekali," ujarku ringkas tanpa mengulas panjang.

"So?? Have you decided?," tanya Nas ingin tahu akan keputusan Lea.

Kelmarin Lea ada menceritakan kepadanya mengenai permintaan Orkid untuk Lea bernikah dengan bekas kekasihnya Adam Alfian dan Lea mengatakan dia tidak bersetuju dengan permintaan Orkid kerana dia sama sekali tidak cintakan Adam dan dia tidak mahu berkahwin dengannya.

Shafinas ingin tahu apa keputusan yang akan di buat nanti. Adakah Lea akan mengubah fikiran mengalah lalu bersetuju untuk bernikah dengan Adam? Atau adakah Lea akan menyerahkan Jasmine kepada neneknya?

"Not really...," jawabku acuh tak acuh. Aku sendiri tidak pasti apa yang harus aku bincangkan dengan Adam Alfian nanti kerana fikiranku benar-benar buntu. Aku masih belum membuat kata putus lagi.

Apa yang aku tahu, aku mahu masalah ini cepat selesai. Aku tidak mahu memanjangkan cerita, biar apapun keputusannya ianya harus di lakukan hari ini. Noktah.

"Ok, take care, apa-apa call I," pesan Nas.

"Sure," jawabku lalu menekan butang off.

Aku berjalan menuju kearah bilik Adam Alfian setelah penyambut tamu syarikatnya membenarkan aku menuju ke bilik pejabatnya.

Ini merupakan kali kedua aku menziarahi office Adam Alfian sepanjang perkenalan Orkid dengannya. Adam Alfian merupakan seorang arkitek yang berjaya. Itupun aku mendapat tahu bila aku terpandang akan beberapa trophy dan cenderahati tersusun cantik di rak-rak almari di bilik pejabatnya tempoh hari.

Pintu bilik Adam Alfian aku ketuk perlahan.

Aku tersentak terperanjat bila pintu dibuka dari dalam. Adam Alfian berdiri tercegat di muka pintu menyambut kedatanganku. Seperti biasa dia kelihatan segak dan bergaya dengan suit yang dikenakannya.

"Please come in!," pelawa Adam Alfian ramah lalu tersenyum.

Aku tidak membalas senyumannya. Sebaliknya aku menuju kearah sofa yang berdekatan. Dan tanpa di pelawa olehnya terlebih dahulu, aku duduk di atas sofa empuk lalu memandang ke arahnya.

"Do you want coffee or tea?,"

"No thanks....., I rasa hairan how come your staff let me pass through your office without any hassle," ujarku hairan. Dari penyambut tetamu hingga ke staff lain.

Semuanya membuahkan senyum kepadaku seolah-olah mereka mengenali aku. Sedangkan ini baru kali kedua aku datang ke pejabatnya.

"They thought you're Orkid, they knew Orkid," jawab Adam ringkas tanpa mengulas panjang.

Azalea Orkid (Completed)Where stories live. Discover now