Part 15

140 6 0
                                    

SEBAIK sahaja Jasmine sudah terlena, aku bersiap-siap untuk keluar. Mak Limah menemani Jasmine tidur di biliknya kerana aku sudah berpesan padanya bahawa aku akan keluar malam ini.

Sudah menjadi kebiasaan aku, setiap malam sabtu Nas dan beberapa peguam lain akan keluar clubbing. Destinasi kami hari ini pula Zouk.

Adam balik awal dari pejabat hari ini, dan keluar semula sekitar jam sepuluh. Kemana dia pergi, aku tidak peduli, bukan masalah aku.

Aku memandang wajahku ke cermin. Aku bersyukur kerana memiliki wajah yang jelita dan hanya sedikit make-up kejelitaan ku sudah terserlah. Kalau ikutkan, memang ramai lelaki yang ingin mendampingi aku. Namun semuanya aku tolak, aku rimas kalau di ikat atau di kongkong.

Aku bersetuju berkahwin dengan Adam diatas permintaan Orkid dan demi Jasmine. Bukankah itu yang aku selalu ingatkan pada diriku bahawa, aku bernikah dengan Adam kerana menunaikan permintaan Orkid?

Tapi aku hairan kenapa hati ini seakan tidak membenarkan lelaki lain untuk memiliknya? Seolah-olah hatiku sudah dimiliki dan tiada ruang lagi untuk lelaki lain. Tapi hati ini untuk siapa?

"Lea! Wow you look so gorgeous tonight!," ujar Alvin tersenyum mengoda.

Dia melabuhkan punggungnya duduk di sebelah Lea. Wanita yang cuba di dekatinya sejak dari dulu lagi.

"You mean I only look gorgeous tonight.. How about any other day?," jawabku tersenyum mengusik Alvin bila dia memberi komen sedemikian.

"You always look beautiful!!! Tidak kiralah hari biasa ke hari ini ke?" jawab Alvin merapatkan badannya dengan Lea. Tangan kirinya melingkar di pinggang ramping milik Lea.

"Alvin..," ujarku lalu menarik tangannya. Tidak suka diperlakukan begitu oleh Alvin. Aku mengesot ke tepi agar kedudukan kami tidak begitu rapat.

"Please Lea! Dah lama I cuba mendekati you. You tidak pernah beri I peluang langsung!," ujar Alvin lalu meletak minumannya di atas meja.

"I'm married. Remember!," jawabku ringkas mengingatkan Alvin tentang statusku. Walaupun aku tidak pernah memakai cincin perkahwinanku namun aku tidak pernah lupa bahawa aku sudah berkahwin.

"But you don't love him??," jawab Alvin lalu tersengih tangannya mula melingkar kembali di pinggang Azalea.

Aku tersentak bila Alvin berani berkata demikian. Hendak sahaja aku menampar mukanya. Namun lidahku seakan kelu untuk membidas kata-katanya kerana apa yang di katakan Alvin itu benar.

Aku memang punya suami, tetapi aku tidak pernah menganggap Adam itu adalah suamiku. Malah aku menganggapnya seperti orang asing.

"Heh Alvin. She's married kau jangan nak mengatal," ujar Nas lalu menarik tangan Alvin dari terus memeluk pinggang Lea. Dia tahu Lea tidak suka Alvin berbuat begitu.

"What...!!, You all knew that she didn't love her husband sama juga seperti single but not available!!," ujar Alvin sambil ketawa memperlekehkan akan status Lea.

Panas telinga aku bila Alvin menyindirku begitu. Namun aku tidak dapat membalas kata-kata Alvin untuk mempertahankan diriku.

"Alvin, you are drunk, I think you better stop drinking, enough already," ujar Nas seraya memberi isyarat kepada Shahren supaya membawa Alvin ke tempat lain. Sebelum terjadi pergaduhan diantara Lea dengan Alvin.

"Heh! Are you ok. Jangan dengar cakap Alvin tu, dia tu mabuk cakap pun merapu," pujuk Nas bila dilihatnya Lea hanya mendiamkan diri setelah di sindir Alvin tadi.

Azalea Orkid (Completed)Where stories live. Discover now