Part 31

119 8 10
                                        


MOODKU tidak berapa elok sejak pulang dari hospital selepas check-up. Doktor mengatakan keadaan aku tiada perubahan sejak keluar dari hospital.


Katanya lagi, urat saraf di kakiku masih belum dapat berfungsi dengan baik dan lemah. Dan jika keadaan aku begini berterusan, doctor khuatir bahawa aku tidak akan dapat berjalan semula selamanya. Ini bermakna, aku harus bergantung dengan kerusi roda sepanjang hidup aku. Mendengar penerangan doctor Imran membuatkan seluruh anggotaku menjadi lemah dan aku merasa tidak semangat.


Aku meminta diri untuk keluar dari bilik Dr. Imran sebaik sahaja dia berkata demikian. Tidak sanggup mendengar berita yang tidak menyenangkan.


Adam tidak berputus asa memujukku agar bertenang dan bersabar. Dia menyakinkan aku bahawa usaha untuk sembuh masih lagi ada, sekiranya aku gigih menjalani rawatan pisioterapi.


Hatiku sedikitpun tidak merasa lega bila Adam berkata demikian, kerana apa yang Adam katakan itu hanya kemungkinan sahaja. Bukan aku tidak berusaha untuk sembuh, aku cuba sedaya khudratku agar aku dapat sembuh dan berjalan semula. Namun berita yang Dr. Imran khabarkan telah mematikan semangatku. 


Melihatkan mood aku masih lagi tidak berubah, Adam cuba mengembirakan hati aku dan berjanji akan membawa aku makan malam bersama di restoren kegemaranku.


Pada awalnya aku menolak kerana malu hendak ke restoren bersama dengannya berkerusi roda. Namun Adam memujukku bahawa aku tidak sepatutnya merasa malu kerana aku bidadari hidupnya dan aku tidak perlu khuatir kerana dia sayangkan aku.


Adam memujukku memakai dress pertama yang dibelinya sebelum aku ditimpa kemalangan dulu.


Aku keberatan kerana walaupun dress itu cantik namun aku tidak dapat membuatkan Adam merasa bangga bersama denganku kerana aku tidak dapat berjalan megah disisinya.


Sejak aku ditimpa kemalangan, aku seringkali merasa rendah diri, merasa diri ini serba kekurangan. Walaupun aku dikurniakan paras rupa yang jelita namun aku tidak dapat berjalan dan bergandingan dengan Adam.


Itu yang membuatkan aku risau dan takut jika Adam akan meninggalkan aku dan mencari wanita lain. Benarkah Adam akan terus setia padaku? Semakin aku fikirkan semakin aku merasa khuatir bahawa Adam akan merasa jemu dengan keadaanku dan meninggalkan aku suatu hari nanti.


Aku berhenti dari mengelamun bila Adam memberhentikan kereta yang dipandunya di hadapan Restoren Italian kegemaranku.


Walaupun aku tidak pernah makan berdua bersama dengannya sebelum ini. Adam tahu aku selalu kemari bersama teman baikku Shafinas. Shafinas yang memberitahu Adam akan restoren kegemaranku, kesukaanku dan perkara-perkara yang membuatkan aku gembira.


Aku mengeluh kecil bila mengenangkan aku terpaksa duduk di kerusi roda dan disorong ke dalam restoren nanti. Hilang minatku dan seleraku seakan mati untuk makan di restoren tersebut. Namun demi menjaga hati Adam aku terpaksa menurut kehendaknya.


Pintu kereta di buka Adam. Aku menjeling kearah Adam kerana merasa hairan bila kerusi rodaku tidak di bawa turun dari boot kereta bersama. Aku merasa geram bila Adam cuba berjenaka denganku.


"Abang sengaja hendak menyakitkan hati Lea kan!!," ujarku dengan wajah kurang senang. Hilang moodku untuk makan malam bersama dengan Adam.


"Tidak sayang..., kenapa sayang cakap macam tu, ini bukan restoren kegemaran sayang ke?," tanya Adam dengan wajah keliru bila isterinya tiba-tiba menunjukkan wajah tidak senang hati padanya. 


Dia tidak menyangka Lea marah padanya. Bukankah restoren ini yang menjadi kegemaran Lea. Tidak mungkin dia tersalah restoren.


"Ya...ini memang restoren kegemaran Lea, maksud Lea bagaimana Lea hendak masuk ke dalam restoren jika abang tidak keluarkan kerusi roda Lea!," ujarku geram. Sakit hati pula aku bila memikirkan ketidak prihatinan Adam.


Adam tersenyum bila Lea meradang padanya. Dia tidak menurunkan kerusi roda Lea kerana kerusi roda itu sengaja dia tinggalkan di rumah. Dia memang tidak bercadang untuk membawanya bersama.


"ABANGGG...!!," ujarku geram lalu mencubit lengannya bila Adam tidak menjawab malah tersenyum bila aku marah-marah padanya.


Adam tidak berkata apa malah mengangkat Lea dari tempat duduknya.


Aku membeliakan mata bila Adam tersenyum kearahku seolah-olah dia sengaja merancang untuk berbuat demikian. Aku merapatkan mulutku ke telinga Adam.


"Abang you can't be serious nak dukung Lea sampai ke dalam restoren?," ujarku lalu memandang wajah Adam.


"That's the plan sayang, it's our first candle light dinner together so I want to make it as romantic as possible for you," ujar Adam lalu mencium pipi isteri kesayangannya. Wajah Lea kelihatan terkejut bila dia membuat kejutan sebegitu.


Hatiku sebak dan terharu bila Adam bersusah payah menguruskan makan malam romantic kami yang pertama. Benar apa yang Adam katakan. Kami tidak pernah candlelight dinner bersama.


Wajahku mula merona merah merasa malu bila ramai mata memandang kearah kami. Ramai wanita yang berada di restoren berkenaan tersenyum melihat pasangan romantic. Aku menyembunyikan wajahku bila mereka semua tersenyum memandang wajahku. 


"See...ramai wanita envy you malam ni, they all wish to be in your place right now," bisik Adam ke telinga Lea.


Aku tersenyum bila Adam berkata demikian. Benar apa yang Adam katakan wanita-wanita itu berharap bahawa mereka di tempat Lea sekarang melihat reaksi wajah teruja mereka bila melihat aku di dukung Adam hingga ke dalam restaurant.


Di dukung suami tercinta begitu. Aku berterima kasih kepada Adam kerana membuatkan aku wanita yang paling bahagia pada malam ini. Adam menurunkan aku perlahan di atas kerusi yang di sediakan untuk kami. Sempat dia mencium pipiku sebaik sahaja dia berbuat demikian. Mahu sahaja aku menangis di hadapannya bila di layan sedemikian. Aku benar-benar terharu.


"Thanks dear," ujarku mengukir senyum.


Gembira di beri layanan seperti seorang permaisuri. Belum pernah aku merasa perasaan gembira sebegini. Aku tidak mahu kehilangan Adam. Aku benar-benar cintakan Adam.


Selama ini aku tidak pernah menghargai pengorbanan Adam yang terlalu penyabar dengan karenah aku selama ini.


Di candlelight dinner tersebut Adam memberi aku layanan dan perhatian sepenuhnya. Kami makan sambil berbual tidak menghiraukan keadaan sekeliling seolah-olah di restaurant tersebut hanya kami berdua sahaja.


Aku merasa gembira dan bahagia sekali. Maklumlah sepanjang aku bernikah dengan Adam inilah date kami yang pertama tanpa di temani Jasmine. Hanya kami berdua. Kami seperti pasangan yang sedang hangat bercinta. Adam tidak lepas dari memegang tanganku bila setiap kali aku meletak tanganku di atas meja.


Azalea Orkid (Completed)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang