Part 29

103 8 3
                                    


JASMINE berlari-lari mengejar rama-rama yang berterbangan simpang siur bila di kejar Jasmine. Aku dan Adam duduk memerhatikan gelagat Jasmine sambil ketawa kecil. Lucu benar gelagatnya. Seboleh-boleh hendak menangkap rama-rama.


Mak Limah dan DeIla sibuk mengeluarkan makanan yang di bawa dari rumah. Hatiku terhibur melihat gelagat Jasmine berlari ke sana ke mari mengejar rama-rama tersebut. Alangkah baiknya sekiranya aku dapat bermain dan berlari bersama dengannya.


Aku tersentak bila Adam menyua sebiji anggur ke mulutku. Aku membuka mulut lalu mengunyah anggur yang tidak berbiji itu perlahan. Adam terlalu memanjakan aku. Semua hendak dia lakukan untukku. Dia terlupa agaknya yang aku hanya tidak mampu berjalan. Yang lainnya aku boleh buat sendiri.


"Papa nak main bola dengan Jasmine tak?," ujar Jasmine sebaik sahaja dia kembali ke tempat kami.


"Jasmine main dengan kak DeIla dulu ok..nanti papa datang," jawab Adam lalu menoleh kearah isterinya.


"Ok, papa join kita tau!," ujar Jasmine lalu berlari mendapatkan DeIla.


"Kenapa abang tak pergi, pergilah Lea bukan seorang pun kat sini Mak Limah ada boleh temankan Lea," jawabku bila Adam agak keberatan untuk meninggalkan aku sendirian.


"Betul Lea tidak kisah," tanya Adam ingin kepastian. Dia tidak mahu Lea terasa pula nanti.


"Jasmine perlukan abang, Lea tak kisah, lagipun Lea rasa macam nak makan," jawabku memberi alasan supaya Adam pergi bermain dengan Jasmine.


"Lea nak makan, abang suapkan nak?," ujar Adam.


"Abang...pergilah Lea tak akan kemana?," jawabku lalu mencubit lengan Adam. Seboleh-boleh dia hendak duduk menemankan aku.


"Oklah..jaga diri baik-baik, Mak Limah jangan beri orang kidnap isteri saya tau," pesan Adam sambil tersenyum.


Dia melipat seluar yang di pakainya hingga ke paras lutut. Dia bangun dari tempat duduk lalu memandang ke arah Mak Limah.


"Alah takut nah orang kidnap isteri dia, pergilah Mak Limah ada sini!," jawab Mak Limah sambil tersenyum.


Dia tahu Adam tidak akan berengang dengan isterinya bila dia punya kesempatan untuk bersama, terutama sekali hari minggu bila dia tidak bekerja. Adam benar-benar sayangkan Lea.


Adam berlari mendapatkan Jasmine dan DeIla yang sedang seronok bermain bola. Aku tersenyum-senyum sendiri melihat gelagat mereka bertiga bermain bola. Lucu benar. Jasmine selalu di buli Della dan papanya.


"Lea hendak makan???, Mak Limah siapkan makanan,"


"Kejap lagi Mak Limah, Lea sengaja cakap begitu agar abang Adam pergi, dia tu asyik nak berkepit dengan Lea 24 jam dah macam belangkas!," jawabku lalu mencapai anggur sebiji lagi.

Azalea Orkid (Completed)Where stories live. Discover now