AKU duduk merenung kosong ke arah meja di hadapan. Bunyi bising deringan telefon yang bertali arus tidak sedikit pun aku hiraukan. Perasaan yang aku rasakan sekarang. Kosong! I feel numb sejak beberapa hari yang lalu. Aku sabar menanti panggilan dari setiausaha peguam Raihan.
Peguam Syariah yang mengendalikan wasiat Orkid. Aku menerima panggilan telefon dari peguam Orkid untuk menghadirkan diri di pejabat mereka mengenai wasiat Orkid. Dan menurut Peguam Raihan, Adam turut akan hadir bersama kerana dalam wasiat Orkid, nama Adam turut tertulis di dalamnya.
Aku tidak peduli tentang Adam kerana dia orang asing. Dia bukan abang iparku dan dia tidak ada kena mengena dengan hidup aku dan Jasmine setelah Orkid tiada.
"Encik Raihan ada?," tegur Adam Alfian sebaik sahaja tiba di meja penyambut tetamu firma guaman Aliff, Raihan & Partners.
Matanya melirik kearah Lea. Lea kelihatan termenung dan tidak menyedari kehadirannya. Sejak pengembumian arwahyahamah. Lea memberitahunya bahawa dia tidak memerlukan bantuan darinya lagi, kerana mereka bukan keluarga. Tiada sebab Adam masih mahu meneruskan hubungannya dengan Jasmine lagi.
Adam terpaksa menurut kehendak Lea walaupun dia merasa ianya tidak menjadi salah sekiranya dia masih mahu bertemu dengan Jasmine kerana dia sayangkan Jasmine seperti anaknya sendiri dan dia ikhlas memberi kasih sayangnya kepada Jasmine. Namun dia turutkan juga kehendak Lea dan menjauhkan dirinya dari Jasmine kerana dia tidak mahu membuatkan Jasmine merasa tertekan jika melihat dia dan Lea berbalah. Adam rela mengundur diri dan mengalah demi Jasmine.
"Ada, dia akan bertemu dengan Cik Azalea dan Encik Adam Alfian sebentar lagi," ujar Aisyah penyambut tetamu itu lalu tersenyum.
"Terima kasih," jawab Adam Alfian perlahan lalu duduk di sofa yang tidak jauh dari Lea duduki. Dia tahu Lea masih lagi bersedih di atas kehilangan Orkid. Adam Alfian turut bersedih.
Kehilangan Orkid masih terasa walaupun sudah hampir seminggu arwahyahamahnya sudah pergi meninggalkan mereka. Kalau tidak kerana kedegilan Orkid sudah lama dia sudah menikahi wanita itu. Dia cintakan wanita itu, tapi dia tidak tahu mengapa Orkid seakan mempunyai cadangan lain dan seakan mengelak bila setiap kali dia cuba menyampaikan niatnya pada Orkid.
"Cik Azalea, Encik Adam Alfian, Encik Raihan mahu ketemu," ujar Maya setiausaha Raihan.
Lea bingkas bangun lalu mengekori Maya menuju kearah pejabat Raihan diekori Adam Alfian. Sebaik sahaja pintu dibuka Maya menunjukkan Lea dan Adam Alfian ke tempat duduk mereka.
"Assalamualaikum, saya pasti cik Lea dan Encik Adam Alfian sedia maklum kenapa awak berdua di kehendaki menghadiri pejabat saya hari ini, ini berkenaan dengan surat wasiat arwahyahamah Orkid. Sebelum arwahyahamah meninggal, dia ada bertemu dengan saya mengenai surat wasiat. Selain dari wasiat guaman, arwahyahamah ada meninggalkan dua pucuk surat kepada anda berdua, surat ini di tulis oleh arwahyahamah sendiri dan saya sendiri tidak tahu akan isi kandungannya. Arwahyahamah meminta kamu berdua membacanya disini dan saya akan uruskan pembacaan wasiat ini sebaik sahaja anda habis membacanya," terang peguam Raihan begitu tenang dan teratur.
Maya menghampiri Lea lalu menyerahkannya sampul surat berwarna biru yang tertera nama 'Azalea' dihadapannya. Aku menyambut, hatiku merasa sayu bila tiap kali nama Orkid disebut. Aku tidak menyangka Orkid meninggalkan kami dalam usia yang muda. Allah lebih menyayanginya. Aku membuka sampul surat itu perlahan. Surat dua lembar itu kubaca dengan wajah tenang.
YOU ARE READING
Azalea Orkid (Completed)
RomancePersonality kembar seiras Azalea dan Orkid amat berbeza. Azalea memiliki keperibadiaan yang kuat manakala Orkid pula seorang wanita yang bertentangan dengan Azalea. Azalea tidak mudah percaya dengan lelaki kerana pengalaman Orkid mengajarnya untuk m...