Part 13

103 7 0
                                    

SELEPAS solat isyak aku dan Adam turun ke ruang tamu di mana mama dan papa berada. Bila mereka bermalam di sini. Kami terpaksa tidur sebilik.

Dan setiap kali itu juga, Adam akan kelihatan stress kerana terpaksa bertahan dengan karenah isterinya. Jasmine sudah terlena di sofa kerana kepenatan keluar seharian siang tadi diangkat atuknya ke biliknya. Tinggalah aku, Adam dan mama berada di ruang tamu.

"Adam kau tak pergi klinik?," ujar mamanya tiba-tiba namun matanya tidak lepas dari memandang ke kaca TV kerana asyik menonton drama bersiri kegemarannya.

"Klinik? Adam tak sakit ma. Buat apa hendak pergi klinik?," ujar Adam pelik lalu menoleh kearah mamanya yang sedang menonton drama yang di tayangkan di kaca tv.

Aku di sebelah Adam turut merasa pelik bila mama tiba-tiba menyuruh Adam ke klinik.

Adam sakit? Siang tadi aku tengok dia ok aje. Mungkin juga Adam sakit hanya aku tidak pernah ambil tahu tentang diri Adam.

"Bukan klinik biasa...klinik kesuburan," jawab mamanya tanpa menoleh kearah menantu dan anaknya.

Terbatuk-batuk aku bila mama berkata demikian terperanjat mendengarnya, hendak tergelak pun ada kerana Adam di suruh pergi ke klinik kesuburan dan bukan diriku.

Adam berada disebelah aku berlebih lagi terperanjat bila mamanya menyarankannya untuk pergi ke klinik kesuburan.

"Buat apa Adam hendak ke klinik kesuburan? Anak mama tak apa-apa Insha Allah sihat, kami belum ada rezeki lagi," terang Adam dalam keadaan serba salah. Dia merasa tidak selesa bila mamanya mempertikaikan tahap kesuburannya di hadapan isterinya Azalea.

"Lea pula?," tanya Datin Fauziah tidak berpuas hati dengan jawapan yang di berikan Adam.

"Lea..Lea ok ma, betul cakap abang, kami belum ada rezeki lagi," jawabku tersenyum gelihati cuba menahan tawa.

"Kamu berdua ni, bila di tanya belum ada rezeki..cubalah lakukan sesuatu jangan nak diam aje, kena berusaha," jawab Datin Fauziah lalu bangkit dari sofa. Dia berjalan menuju kearah dapur.

Aku dan Adam berpandangan sesama sendiri bila mama berkata demikian. Aku tidak dapat menahan tawa sebaik sahaja mama ke dapur.

"Betul abang tak hendak ke klinik?," usikku lalu ketawa kecil. Lucu benar bila aku mengenangkan soalan mama tadi. Kesian Adam tidak semena-mena di anggap tidak subur oleh mamanya.

Adam cuba kelihatan cool kerana dia tidak suka Lea mengusiknya. Lebih-lebih lagi melibatkan maruahnya sebagai seorang lelaki.

"Kesian abang..," giatku lagi lalu menolak lengannya perlahan.

"Lea jangan mula..., nanti abang buktikan pada Lea bahawa abang tidak seperti mama sangkakan, Lea jangan hendak salahkan abang," jawab Adam memberi amaran kepada Lea agar berhenti mengusiknya kerana dia tidak punya mood untuk bergurau dengan Lea. Dia masih marah pada Lea tentang apa yang di katakan siang tadi kepada Farah.

"Uikk!!! Orang bergurau ajelah, itu pun nak sensitive ke?," ujarku mencubit lengan Adam lalu menjeling. Datang serious sangat hingga bergurau pun tidak boleh.

Aku mana pernah bergurau dengan Adam? Selama kami bersama aku tidak pernah kelihatan mesra dengan Adam, apatah lagi mengusiknya seperti tadi. Dah kenapa dengan aku? Kenapa tiba-tiba aku hendak bermesra dengan Adam. Oh..ini tidak boleh jadi. Aku terbawa-bawa dengan peranan lakonan kami. Menunjukkan bahawa kami pasangan suami isteri bahagia.

Kami terkejut bila mama kembali ke ruang tamu membawa dua cawan berisi air yang aku lihat seperti milo, lalu menyerahkan setiap satu cawan kepada kami. Kami menyambut cawan tersebut dari tangan mama.

Azalea Orkid (Completed)Where stories live. Discover now