AWAL pagi aku bangkit untuk solat subuh bila aku menyedari tempat disebelah aku kelihatan kosong.
Aku mengerutkan dahi merasa pelik. Awal Adam sudah bangun dan aku tidak sedar dia keluar tadi. Aku malas hendak memikirkan kemana Adam.
Setelah solat dan mandi aku keluar dari bilik menuju kearah bilik Jasmine yang bertentangan dengan bilik Adam. Pintu aku buka perlahan. Jasmine sedang lena di buai mimpi. Aku menutup pintunya semula. Aku menuju ke bilik tamu. Pintu bilik aku ketuk perlahan.
"Masuk," ujar Adam dari dalam bilik.
Oh ada bersembunyi di bilik sini rupanya. Kalau tidak kerana aku terpaksa turun bersamanya untuk bersarapan pagi. Aku tidak akan mencarinya.
Maklumlah mama dan papa, serta mak long dan pak long masih bermalam di sini. Aku dan Adam terpaksa berlakon di hadapan mereka. Bila mereka pulang sahaja nanti. kami akan buat hal masing-masing. Tak apa Lea. Endure sahaja dulu.
Aku menolak daun pintu. Adam berdiri di balcony tanpa menoleh kearah aku. Lelaki itu mengenakan draw strings pants dan t-shirt putih. Aku menghampirinya.
"Nice morning weather..love it," ujarku sebaik sahaja berdiri di sebelahnya. Angin pagi yang begitu nyaman. Matahari sudah mula menunjukkan sinarnya di celah-celah awan putih.
"You dapat tidur lenyak semalam," ujar Adam tanpa menoleh kearah Azalea.
"Tak ada orang kacau lenyak lah..," jawabku lalu tersenyum.
Adam memusingkan badannya kearah Azalea lalu tersenyum.
Aku menjeling bila Adam tiba-tiba tebiat membuahkan senyum pada aku pagi-pagi ni. Apahal?
"You dah kenapa sasau pagi-pagi lagi," jawabku malas hendak melayan lorat Adam.
Eii! Kenapalah aku kena hadap muka dia siang malam lepas ni. Kalau tidak mengenangkan Jasmine tak ingin aku berkahwin dengan Adam.
"You yakin tak ada orang kacau you semalam?," ujar Adam lalu tersenyum.
"You jangan nak macam-macam dengan I eh Adam..I dah kata hubungan kita not more than Jasmine guardians, and I want to keep it that way..fullstop," pesanku atau lebih kepada amaran kepada Adam.
"So I tak ada chance untuk you sukakan I?," usiknya lagi tanpa menghiraukan amaran Azalea.
"Adammm!!!," ujarku geram mahu mencubitnya.
Bila pintu bilik terkuak kecil. Kami berdua terperanjat lalu memandang kearah pintu. Jasmine mengosok matanya perlahan memandang kearah kami yang seperti hendak berkuntau. Caught in action. Aku mahu mencubit Adam manakala dia mahu mengelak dari terkena cubitan aku.
"Eh..morning sweetheart awal nye bangun hari ni?," ujar Adam lalu mendekati Jasmine yang terpisat-pisat. Dia mendukung Jasmine lalu mencium pipinya perlahan.
"Mama Lea dan papa gaduh ke?," tanya Jasmine lalu memandang ke dua-dua wajah mereka.
Tadi semasa dia keluar bilik terdengar suara mama Leanya kuat menyebut nama papa Adam sebab tu dia buka pintu ingin tahu apa yang berlaku.
"Eh tak adalah..mana ada, mama bergurau aje dengan papa Adam, ni tengok ni," ujarku lalu mencubit lengan Adam sekuat hatiku kerana tadi tidak berpeluang untuk berbuat demikian.
Nah rasakan. Sakit tak? Aku pantang kalau orang mengusik inilah habuannya untuk orang yang suka mengusik aku.
Adam cuba menahan rasa sakit bila di cubit Lea, namun dia menahannya kerana dia cuba untuk tidak mengerang kesakitan di hadapan Jasmine.
"Sakit ke mama Lea cubit pa?," soal Jasmine bila wajah papa Adamnya kelihatan merah padam bila mama Lea mencubitnya tadi.
"Eh tak..sedap..nak lagi rasanya," jeling Adam pada Lea.
Tak serik-serik Adam ni masih lagi hendak menyakat aku. Dia tak tahu ke aku tak suka kan dia. Mana mungkin aku sukakan dia.
Dia sudah aku anggap seperti abang ipar aku walaupun dia bukan abang iparku. Eii! Macamana aku hendak explain. Aku tak ada feeling langsung dengan dia, sebab dia bekas kekasih Orkid. Walaupun beza umur kami hanya 5 tahun. Kenapa dia cuba menambat hati aku.
"Mari mama mandikan Jasmine lepas tu kita breakfast sama-sama, semua orang tunggu Jasmine," ujarku lalu mengambil Jasmine dari Adam.
Tanpa menoleh kearah Adam aku membawa Jasmine ke bilikku. Adam hanya mengeluh berat kerana dia dapat merasakan bahawa tidak mudah untuk menambat hati Azalea yang keras hati itu.
YOU ARE READING
Azalea Orkid (Completed)
RomancePersonality kembar seiras Azalea dan Orkid amat berbeza. Azalea memiliki keperibadiaan yang kuat manakala Orkid pula seorang wanita yang bertentangan dengan Azalea. Azalea tidak mudah percaya dengan lelaki kerana pengalaman Orkid mengajarnya untuk m...