Part 28

96 8 2
                                    


AKU hanya mampu mendiamkan diri bila Adam memberitahu aku akan keadaan yang sebenar. Sungguh! Aku tidak tahu menahu langsung akan plan Orkid untuk menjodohkan aku dengan Adam. Kerana aku bermati-matian menyangka mereka berdua sedang hangat bercinta.


Jika betul Adam tidak bercinta dengan Orkid mengapa dia membeli rumah ini dan mereka berdua yang berkongsi idea mengubah suai rumah ini mengikut citarasa Orkid?


"Lea, marahkan abang?," tegur Adam perlahan bila Lea mendiamkan diri sebaik sahaja dia membuka rahsianya.


"How can I possibly believe that both of you not in love when this house bought and decorated according to Orkid taste?," ujarku lalu memandang wajah Adam meminta penjelasan darinya.


"Lea sayang..., Lea perhatikan betul-betul, Lea yakin yang hiasan dalaman dan perabot rumah ini bukan citarasa Lea?," tanya Adam lembut lalu menyentuh tangan Lea.


Sekali lagi aku terdiam, bila Adam berkata demikian. Aku memerhatikan keadaan di sekeliling. Warna cat, perabot dan hiasan dalaman rumah ini adalah citarasa aku, kerana sewaktu mereka meminta pandangan untuk warna cat dan hiasan dalaman, aku yang memberi mereka idea.


Dan kesemua ideaku diikut bulat-bulat oleh mereka, kenapa aku tidak perasan selama ini.


"Why didn't you tell me that you love me?," tanyaku dengan rasa tidak puas hati kerana selama ini aku sudah tersalah sangka.


Aku benar-benar menyangka bahawa Adam cintakan Orkid selama ini begitu juga Orkid.


"I wanted to tell you the night that you went out to Zouk when I have to look after Jasmine, but I have no guts to do so, I don't want you to think that I was two timing your sister, If I do confess, you won't be able to accept me, because you would think I'm a jerk!," terang Adam.


"You seems to have all the right answers, how come you tak confess lagi bila arwahnya sudah tiada?," tanyaku lagi agak marah dengan Adam.


"I don't want to take advatange of the whole situation, even though I badly want you to know the truth but I can't, not when Orkid gave us the letter,"


"You got nothing to do with her surat wasiat?," tanyaku sekadar ingin tahu.


"Tak Lea, Lea tak percayakan abang?," ujar Adam memandang wajah isterinya.


Dia tahu Lea marah dan geram padanya kerana tidak memberitahunya hal yang sebenar. Apa yang boleh dia lakukan. Ia berlaku di luar jangkaannya.


Arwah Orkid sepatutnya memberitahu Lea mengenai hubungan mereka sekembalinya dari kampung selepas dia balik dari bertemu mak long.


Tapi Allah lebih menyayanginya. Teksi yang dinaiki Orkid terlibat dengan kemalangan jalan raya pemandu dan penumpang terkorban.


Adam benar-benar bersedih hati di atas kehilangan Orkid, Lea dan Jasmine berlebih-lebih lagi. Dia masih ingat akan kata-kata arwahyarhamah Orkid ketika hari terakhir dia bertemu dengannya.

Azalea Orkid (Completed)Where stories live. Discover now