ADAM membuka matanya perlahan. Tuala kecil yang terletak di dahinya di capai lalu di letakkan di atas meja sisi. Dia cuba bangun perlahan dan duduk.
Dia menoleh ke arah meja sisi lalu mencapai gelas yang berisi air putih yang ditutup lalu meneguknya perlahan. Tekaknya terasa kering dan perit. Pintu biliknya di buka dari luar. Della masuk membawa dulang bersama semangkuk kecil sup ayam dan bubur nasi.
"Eh abang dah bangun..," ujar Della lalu meletak dulang itu di atas meja sisi. Thermometer yang di bawa sama tadi di capai lalu disumbatkan ke dalam mulut Adam tanpa Adam sempat berkata apa.
Della tersenyum bila abang Adamnya kelihatan terperanjat bila dia berbuat demikian tanpa memberinya sebarang amaran terlebih dahulu.
Sebaik sahaja thermometer berbunyi. Della mengeluarkan thermometer dari mulut Adam.
"37°c..., you still have mild fever, you must rest at home and take care of yourself," jawab Della lalu memandang wajah Adam.
"I can't..abang dah janji dengan kak Lea hendak menemaninya lusa..," jawab Adam. Bukan dia tidak mahu mendengar nasihat Della. Namun dia sudah berjanji kepada isterinya bahawa dia akan datang menemaninya ke hospital lusa.
Appointment pertama dan kedua Lea dia tidak dapat hadir. Jadi dia mahu menghadirkan diri pada appointment Lea.
"How you want to travel when you are not well abang Adam...kak Lea pasti faham akan keadaan abang jika dia tahu abang masih belum sihat sepenuhnya, you better call her..she sound so worried," ujar Della lalu memberi BB Adam.
"Kak Lea called??," tanya Adam.
"Ya..earlier today," jawab Della.
"Della beritahu apa pada kak Lea?," tanya Adam ingin tahu. Dia jika boleh tidak mahu merungsingkan dan membebankan fikiran isterinya.
"Della cakap abang pengsan demam panas teruk sangat..," ujar Della dengan wajah serious.
"Della cakap macam tu??," tanya Adam lagi.
Della tertawa kecil bila abang Adamnya kelihatan panik bila dia berkata demikian. Jika dia beritahu kak Azalea begitu. Pasti kak Azalea akan pulang bila mengetahui keadaan Adam.
"Tak lah..Della kata abang tak sihat lagi resting..dan abang akan call dia bila dah sedar nanti..so call lah..nanti risau pulak kak Lea, ni nanti jangan lupa makan bubur dan sup ayam ni.., atau abang nak Della suapkan?," ujar Della lalu memandang wajah abang Adamnya.
"Eh tak apa..I can do it myself," jawab Adam lalu tersenyum.
"Hah..tahu takut..," usik Della kerana abang Adamnya kelihatan lucu bila dia mengatakan mahu berbuat demikian.
"You're naughty young lady...thanks Della for taking care of me," ujar Adam lalu tersenyum.
"Don't mention..., abang Adam please!! We are family, I'm your sister from different mother and father," jawab Della membalas senyuman Adam lalu menuju kearah pintu untuk keluar.
Adam mendial nombor setiausahanya kerana tadi dia berbesar hati mahu ke pejabat untuk memberi thumb drive dan discussion dengan Zakaria walaupun dia merasa tidak berapa sihat. Nasib baiklah dia tidak pergi jika tidak, dia tidak tahu apa yang akan berlaku padanya nanti.
"Lisa..it's me Adam, sorry I'm still not feeling well..how's the meeting go?? Mr. Zakaria ada?? Can you put me through," ujar Adam sebaik sahaja setiausahanya menyambut panggilan telefon.
ANDA SEDANG MEMBACA
Azalea Orkid (Completed)
RomansaPersonality kembar seiras Azalea dan Orkid amat berbeza. Azalea memiliki keperibadiaan yang kuat manakala Orkid pula seorang wanita yang bertentangan dengan Azalea. Azalea tidak mudah percaya dengan lelaki kerana pengalaman Orkid mengajarnya untuk m...
