AWAL pagi lagi aku sudah bangun dari tidur. Setelah mandikan aku, Adam bergegas ke pejabat kerana tengahari nanti dia perlu ke Singapura selama 3 hari menghadiri seminar dan bertemu dengan klient disana.
Sebelum Adam berangkat pergi, Adam tidak jemu-jemu memesanku supaya menjaga kesihatan dan menjaga diri. Aku tersenyum bila mengingati setiap pesanan-pesanan Adam pagi tadi. Adam tidak senang hati terpaksa berjauhan dengan aku dan terpaksa out-station selama 3 hari Singapura.
Della setelah membantu aku menjalani pisio terapi dan setelah memberi aku ubat. Dia meluangkan masa bermain bersama-sama Jasmine.
Dan aku pula mengambil keputusan untuk berehat di bilik sahaja. Aku mencapai remote lalu menekan butang 'ON'. Aku menekan butang remote mencari siaran yang ingin aku tontoni. Aku mengambil keputusan untuk menonton drama melayu.
Drama mengisahkan masalah atau dilema wanita. Aku mengadap tv dengan penuh asyik ingin mengetahui akan jalan cerita drama tersebut yang aku anggap menarik sekali.
"Kau dahlah cacat, kau ingat kau boleh jaga makan minum aku!!," cemuh si suami memarahi isterinya yang kurang upaya. Si isteri menderita sakit lumpuh separuh badan.
"Abang sampai hati abang cakap begitu, saya sakit bang, saya tidak kuat dan mampu macam dulu," jawab si isteri dengan linangan air mata bila di marahi suaminya.
"Kau jangan bagi aku alasan, aku dah bosan dengan kau tahu tak? Bosan!!!...," ujar si suami lalu meninggalkan rumah.
Si isteri terkedu mendengar herdikan si suami mengenai dirinya. Suami yang dulunya penyayang kini berubah kerana si isteri tidak lagi sihat dan kuat seperti dahulu.
Aku mematikan tv sebaik sahaja melihat babak tersebut. Sedih melihat nasib si isteri di dalam drama tersebut. Si suami yang dahulunya penyayang berubah setelah isterinya tidak sihat dan tidak bermaya seperti dahulu. Hatiku berdetik. Adakah aku akan mengalami nasib seperti wanita itu? Adakah Adam akan berbuat begitu terhadap diri aku suatu hari nanti? Tidak mungkin, Adam sayang dan cintakan aku. Adam tidak seperti suami di dalam drama yang aku tonton.
Bukankah suami di dalam drama tersebut dahulunya juga seorang yang penyayang dan mencintai isterinya? Dan hatinya berubah bila isterinya tidak seperti dahulu?
Hatiku tiba-tiba menjadi tidak keruan dan tidak menentu. Adam tidak akan tinggalkan aku. Adam berjanji tidak akan tinggalkan aku. Aku cuba melenyapkan perasaan raguku terhadap Adam. Adam suami yang baik. Dia tidak akan mensia-siakan aku. Aku menolak kerusi roda ke arah pintu lalu membukanya. Aku tiba-tiba merasa sesak nafas dan merasa lemas berada di dalam bilik.
"Eh! Kak Lea hendak ke mana?," tegur Della yang kebetulan baru keluar dari bilik Jasmine dan ternampak Kak Lea kelihatan cemas tiba-tiba.
"Della nampak abang Adam?," tanyaku bila di tegur Della.
"Abang Adam? Kan ke dia sudah ke pejabat tadi," jawab Della hairan kerana kak Leanya sendiri yang menemani suaminya hingga ke pintu ketika suaminya pergi ke kerja tadi. Kenapa dia bertanya kemana perginya abang Adam.
ANDA SEDANG MEMBACA
Azalea Orkid (Completed)
RomancePersonality kembar seiras Azalea dan Orkid amat berbeza. Azalea memiliki keperibadiaan yang kuat manakala Orkid pula seorang wanita yang bertentangan dengan Azalea. Azalea tidak mudah percaya dengan lelaki kerana pengalaman Orkid mengajarnya untuk m...
