AKU tidak tahu kenapa hari ini, hari begitu istimewa buat aku. Aku tidak lagi merasa bosan sepertimana aku pernah keluar bersama Adam dan Jasmine dahulu.
Dahulu, kami hanya membuat perihal masing-masing dan hanya menumpukan sepenuh perhatian pada Jasmine.
Hari ini aku dapat merasakan ianya hari istimewa kerana aku tidak perlu berlakon lagi di hadapan Jasmine hanya untuk mengambil hatinya.
Aku benar-benar gembira dan bahagia di samping Adam dan Jasmine.
Kami kelihatan seperti pasangan pengantin baru. Adam benar-benar romantic orangnya. Banyak kali juga dia mengambil peluang untuk bermanja denganku.
Setiap kali kami berjalan bersama. Tangannya tidak lepas dari mengengam jariku. Sesekali dia memberiku kucupan di pipi bila Jasmine tidak melihat.
Aku dapat melihat kegembiran jelas terpancar di wajahnya. Kesian Adam kerana selama ini, dia tidak pernah berbuat begitu kerana aku tidak pernah mengizinkannya berbuat demikian. Berpegangan tangan pun aku tidak izinkan walhal dia adalah suamiku yang sah. Adam turutkan sahaja kehendakku.
Jasmine tersenyum-senyum melihat kemesraan kami berdua. Dia dapat merasakan kelainan di atas kelakuan mama Lea dan papa Adamnya.
Mama Lea tidak jalan berjauhan dengan papa Adam seperti lazim ketika mereka keluar bersama setiap hujung minggu.
Mama Lea akan mencari alasan agar mereka tidak di tinggalkan berduaan dengan papa Adam. Mama Lea selalu bersamanya. Dan bila mama Lea tidak memimpin tangannya papa Adamnya pula yang mengambil alih. Begitulah seterusnya.
Jasmine tidak pernah melihat mama Lea dan papa Adamnya kelihatan mesra seperti hari ini.
"Mama..papa Jasmine nak main kat play area boleh?," ujar Jasmine meminta izin kepada mama dan papanya. Di dalam Mcdonald terdapat play area.
"Ok..papa dan mama tengok Jasmine dari sini," jawab Adam lalu tersenyum.
Play area itu betul-betul berhadapan tempat mereka duduk.
"Thank you..," jawab Jasmine lalu menuju kearah play area.
Jasmine melambai kearah kami. Aku dan Adam melambai Jasmine kembali. Jasmine menuju ke dalam lalu bermain dengan bola-bola kecil yang terdapat di situ.
"I love you," bisik Adam perlahan ke telingaku.
Berderau darahku bila Adam berkata demikian. Aku menoleh memandang wajahnya.
Adam memandangku lalu tersenyum. Dia mengucup jariku perlahan. Sudah aku katakan Adam memang romantis orangnya.
"You really mean that!..," ujarku sebak. Mataku mula di takungi air tidak percaya Adam mengucapkan kata cinta kepadaku kerana aku sangkakan Adam tidak pernah mencintai ku selama ini.
ANDA SEDANG MEMBACA
Azalea Orkid (Completed)
RomancePersonality kembar seiras Azalea dan Orkid amat berbeza. Azalea memiliki keperibadiaan yang kuat manakala Orkid pula seorang wanita yang bertentangan dengan Azalea. Azalea tidak mudah percaya dengan lelaki kerana pengalaman Orkid mengajarnya untuk m...
