Part 51

138 8 4
                                        


ADAM berdiri di muka pintu gym pisioterapi di mana Azalea selalu menjalani session pisioterapi. Dari jendela pintu dia dapat melihat isterinya Azalea dapat berjalan menuju ke arah Dr. Amir.


Dia benar-benar bersyukur kerana Azalea dapat berjalan semula namun perasaannya bertukar bila isterinya memeluk Dr. Amir tanpa teragak-agak lagi.


Apa hubungan Azalea dengan Dr. Amir? Strictly Doctor patient relationship only atau lebih dari itu. Perasaan Adam bercampur baur. Cemburu, marah dan sedih. Dia tidak dapat melenyapkan perasaan hampanya melihat kemesraan Lea dengan doktornya.


Tanpa menemui Lea, Adam berpatah balik menuju ke arah lift. Jambangan bunga 'Azalea' berwarna blue, pink dan white itu di berikan kepada nurse yang berada di kaunter. Nurse yang di beri jambangan bunga merasa teruja terpandang akan jambangan bunga yang cantik itu lalu mengucapkan terima kasih kepada lelaki yang memberinya bunga itu.


****

"You must look after yourself?..I will review your health records from time to time," ujar Amir lalu memandang wajah Azalea.


Dia mengambil berat terhadap diri Azalea. Azalea bukan sahaja pesakitnya. Azalea juga sudah dianggap temannya. Sementelah lagi Azalea kini sudah hamil. Azalea harus banyak berehat menjaga dirinya dengan sebaik-baiknya.


"Thank you Amir, I really appreciate your concern, thanks for being a good doctor to me," jawabku lalu membuahkan senyuman pada Amir.


"You tak hendak beritahu Adam?," tanya Amir lalu bangkit dari kerusi.


Dia menghulurkan tangan kepada Azalea. Azalea menyambut lalu bangkit dari kerusi. Dia berjalan perlahan seiringan dengan Amir.


"He's coming tomorrow..I want to tell him personally not through phone," jawabku tersenyum lagi.


Tidak sabar rasanya aku hendak menyampaikan perkhabaran berita gembira itu kepada Adam. Pasti Adam gembira bila mengetahui bahawa aku sudah hamil.


Amir menolak pintu membenarkan Azalea keluar dahulu. Azalea sudah dapat berjalan walaupun secara perlahan-lahan namun dia tidak lagi merasa takut berjalan tanpa memegang apa-apa.


"So I'll guess this will be our last meeting..selepas ini I bukan your Doktor lagi..," ujar Amir lalu tersenyum.


"We are still friends right?? Nabila dan you..we will get in touch and visit each other," jawabku kerana aku tidak mahu hubungan kami terputus sampai di sini sahaja.


Aku tidak mahu kehilangan teman baik seperti Nabila dan Amir. Malah Adam selalu menghubungi Amir personally bila dia ingin mengetahui akan keadaan dan perkembangan aku.


"Ok..do you think Adam mind if we are still friends?," tanya Amir ingin tahu.


Dia khuatir Adam akan bersangka buruk terhadap hubungan mereka. Memang semasa awal pertemuan dahulu dia punya perasaan terhadap diri Azalea.

Azalea Orkid (Completed)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang