Part 44

112 7 10
                                    

ADAM membuka almari lalu mengeluarkan beberapa helai kemeja, polo shirt dan casual pants lalu di letakkan di atas katil. Dia ke almari semula mengambil overnight bagnya. Lalu menyusun  pakaian dan kesemua barang keperluan peribadinya di atas katil.

Dia tidak tahu kenapa dia perlu membawa banyak pasang baju untuk bertemu dengan Azalea di Singapura. Mungkin kerana dia mahu kelihatan hebat di mata doctor isterinya. Dia tidak tahu kenapa dia merasa tergugat bila Azalea menyatakan bahawa doctor yang merawatnya seorang lelaki yang tampan. Dia tidak boleh mendiamkan diri. Bukankah cemburu itu tandanya sayang.

Pintu bilik Adam di ketuk perlahan dari luar.

"Masuk," jawab Adam tanpa menoleh kearah pintu kerana sibuk memikirkan perlukah dia membawa sehelai lagi baju atau seluar lagi.

"Eh..Abang nak pergi mana ni?," tegur Della bila abang Adamnya sibuk menyusun baju dan barang peribadinya di atas katil dan juga terdapat overnight bag yang selalu di bawa ketika out-station.

"Jumpa kak Lea," jawab Adam ringkas mula memasukkan kesemua pakaian dan barang keperluan peribadinya ke dalam bagnya.

"Jumpa kak Lea?? Ni dah baik sakit ke belum?," ujar Della lalu mencapai thermometer yang berada di meja sisi.

Della berdiri di hadapan Adam. Adam membuka mulutnya tanpa di suruh. Dia tahu Della mahu mengambil temperaturenya. Della memasukkan thermometer ke dalam mulut Adam.

Sementara menunggu beeping sound dari thermometer Della duduk di atas katil  memerhatikan Adam sedang sibuk memasukkan sehelai shirt, 2 helai Fred Perry polo t-shirt berwarna kelabu gelap dan biru cair, sehelai jeans dan black khakis pants ke dalam bag tersebut.

Della mengeluarkan thermometer dari mulut Adam.

"37°c," ujar Della memberitahu Adam akan suhu badannya.

Adam masih demam walaupun mild fever. Dia tidak tahu kenapa Adam berkeras mahu pergi ke Singapura dalam keadaan dirinya yang masih sakit.

"I still have.., Fever?," soal Adam bila Della tidak mahu mengulas panjang samada dia masih demam atau tidak.

"Yes..but abang Adam nak pergi Singapura juga, you should rest at home get well then baru jumpa kak Lea..," jawab Della.

Namun dia tidak dapat menghalang jika abang Adamnya tidak mahu mendengar nasihatnya.

"Do you think kak Lea akan tinggalkan abang?," tanya Adam tanpa menoleh kearah Della.

Della mengerutkan dahinya bila abang Adamnya bertanya soalan sedemikian. Kak Lea tinggalkan abang Adam?

"I don't understand your question! It's so random!," jawab Della kerana tidak faham akan soalan Adam apa maksudnya kak Lea akan tinggalkan dia.

"Do you think kak Lea akan tinggalkan abang bila dia bertemu dengan lelaki yang di sukainya?," ujar Adam lalu memandang wajah Della.

"You asking me this kind of questions..are you serious?? Kak Lea loves you so much..how can she leaves you and what makes you think that way?," ujar Della tidak percaya dengan soalan yang di ajukan oleh abang Adamnya.

Apa yang berlaku di antara abang Adamnya dengan Kak Lea? Kenapa abang Adamnya tiba-tiba bertanya soalan sedemikian? Kak Lea mahu tinggalkan abang Adamnya? Tidak mungkin.

"This doctor yang rawat kak Lea...he's single available and according to Kak Lea...he's good looking," jawab Adam menuju kearah almarinya lalu mengeluarkan beberapa helai good shirt lalu di letakkan di atas katil.

Della tertawa kecil bila abang Adamnya berkata demikian. Abang Adamnya cemburu dengan Dr. Kak Lea, seriously??. Buruk betul kalau lelaki cemburu mengalahkan orang perempuan.

"You don't trust kak Lea?," tanya Della senyuman masih tidak lekang di bibirnya kerana tidak pernah melihat abang Adamnya berkelakuan kalut begitu inilah kali pertama.

"Of course I trust her..I just don't trust the doctor?? Perangai lelaki semua sama," jawab Adam.

Sekali lagi Della ketawa bila abang Adamnya mengatakan perangai lelaki semua sama. Apa yang di maksudkan abang Adam? Guys sacred secret.

"Lelaki tidak akan mengalah jika tidak dapat memikat hati wanita yang di sukainya," terang Adam bila Della mentertawakannya. Itu adalah salah satu perangai lelaki yang wanita harus tahu.

"Abang how can you be so sure yang doctor tu suka pada kak Lea? Abang belum lagi bertemu doctor yang merawat kak Lea, mungkin kak Lea saja hendak membuatkan abang merasa cemburu," ujar Della bila di lihat Adam bersungguh-sungguh mahu ke Singapura esok hari juga.

"Better safe than sorry, pergi google nama dia 'Amir Samuel' see for yourself," ujar Adam lalu menyerahkan mini ipad kepada Della.

Della menyambut mini ipad dari tangan Adam. Adam mahu Della google nama doctor yang di maksudkan.

"Abang dah tengok?," tanya Della. Jarinya menaip nama yang di beritahu abang Adamnya.

"Nope, I don't want too," jawab Adam ringkas.

Bulat mata Della bila dia melihat gambar dan membaca profile Dr. yang di maksudkan. Kalau beginilah rupa doctor kak Lea bukan Kak Lea sahaja yang akan terpikat malah pesakit wanita yang lainnya juga akan terpikat pada kekacakan wajahnya. Dia sendiri akui doctor itu sememangnya lelaki kacak. Baru Della mengerti mengapa abang Adamnya tidak senang duduk.

Dia mahu merebut hati isterinya dari penangan Dr. Amir Samuel. Walaupun ianya tidak sahih kerana dia tidak pasti samada Dr. Itu sememangnya mempunyai perasaan terhadap isterinya. Sepertimana yang dia katakan tadi. Better be safe than sorry. Abang Adamnya tidak akan membenarkan perkara itu berlaku. Tidak sama sekali.


Azalea Orkid (Completed)Where stories live. Discover now