ADAM tidak berada di perhentian taxi. Puas aku cuba menghubunginya di telefon bimbit. Adam mematikan Iphonenya. Aku membuka pintu teksi yang terdapat di perhentian lalu masuk ke dalam dan menutup pintu rapat.
"Where are you heading to miss?," tanya si pemandu teksi.
"To Bishan Loft," jawabku tanpa berfikir panjang. Mungkin Adam kembali ke apartmentku.
Teksi bergerak perlahan meninggalkan pusat pisioterapi. Aku menjadi tidak betah memikirkan Adam. Kemana Adam pergi? Marahkah dia padaku? Aku mendial nombor Amir mungkin Amir dapat menghubungi Adam.
"Amir..how?? Do you manage to get him?," tanyaku sebaik sahaja Amir menyambut talian.
"No...it's ok Amir, call me when you able to reach him..thanks Amir," jawabku lalu mematikan telefon.
Aku menjadi resah tidak menentu. Jika Adam tidak berada di Bishan Loft. Dimana hendak aku carinya lagi? Mungkinkah Adam kembali ke KL? Bingung aku memikirkannya.
Lagu nyanyian Richard Marx 'Right Here Waiting' yang kedengaran dari corong radio teksi itu tidak dapat menghiburkan hati aku walaupun lagu itu yang Adam selalu tujukan kepadaku semasa kami berjauhan.
Adam mengatakan bahawa dia akan sentiasa menungguku walau apa jua keadaan. Air mataku mengalir perlahan bila menyedari Adam begitu menyayangiku. Aku tidak akan dapat hidup tanpa Adam di sisi.
Wherever you go
Whatever you do
I will be right here waiting for you
Whatever it takes
Or how my heart breaks
I will be right here waiting for you
"We are here Miss," tegur pemandu teksi bila penumpangnya tidak menyedari bahawa mereka sudah pun berada di lobby Condo Bishan Loft. Aku menyeka air mata perlahan.
"Can you wait here and keep the meter run? I will be back soon," jawabku lalu keluar dari teksi sebaik sahaja pemandu teksi itu bersetuju untuk berbuat demikian.
Aku cuba berjalan sepantas mungkin untuk ke lift lobby. Namun untuk pesakit seperti aku tidak dapat berjalan pantas seperti orang biasa. Aku tidak mahu mencederakan diriku pula.
Sepertimana yang aku jangkakan Adam tidak berada di dalam apartment. Aku kembali turun ke bawah lalu menaiki teksi tadi.
"Where to?," tanya pemandu teksi lalu memandang ke arah penumpang wanita itu.
"Town area...just drive and I will tell you where to stop," ujarku kerana tidak tahu kemana hendak aku cari Adam.
Aku mengeluarkan handphone lalu mendial nombor Adam. Adam masih tidak menghidupkan handphone. Aku tidak berputus asa lalu mendial nombor Amir.
"Did he call you?," tanyaku sebaik sahaja Amir menjawab telefon.
"No Lea..," jawab Amir mendatar.
Dia tahu Lea risau tidak tahu kemana suaminya pergi. Dia turut merasa bersalah hingga menyebakan Adam tersalah sangka. Dia ingin membantu Lea untuk mencari Adam namun dia tidak mahu perbuataannya itu akan memburukan keadaan bila Adam mengetahui Lea bersama dengannya.
Apa yang mampu dia lakukan, dia cuba untuk menghubungi Adam di telefonnya dan menerangkan kepada Adam akan perkara yang sebenarnya berlaku.
"I don't know where to look for him Amir," jawabku sebak. Benar-benar buntu dan tidak tahu kemana tempat lagi harus ku cari Adam.
"When Adam's here to visit..tempat-tempat mana yang dia suka bawa you pergi??," tanya Amir.
Mungkin Adam ke tempat-tempat yang selalu dia lawati bila dia kemari. Dia percaya Adam pasti meluangkan masa bersama isterinya dan membawa isterinya ke tempat-tempat menarik di sini.
Aku terdiam bila Amir berkata demikian. Kenapa aku tidak terfikir untuk mencari Adam ke tempat-tempat yang menjadi kegemarannya tiap kali dia disini. Tapi banyak tempat yang Adam suka kunjungi.
"There's a lot of places he loves to go..it's all over Singapore," jawabku kerana terlalu banyak tempat yang Adam bawa aku kunjungi di sini. Mana mungkin aku dapat mencarinya di serata Singapura.
"There's must be someplace yang Adam love the most..you just have to think hard Lea..," ujar Amir. Dia percaya pasti ada suatu tempat yang Adam suka kunjungi.
"Supertree grove – Gardens by the Bay," ujarku tiba-tiba bila teringatkan tempat yang menjadi kesukaan Adam.
Adam membawaku ke sana sekali. Dia memberitahuku tempat itu yang dia suka kunjungi bila teringatkan diriku. Adam selalu pergi ke sana bila dia berkesempatan, setiap kali dia out-station di Singapura dan terpaksa berjauhan dengan isterinya.
Adam akan ke masjid Al-Falah di Cairnhill place untuk menunaikan solat maghrib dan akan terus ke sana untuk menikmati keindahan Supertree grove pada waktu malam.

ANDA SEDANG MEMBACA
Azalea Orkid (Completed)
RomancePersonality kembar seiras Azalea dan Orkid amat berbeza. Azalea memiliki keperibadiaan yang kuat manakala Orkid pula seorang wanita yang bertentangan dengan Azalea. Azalea tidak mudah percaya dengan lelaki kerana pengalaman Orkid mengajarnya untuk m...