PAGI tadi Adam bangkit dari tidur, Lea masih lena di sebelahnya. Dia mengejutkan Lea untuk solat subuh berjemaah. Inilah kali pertama mereka berjemaah subuh bersama. Alhamdullilah! Sekali lagi dia memanjatkan syukur.
Buat pertama kali dia merasa dirinya lengkap dan bahagia menjadi seorang suami. Walaupun dia terpaksa menunggu selama setahun lamanya untuk bersama isteri tercinta dan tersayang, Adam tidak kisah kerana dia merasa kepuasan dan penantiannya berakhir semalam.
Dan mungkin kerana terlalu kepenatan semalam masih terasa, dia tidak tersedar dan terlelap selepas solat subuh. Adam membuka matanya perlahan lalu menoleh ke arah kanan.
Azalea tiada di sisinya. Adakah dia bermimpi? Adam meraup wajahnya perlahan dengan kedua belah tapak tangannya. Dia pasti ini bukan kamar tidurnya tapi kamar Azalea.
Jadi benarlah dia tidak bermimpi. Semalam sebaik sahaja dia membersihkan diri, menukar pakaian dan solat. Dia terus ke bilik Azalea seperti yang telah di janjikan.
Azalea sudah lama lena di buai mimpi. Lea sudah menganti pakaian kepada night gown satin berwarna merah jambu. Adam tidak mahu mengejutnya, lagipun dia tidak mahu menganggu Azalea. Biarlah Azalea tidur.
Jika Azalea mahu dia menemaninya, Adam akan menemaninya jika itu permintaan yang Lea mahu. Tapi sebaik sahaja dia baring di sebelah Lea. Lea membuka mata dan ingin bermanja dengannya.
Adam tersenyum sendiri bila mengenangkan peristiwa semalam. Kenangan yang tidak akan di lupakan sampai bila-bila.
Adam tersentak bila tiba-tiba pintu bilik Azalea di buka dari luar. Seketika kemudian, kelihatan Jasmine menjengukkan kepalanya ke dalam bilik.
"Jasmine! Good morning...," tegur Adam membuahkan senyuman bila dilihatnya puteri kesayangannya itu kelihatan terhendap-hendap mencari seseorang.
"Eh papa!!! Apa papa buat kat sini??? Ini kan bilik mama Lea?," ujar Jasmine terperanjat bila di sergah Adam. Bulat matanya bila melihat papa Adamnya berada di katil bilik mama Leanya.
"Kenapa papa tak boleh berada dalam bilik mama Lea ke?," ujar Adam lalu mencium pipi Jasmine bila puterinya kini berada di atas katil bersama dengannya.
"No lah...," jawabnya lalu ketawa kecil.
"Hmm...Jasmine kenapa masuk bilik mama Lea macam pencuri ni?," usik Adam lalu mencubit pipi gebu Jasmine.
"No lah papa, I'm looking for mama Lea but she's not in, where is she papa?," terang Jasmine.
Adam menjungkitkan bahunya tanda tidak tahu kerana dia baru sahaja bangkit tidur dan menyedari isterinya tidak berada di sebelahnya. Jasmine mengeluh kecil.
"Why what's wrong???," soal Adam bila Jasmine berbuat demikian.
"Mama Lea kata hari ni nak keluar bawa Jasmine jalan-jalan, sebab itu Jasmine cari dia,"
"Oh really?? Papa boleh ikut tak?,"
"Why not!!," jawab Jasmine dengan wajah ceria walaupun mama Leanya tidak mengatakan bahawa papa Adam akan ikut sama, tapi dia mahukan kedua-duanya ada bersama dengannya bila keluar berjalan nanti.
Mereka berdua tersentak bila pintu bilik mandi bilik Azalea tiba-tiba dibuka.
"Morning to both of you," ujarku dengan wajah ceria.
Aku mengenakan t-shirt putih dan capri pants berwarna khaki. Aku memberikan Jasmine ciuman di pipi dan menuju kearah Adam lalu mencium pipinya.
Sekali lagi wajah Adam terperanjat kerana tidak menyangka aku akan memberinya ciuman sekali.
Jasmine yang duduk di katil bersama Adam hanya tersenyum simpul. Sempat dia mengenyitkan matanya kepada papa Adam menandakan dia senang hati melihat perubahan mama Leanya.
"What!!!...," ujarku bila Adam dan Jasmine tiba-tiba terdiam.
"Mama Lea...ajak papa Adam sekali boleh?," ujar Jasmine lalu memandang kearah mama Leanya.
"Erm mesti ke??," jawabku tiba-tiba berubah serius.
Adam terasa hati bila Lea berkata begitu. Namun dia tidak menunjukkannya kepada mereka berdua. Wajahnya cukup bersahaja bila Lea berkata demikian.
"Oh sorry, papa Adam lupa.., hari ni papa tak boleh join sebab ada hal di office," ujar Adam cuba mencari helah agar Jasmine tidak merasa kecil hati dia tidak dapat ikut serta.
Dia tidak mahu Jasmine tahu mengapa sebabnya kerana sebelum ini Adam dan Azalea sudah berjanji cuba memberi alasan agar Jasmine tidak berkecil hati dan menganggap mereka mensia-siakannya.
"But! Tadi papa Adam kata boleh..," jawab Jasmine. Wajahnya berubah sedih.
Aku hanya mampu tersenyum melihat wajah mereka berdua. Aku sengaja hendak mengusik Jasmine dan hendak menduga Adam.
Aku mahu membina kehidupan baru. Aku tidak lagi ragu akan keikhlasan Adam untuk memperisterikan aku walaupun aku tahu Adam hanya cintakan Orkid.
"Mama.., please pujuk papa," ujar Jasmine lalu menarik lengan mama Leanya.
"Eh tentulah papa Adam kena ikut, sapa nak jadi banker dan driver kita? Mama malas nak drive hari ni," ujarku lalu menjeling kearah Adam.
Sekali lagi Adam terkejut bila Lea berkata demikian. Betul apa yang dia dengar? Lea mengajaknya sekali.
"YES!!...Papa you have to go with us, no more excuses..," ujar Jasmine gembira lalu memeluk Adam erat.
Riang benar hatinya pagi ni. Sebab itu dia bangun tidur awal bila mama Lea mengatakan akan membawanya keluar bersiar-siar dan lunch di Mcdonald. Dia terus mandi dan bersiap-siap tidak sabar untuk keluar.
"Thanks," ujar Adam perlahan lalu memandang wajah isterinya.
Hatinya berbunga riang. Pertama kali dia keluar bersama sebagai sebuah keluarga dan bukan lagi berpura-pura sepertimana mereka lakukan sepanjang setahun yang lalu. Mereka hanya mahu masyarakat luar menganggap mereka adalah keluarga normal sedangkan tidak. Tapi hari ini Adam dapat merasakan keluarga yang pernah diimpikan suatu ketika dahulu kini menjadi kenyataan.
YOU ARE READING
Azalea Orkid (Completed)
RomancePersonality kembar seiras Azalea dan Orkid amat berbeza. Azalea memiliki keperibadiaan yang kuat manakala Orkid pula seorang wanita yang bertentangan dengan Azalea. Azalea tidak mudah percaya dengan lelaki kerana pengalaman Orkid mengajarnya untuk m...