SEPANJANG hari Jasmine kelihatan ceria sekali. Hari minggu ini, berlainan sekali dengan hari-hari minggu yang lalu. Mama dan papanya ada bersama.
Mereka akan makan tengahari di Mcdonald tapi sebelum itu papa Adam membawa mereka ke Pavilion.
"You suka baju tu?," tegur Adam bila dilihatnya Lea membelek-belek dress berwarna hitam dari Boutique Diane Von Furstenberg itu sedari tadi sehingga tidak sedar bahawa dia berada di belakang memerhatinya.
Aku tersentak bila Adam menegurku. Tidak menyedari bahawa lelaki itu berada di belakangku kerana tadi dia bersama Jasmine ke Toy Garden di Level 6.
"Tak lah..., mahal sangat!," jawabku lalu melepaskan tangan dari memegang dress tersebut.
Aku merasa malu sendiri. Aku tidak menyangka Adam berada di belakang aku ketika aku sedang leka membelek-belek dress tersebut.
Aku saja singgah ke butik DVF sementara menanti Adam dan Jasmine ke Toy Garden tadi.
Aku berjalan keluar dari Butik sambil memimpin tangan Jasmine. Sempat Jasmine mengecek papanya membeli tea set yang baru.
"Mana papa?," tanya Jasmine bila papa Adamnya tidak kelihatan berada di belakang kami.
Aku menoleh ke belakang bila Jasmine mengatakan papanya tidak kelihatan bersama.
Aku tersenyum bila menyedari bahawa Adam masih lagi berada di Butik DVF. Mungkin dia tidak sedar kami sudah pergi meninggalkan butik DVF.
Kami berjalan menuju ke arah DVF semula untuk memanggil Adam.
Adam memegang dress hitam yang aku belek tadi, di capai dress itu lalu menuju kearah kaunter pembayaran. Aku merasa terkejut bila Adam berbuat demikian. Aku mengejarnya dari belakang.
"Adam!..., I tak perlukan dress tu, it's too expensive!," ujarku lalu menarik lengannya perlahan. Tidak membenarkan dia membeli dress DVF yang aku belek tadi.
"Untuk you, apa saja sweetheart!," jawabnya lalu tersenyum.
Aku terkedu bila dia berkata demikian. Selama ini bila Adam mengatakan sayang dan kata-kata manja tidak punya effect apa-apa ke atas diriku, mungkin juga kerana aku terlalu membencinya sebelum ini.
Tapi kini hatiku sudah mula sayang padanya. Jadi setiap kali dia mengunakan perkataan "sayang" dan "sweetheart" membuatkan hati aku bergetar.
"But I belum try lagi baju tu? Belum tentu I kelihatan cantik bila mengenakan dress ni," ujarku memberi alasan agar Adam tidak akan membeli dress mahal itu.
Walaupun aku tahu Adam mampu, namun aku tidak mahu dia membazirkan wang dengan membeli dress DVF.

YOU ARE READING
Azalea Orkid (Completed)
RomancePersonality kembar seiras Azalea dan Orkid amat berbeza. Azalea memiliki keperibadiaan yang kuat manakala Orkid pula seorang wanita yang bertentangan dengan Azalea. Azalea tidak mudah percaya dengan lelaki kerana pengalaman Orkid mengajarnya untuk m...