Part 48

125 9 8
                                        

NABILA menoleh memandang wajah Amir bila lelaki itu faham akan perasaannya. Amir memegang tangan Nabila bila wanita itu kelihatan kecewa bila menyedari lelaki yang dikejar bayang-bayangnya itu tidak mampu dimiliki.

Dia merasakan dirinya begitu bodoh kerana mengharapkan sesuatu yang tidak pasti. Apa yang membuatkan dia merasa dirinya begitu, kerana lelaki yang dia akui dia jatuh cinta itu, tidak pernah berperasaan demikian terhadap dirinya. Silly. Really silly!

We are just sharing a cab. And that's the first and our last meeting. He's friendly and he's warm person. Dan bukan kerana wajah kacak lelaki itu yang membuat dia jatuh cinta padanya. Ia juga kerana perwatakan gentleman lelaki itu juga.

"I'll guess you are right..we always fall in love with the wrong person!," jawab Nabila perlahan lalu tersenyum pahit.

Cuba menahan sebak di dada. Pencariannya selama ini sudah berakhir. Sekurang-kurangnya dia tidak lagi berharap akan bertemu dengan lelaki misteri itu.

Nasib baiklah Azalea tidak seperti wanita lain yang akan terkena hysteria bila mengetahui ada wanita lain yang menyukai suaminya. Azalea seorang wanita yang matang fikirannya. Dan dia telah meminta maaf kepada Azalea kerana dia tidak tahu bahawa lelaki yang di puja selama ini adalah suaminya. It's just an honest mistake.

Amir hanya mendiamkan diri. Dia memahami perasaan Nabila. Perasaan itu yang selalu dia rasai setiap kali cintanya di tolak. Nabila tidak pernah merasa sedemikian kerana inilah kali pertama dia merasai cintanya tidak disambut.

"Amir! How do you that? What is you secret?," ujar Nabila lalu menoleh kearah Amir.

Lelaki itu kelihatan tenang sahaja bila mengetahui bahawa Azalea sudah bersuami dan begitu mudah dia dapat melupakan semuanya dalam masa yang singkat, seolah-olah ia tidak memberi kesan yang mendalam terhadap dirinya.

"No expectation!," jawab Amir ringkas lalu tersenyum. Dia sudah berhenti berharap. Mulai dari sekarang dia hanya serahkan soal jodoh pada Allah Taala.

"No expectation!..That's it!!!..What was I thinking??..Seriously! I've feel so stupid right now..you were right from the start..I'm just crazy to think that I will meet him again someday..you are not being a good friend of mine..why didn't you stop me for being a looney woman!!," ujar Nabila lalu menepuk tangan Amir kuat kerana Amir tidak tegas bila dia mengatakan bahawa dia cintakan lelaki yang berkongsi teksi dengannya 3 tahun yang lalu dan hanya membiarkan sahaja dia dengan fantasinya.

Amir tersentak bila Nabila berbuat demikian. Nabila kembali kepada mode asalnya.

"Why should I?? I don't want to miss the fun!!," jawab Amir lalu tersenyum meleret.

"The joke is on you too my friend..," jawab Nabila tidak mahu mengaku kalah bila Amir mengusiknya.

"So we are even..both of us are jokers!..," jawab Amir lalu memaut bahu Nabila dekat padanya.

Mereka adalah badut di atas pentas dunia. Nabila menyandarkan kepalanya di bahu Amir sambil memandang kearah matahari terbenam di hadapan mereka. Pemandangan yang indah.

"If we can't find our other half in 2 years time...and neither of us get married till then, we would marry each other ok??," jawab Nabila lalu memeluk lengan Amir mesra.

"Deal??," ujar Amir lalu menghulurkan tangannya menandakan dia bersetuju dengan cadangan Nabila.

"Deal!," jawab Nabila lalu menyambut huluran tangan Amir. Mereka kembali menikmati keindahan matahari terbenam dan deruan ombak yang tidak jemu-jemu menghempas pantai.

Azalea Orkid (Completed)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang