Part 22

121 8 3
                                        


ADAM memberhentikan enjin keretanya lalu menoleh kearah Azalea yang sudah terlena. Isterinya tertidur kepenatan di dalam kereta sepanjang perjalanan pulang ke rumah dari majlis yang mereka hadiri.


Adam tidak menyangka bahawa majlis itu berakhir hampir ke lewat malam. Adam tidak terasa penat kerana dia merasa sungguh berbesar hati dapat menghadiri majlis kali ini di temani Azalea, isterinya sendiri.


Selama ini, dia selalu di temani DeIla adik Zack. Semua rakan sekerja dan teman-teman yang lain tahu Adam sudah berkawin dan mereka tertanya-tanya mengapa Adam tidak pernah menghadiri majlis bersama isterinya, jika Adam sudah punya isteri.


Adam terpaksa memberi pelbagai alasan setiap kali dia diajukan soalan sedemikian dari teman-temannya. Bahawa isterinya sibuk menjaga anak di rumah.


Tapi, hari ini dia merasa berbangga sekali kerana dapat memperkenalkan isterinya kepada rakan setugas dan rakan niaga.


Ramai yang memuji bahawa mereka adalah pasangan yang secocok.


Azalea pula tidak membuat perangai. Sepanjang majlis berlangsung, Azalea sentiasa berada di sisinya, sekali sekala Adam perasan Azalea berbual mesra dengan isteri-isteri temannya.


Azalea mudah dan senang mesra dengan isteri teman-temannya. Dan apa yang Adam perasan Azalea tidak pernah lepas dari memeluk lengannya bila mereka bersama.


Adam memandang wajah Azalea yang sedang lena tidak sedar bahawa mereka sudah tiba di rumah. Adam tidak sampai hati untuk mengejutkan Lea, sebaliknya dia mengambil kesempatan ini untuk menatap wajah jelita milik isterinya.


Belum pernah dia berpeluang berbuat demikian kerana walaupun mereka tinggal sebumbung, mereka tidak pernah bersama seperti pasangan suami isteri.


Azalea tidak mahu punya apa-apa ikatan dengan Adam kerana dia tidak pernah mencintai Adam.


Manakala Adam sebaliknya. Dia sangat-sangat cintakan Azalea. Cuma isterinya itu tidak tahu betapa dia benar-benar menyayanginya.


Adam mengeluh kecil. Dia tidak mahu terburu-buru membuat andaian sendiri. Walaupun malam ini merupakan malam hari yang paling bahagia buat dirinya, kerana buat pertama kalinya Azalea menerima perlawaan untuk menghadiri majlis bersamanya tapi Adam tidak pasti akan tujuan Azalea. Adakah Azalea ikhlas atau hanya mahu menduganya.


Adam membuka pintu kereta penumpang lalu mengangkat Azalea perlahan dari tempat duduk penumpang.


Aku tersentak, lalu membuka mataku bila terasa diri ini diangkat. Aku memandang wajah tampan Adam. Adam berdiri kaku sebaik sahaja aku membuka mataku, dia tidak bergerak wajahnya kelihatan khuatir seolah-olah takut perbuatannya itu tidak menyenangkan hati aku.


Aku tersenyum bila menyedari Adam begitu sweet. Dia tidak mengejutkan aku malah mengambil keputusan untuk membawa aku ke bilik.


"Sorry dear..., I mengantuk sangat tak sedar dah sampai," ujarku tersenyum lagi.


Aku tidak menghalang Adam berbuat demikian malah aku kelihatan selesa didukung Adam dan merelakannya. Afterall dia suami aku dan aku mahu Adam memanjakan aku.


"Tak apa you tidurlah," ujar Adam lembut lalu tersenyum gembira bila Azalea memanggilnya dengan panggilan "Dear".


Aku memejamkan mataku semula manakala Adam mendukung aku dari porch kereta menaiki anak tangga.


Setibanya di hadapan bilik Azalea. Adam menolak daun pintu lalu membaringkan Azalea di atas katil. Adam membetulkan bantal Azalea dan menarik selimut agar Azalea tidak tidur kesejukan. Setelah melakukan itu semua dia mahu segera beredar ke biliknya bila dia terasa tangannya di tarik Azalea. Adam menoleh.


"You nak kemana?," ujarku lalu memandang wajah Adam bila Adam mahu meninggalkan aku.


"Err..ke bilik I?," jawab Adam teragak-agak bila Azalea bertanya dia mahu kemana.


Dia merasa hairan bila Azalea bertanya soalan sedemikian. Bukankah mereka tidur berasingan. Mengapa tiba-tiba hari ini Lea bertanya kemana dia hendak pergi.


"Temankan I tidur malam ni," ujarku manja lalu menepuk tilam di sebelah kiriku yang kosong.


Adam masih mendiamkan diri bila Azalea berkata demikian. Dia tidak mahu tersalah dengar.


"You nak I temankan you????," tanya Adam ingin kepastian.


Aku tidak menjawab malah menganggukkan kepala ku perlahan.


"I solat dulu then I datang sini lagi," ujar Adam cuba mengawal perasaan gembiranya.


Dia bersyukur dengan perubahan Azalea. Adam tidak tahu mengapa tiba-tiba isterinya itu mahu bersama dengannya. Apa yang membuatkan dirinya berubah. Selama hampir setahun dia cuba memikat hati Azalea. Azalea tidak pernah menunjukkan tindakan positive.


Sudah bermacam-macam cara dia cuba menambat hati isterinya itu, namun Azalea tidak pernah ambil peduli apatah lagi menghargainya.


Tapi hari ini, hari ulang tahun pernikahan mereka Azalea mula berubah. Alhamdullilah! Dia benar-benar bersyukur kepada Allah kerana dia telah membuka pintu hati isterinya.


"Ok jangan lama-lama, takut Lea dah tidur pulak," ujarku manja. 

Azalea Orkid (Completed)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang