AKU memegang kayu railing di sebelah kanan dan cuba berdiri perlahan tanpa bantuan Nabila. Aku mahu melakukannya sendiri. Aku tidak mahu Nabila membantu. Walaupun sesukar dan sepayah manapun aku mahu lakukannya sendiri.
Sepanjang perjalanan ke pusat pisio aku tidak dapat melupakan pertemuan aku dengan Dr. Amir siang tadi. Dr. Amir secara tidak langsung meluahkan perasaannya terhadap diri aku.
Sungguh aku tidak tahu akan perasaannya terhadap diriku selama ini. Aku tidak pernah menduga dan menyangka bahawa Dr. Amir sukakan aku.
Selama aku menghadiri temujanji dengannya Dr. Amir bersikap professional. Dia seorang doctor yang baik dan cukup mengambil berat terhadap pesakitnya.
Dan layanan yang diberikan bukan sahaja pada diriku. Dr. Amir turut perihatin pada pesakitnya yang lain kerana aku sendiri nampak cara dia melayan pesakitnya yang lain sama baik dan mesra. Dr. Amir is a warm person. Oleh kerana itu, aku tidak pernah merasa bahawa layanan yang diberikan keatas diriku istimewa dari pesakitnya yang lain.
Aku dapat melihat kekecewaan di wajahnya bila aku menyatakan bahawa aku mempunyai suami walaupun dia cuba menyembunyikannya. Sungguhpun begitu Dr. Amir masih mengekalkan sikap professional.
"Lea?? Are you ok...you look disturbed," tegur Nabila bila Azalea kelihatan mengelamun panjang dan seperti memikirkan sesuatu.
"I'm ok...," jawabku perlahan bila menyedari aku tidak menumpukan perhatian kepada arahan Nabila ketika melakukan senaman rutin.
"Good...mengelamun lagi lah..don't you realised that you have stand for the last 10 minutes without my help," ujar Nabila lalu tersenyum.
Selalunya Lea tidak akan dapat bertahan berdiri lama. Paling lama dia hanya mampu berdiri selama 3 minit. Tapi hari ini Lea dapat berdiri selama 10 minit. Ini progress yang baik.
"Oh really..ok now I feel pain," jawabku lalu duduk di atas kerusi rodaku bila kakiku mula terasa sengal.
"Jika progress you begini selalu..I bet you dalam masa sebulan ni, you sudah boleh berlari," ujar Nabila lalu tersenyum.
"Alhamudullilah syukur.., it must be the new medication Dr. Amir have given me recently..that medicine really helps," jawabku membalas senyuman Nabila.
Aku merasa gembira dan berterima kasih pada Dr. Amir kerana dia telah membantu aku untuk pulih semula. Dr. Amir selalu membuat research dan membuat perbincangan dengan beberapa doktor-doktor bidangnya untuk mendapatkan pendapat mereka.
Amir is a good doctor aku akui sendiri. Setelah mengetahui permintaan pesakitnya, Amir mendapatkan alternative perubatan lain untuk membantu agar aku pulih tanpa side effect yang memudaratkan kesuburanku.
Cuma menurut Amir medication yang di berikan tidak begitu effective dan sekuat medication yang dia sarankan awal tadi. Ubat yang diberikannya itu membantu process pemulihan, namun effectnya sederhana. Aku tidak kisah kerana walaupun effectnya hanya sederhana yang penting ia dapat membantu aku pulih.
"So..Amir ada declare apa-apa dengan you??," ujar Nabila lalu menulis sesuatu di fail assessment Lea.
Semalam Amir ada menelefonnya memberitahu bahawa dia sukakan Azalea. Dan dia menasihatkan Amir supaya berterus terang pada Azalea.
Dan Amir bersetuju dengan cadangannya dan akan berbuat demikian hari ini bila Azalea bertemu dengannya. Dan dia tahu appointment Azalea dengan Amir pagi tadi. Amir tidak menghubunginya setelah dia meluahkan perasaannya pada Azalea. Oleh kerana dia tidak sabar ingin tahu. Dia bertanya sendiri pada Azalea.

ANDA SEDANG MEMBACA
Azalea Orkid (Completed)
RomancePersonality kembar seiras Azalea dan Orkid amat berbeza. Azalea memiliki keperibadiaan yang kuat manakala Orkid pula seorang wanita yang bertentangan dengan Azalea. Azalea tidak mudah percaya dengan lelaki kerana pengalaman Orkid mengajarnya untuk m...